View: 2530|Reply: 6
|
Isteri John Legend Dikritik, Tentukan Jantina Bayi Tabung Uji
[Copy link]
|
|
MODEL terkenal yang juga isteri kepada penyanyi John Legend, Chrissy Teigen secara terbuka mendedahkan telah menentukan jantina anak yang dimahukan menerusi proses persenyawaan tabung uji.
Ketika sedang menjalani proses tersebut wanita berusia 30 tahun itu memutuskan untuk mengandungkan bayi perempuan.
"Saya yang membuat keputusan untuk mengandungkan anak perempuan, malah saya juga memilih embrionya. Saya rasa John akan menjadi ayah yang baik untuk seorang anak perempuan," katanya seperti dipetik People.
Pendedahan itu mendapat kritikan masyarakat yang tidak bersetuju dengan keputusan Chrissy kerana sengaja menentukan jantina bayinya.
Salah satu akaun lifeinbooks05 berkata: Sungguh menyedihkan apabila seseorang ibu-bapa memilih jantina anak yang mereka inginkan."
Namun, Cherissy membalas komen tersebut bahawa perkara tersebut adalah permintaan doktor yang mahukan dia membuat pilihan itu.
Bayi berkenaan dijangka bakal dilahirkan pada Mei atau Jun 2016.
John dan Chrissy berkahwin pada tahun 2013 di Como, Itali.
|
|
|
|
|
|
|
|
isteri dia asal asyik berubah2 muka dia aku tgk..kt hlive ttbe kluar muka cam vanessa milano tu.. nie lain pulak. cam khloe pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baby tabung uji pakai telur n sprrma siape ye |
|
|
|
|
|
|
|
IVF process guna dari pasangan yg buat ivf lah..takkan dari org lain..doktor ambik sperma dan ovari dari both parents..then senyawakan di luar..bila dah sukses baru masuk dlm rahim ibu..itu yg aku faham tentang ivf..kesian plak dgn dia..dahlah nak mengandung secara normal payah..bukan semua perempuan bernasib baik boleh mengandung normal..ada yg buat macam2 cara utk pregnant
|
|
|
|
|
|
|
|
Org kaya mcm2 la boleh buat. |
|
|
|
|
|
|
|
bini die ni kejap lawa kejap adoii tp mmg dipuja2 kan sbb katanya eksotik look.... hurmmmm tapi kalau i ada duit pun i akan buat mcmni.. siap boleh pilih jantina lg,... i will do it |
|
|
|
|
|
|
|
sibuknya org yg mempertikaikan pemilihan jantina anak... sukati Chrissy la. telur dia dan sperm laki dia, peranakan dia, kandung sampai cukup bulan pun dia... aiyooo, ada jah tak kena. Sebelum dia preggy, Chrissy ni pernah sampai menangis2 dlm satu rancangan Tyra Banks sbb beberapa kali gagal IVF... begitu teringin sekali nak ada anak sendirik katanya.
btw chrissy model kacukan Norway & Thai, hence the exotic looks. |
|
|
|
|
|
|
| |
|