CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1377|Reply: 0

Mengenal Akan Allah Subhanahu wa ta'ala (Kitab Ad-Darun Nafis) Bab 2

[Copy link]
Post time 20-1-2016 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kamarov at 20-1-2016 04:14 PM


BAB 2: Tauhidul Asma'(Mengesakan Segala Nama)

     
              Bab yang kedua ini menerangkan tauhidul asma' yang bermaksud mengesakan Allah Taala pada semua nama. Kaifiatnya ialah anda memandang dengan mata hati, bahawa segala nama itu semuanya kembali kepada asma' Allah Taala. Dengan kata-kata lain, semua nama yang ada di alam ini adalah muzhar asma'(tempat kazahiran nama) yang menentut wujud musamma(kewujudan empunya nama). Oleh itu, tiada yang maujud pada hakikatnya, hanyalah Allah Taala sendiri. Kewujudan alam ini adalah khayalan dan waham semata-mata berdasarkan wujud Allah Taala. Sebab itulah, segala asma' kembali kepada yang maujud iaitu Allah s.w.t.

              Wujud Allah Taala itu Qaim pada semua nama dan zahir bersama-Nya satu juga. iaitu segala sesuatu itu adalah kezahiran dan kenyataan pada zat yang satu dan yang zahir bersama segala sesuatu adalah satu juga tanpa ittihad(bersatu) dan hulul(bersebati).  Maha Tinggi Allah Taala daripada berkeadaan demikian, sebagai empunya ketinggian yang amat besar.

              Oleh itu, setengah-setengah orang A'rif billah telah membuat beberapa contoh untuk mendapatkan fahaman yang lebih dekat. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah swt daripada dibuat misal iaitu seperti kaca yang ditulis separuh warna merah, separuh warna kuning, dan separuh warna hijau. Kemudian diarahkannya di antara bumi dan cahaya matahari yang terang benderang. Tentu anda akan melihat betapa terangnya cahaya matahari yang tertulis pada bumi mengikut tiap tiap warna yang ada pada kaca itu. Padahal cahaya matahari yang terang benderang itu tidak berpindah kepada kaca dan tidak bercerai daripada zat matahari. Oleh itu cahaya matahari yang terang benderang itu zahir bersama dengan semua sifatnya, padahal matahari itu satu sahaja. Berbicarakanlah contoh tadi dengan sempurna mudah mudahan Allah Taala mengasihani anda terhadap apa yang anda daham bersesuian dengan contoh yang diberikan.

               Selepas itu, wahai saudara-saudaraku yang a'rif, jika anda telah berhasil memperoleh makam wahdatul asma' ini, maka Allah Taala akan tajalli(terbuka rasa zauq pada hati wali) ke atasmu dengan cara menselang-selikan dua nama(jami' dan mani') pada dinding muzhar-Nya dengan menunjukkan kedua-duanya kepada anda atas binasa dinding muzhar di dalam diri Ahdiyat Allah Taala.

                  Berkata Syeikh Al-A'limul Alamah Maulana Abdullah ibnu Hijazil Syarqawil Masri(Rh) dalam kitab شرح ورد السحرا
, apabila Allah Taala mentajallikan asma'-Nya yang zahir ke atas hamba-Nya, nescaya hamba-Nya melihat semua akuan ini adalah diri hak Taala. Dengan erti kata lain, akuan itu zahir bersama-Nya, akuan itu berdiri bersama quyum-Nya dan kekal bersama-Nya. Oleh itu tidak ada pada akuan itu kewujudan diri sendiri dan hamba itu tidak mampu membezakan yang mana satu akuan atau dengan perkataan lain, semua akuan itu adalah makhluk Allah Taala iaitu muzhar-Nya dan tempat sandarannya hamba. Hamba akan memandang Allah Taala sebagai Hakikat segala akuan. Sebagaimana  firman Allah Yang Maha Tinggi : ''Ke mana kamu mengadap, di sanalah kiblat yang disukai Allah Taala(wujud zat Allah Taala).'' - Surah Baqarah:115      

