CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 1

BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN MASALAH KHILAFIYAH 'not a big deal'

[Copy link]
Post time 26-2-2016 07:44 PM | Show all posts |Read mode
DrMAZA.com
40 mins ·

BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN MASALAH KHILAFIYAH 'not a big deal'

Ada seseorang dari Johor berbual tadi. Dia kata: "Kami di Johor boleh bersalaman lelaki dengan perempuan bukan muhrim (perkataan sepatutnya mahram). Kami berpegang kepada Mazhab Shafie. Hanya geng wahabi sahaja yang tidak benarkan ".

Saya beritahu dia bahawa dalam Mazhab jumhur (majoriti) khususnya Mazhab Shafie hukumnya haram. Boleh rujuk kitab-kitab Mazhab Shafie. Namun di sana ada pendapat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapatan yang dikaitkan dengan Imam Ahmad bin Hanbal, membolehkannya. Secara umumnya, kelonggaran dalam hal ini diambil asasnya dari Mazhab Hanafi dengan syarat-syarat tertentu.
Saya secara peribadi sejak belasan tahun yang lepas telah menyatakan perkara bersalaman lelaki dengan perempuan bukan mahram atas keperluan dan syarat tertentu adalah khilaf. Dr Yusuf al-Qaradawi antara yang lantang menyatakan keharusan hal ini secara bersyarat. Saya secara peribadi juga bersalaman jika ada keperluan dengan syarat-syaratnya. Demikian ketika saya berada di UK, juga di Malaysia bila keadaan memerlukan. Ertinya saya sama sekali bukan wahabi!

Saya beritahu kawan dari Johor, itu bukan 'big deal' dalam fekah dan ia masih boleh disenaraikan dalam masalah khilafiyah. Alhamdulillah, orang Johor juga mengamalkan pendapat di luar dari Mazhab Shafie. Perlis dah lama pegang banyak pendapat Mazhab Hanafi termasuk mewajibkan zakat harum manis. Dalam Mazhab Shafie tidak wajib, hanya padi dan makanan asasi yang lain. Namun, apabila taukeh harum manis lebih kaya dari petani padi, maka pendapat Mazhab Hanafi kita pilih kerana ia lebih kukuh dan praktikal. Tidak mengapa menerima pelbagai pendapat mazhab jika ada alasan dalilnya, dengan syarat jangan tuduh orang yang tidak mengamalkan Mazhab Shafie sepenuhnya itu wahabi!". Peace!

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10154009609772990
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2016 11:35 AM | Show all posts
saya lebih tertarik bab :"Kami berpegang kepada Mazhab Shafie. Hanya geng wahabi sahaja yang tidak benarkan "

nampaknya biasa aje org guna formula: yg tak kena dengan kita, itu pastilah datang dari 'geng Wahabi'.
Walaupn sebenarnya ia dari mazhab Syafie dll.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059691 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list