CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5365|Reply: 0

Buah Pala- Buah Tempatan Yang Berkhasiat Tinggi

[Copy link]
Post time 16-2-2016 07:13 PM | Show all posts |Read mode





sumber foto : google image



Buah pala merupakan satu buah yang agak asing jika kita tak ketahui ada dia punya kebaikannya dalam kesihatan seharian. Selain boleh dibuat jeruk dan sebagai pemanis mulut, ia juga merupakan buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan.





sumber foto : google image



Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut  ubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.


Caranya ialah dengan mengambil daunnya atau buah pala yang telah ditumbuk halus kemudian direbus  separuh setengah cawan, kemudian airnya diminum.



sumber foto : google image



Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat.





sumber foto : google image



Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.








Kebaikan yang lain-lain.


1) Kandungan zat buah pala adalah zat kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat.


2) Baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.


3) Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm. Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.


4) Air rebusan yang sama boleh digunakan sebagai julap untuk mencuci perut. Selain daun dan buahnya, air rebusan biji buah pala yang telah ditumbuk halus juga boleh diminum untuk mengubati penyakit tersebut.


5) Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur.


6) Sabun pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau seriawan mulut.




Tetapi ingat, buah pala ini dimakan jangan terlalu banyak kerana mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut.







sumber info: http://zikrihusaini.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.293420 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list