                 Atau dengan makna yang lain, ke mana sahaja anda mengadapkan muka atau hati atau roh atau akal anda, di situlah wujud Allah Taala. ketika inilah kadang kadang terkeluar syatah(suarah melatah) daripada lidah hamba-Nya, mengucapkan perkataan yang tidak diterima, oleh hukum syarak. Musyahadah ini berbahaya kepada hamba kerana ia masih terdinding memandang akuan itu oleh sebab melihat wujud Allah yang mutlak. seperti mana kata Syeikh Abdul Karim Al-Jili(qs) ''Hamba yang terdinding memandang makhluk oleh sebab melihat hak taala menyebabkan hamba itu mengatakan, tidak ada yang maujud dalam wujud ini, melainkan wujud Allah Taala. Ucapan ini berlaku kerana ketika itu hamba berkeadaan mabuk dan ghaib, sebagaimana yang telah berlaku ke atas hallaj'', oleh sebab itu, perkataan yang diucapkan oleh orang yang berkeadaan mabik kepada Allah Taala tidak boleh diterima. peristiwa yang berlaku ke atas Hallaj ini menyebabkan Sultanul Auliya Maulana Syeikh Abdul Qadir Jilani(qs) berkata, ''Kalaulah Hallaj itu ada pada masaku, sudah tentu akan kuambil dengan tanganku iaitu aku akan menghalang orang yang hendak membunuhnya.''

              Dua nama yang telah disebut dahulu iaitu: Pertama : Jami(جا مع ) Ertinya menghimpunkan iaitu menghimpunkan semua muzhar-Nya, ( شهود الكثرة فئ الوحدة ) pandang yang banyak. pada yang satu. Maksudnya, sekalian alam ini adalah daripada zat allah taala yang satu jua, tidak ada yang lain selain daripada-nya.

              Kedua: Mani'(ما نع ) Ertinya, yang menghalang zat-nya dengan segala muzhar-nya, iaiti muzhar-nya zahir daripada yang lain, yang bermaksud daripada zat allah taala jua. terbitnya sekalian alam dan segala isinya ini dan bukan daripada yang lain, (شهود الوحدة فئ الكثرة), pandang yang satu pada yang banyak. yang bermaksud, sekalian alam ini terbit daripada zat allah taala.

                Kesimpulannya. hasil adanya dua nama itu, terhimpun sekalian alam ini kepada Allah Taala dan terhalang yang lain iaitu permualaan daripada allah taala dan terhalang yang lain kembali kepada allah taala dan kesudahannya pun kembali kepada allah taala juga, seperti firman Allah taala yang ertinya, ''Bagi Allah Taala permulaan segala urusan, dan kepada-nya mereka dikembalikan.''

               Selepas itu, anda akan memandang sifat murah itu adalah daripada allah taala, dan  yang zahir pada hamba itu muzhar nama-nya, yang bernama karim. begitu juga apabila anda melihat seorang yang sabar daripada kesakitan, melalui syuhud dan pandangan anda, bahawa yang sabar itu, allah taala jua dan sabar yang pada hamba itu adalah muzhar nama-nya yang bernama sabbur. Hal ini demikian kerana Karim dan Sabbur itu adalah nama Allah Taala. Oleh itu, tiap-tiap orang yang bernama, ada namanya, Maka anda syuhud dan pandang, semuanya muzhar nama Allah Taala.

               Berkata sesetengah orang A'rif Billah(qs), ''Tidak ada bagi Allah Taala sifat-sifat yang berdiri pada-Nya, dan sifat sifat yang bertambah ke atas-Nya, seperti sifat sifat Maa'ni, hanya yang ada pada Allah Taala itu nama-nama jua (asma') mereka mengambil dua dalil iaitu :

              
               Pertama: Dalil Naqli iaitu Quran dan Hadis
                              
                 Dalam Quran dan Hadis tidak ada menerangkan bahawa Allah Taala itu bersifat dan yang diterangkan hanyalah asma' saja. sepertimana firman Allah Taala:

                                       
                                                     Ertinya: ''Bagi Allah Taala ada beberapa nama yang terbaik, sebab itu bermohonlah kepada-Nya  dengan nama-nama itu.''(Surah Al-A'raf: 180)

                   Oleh itu, Allah taala menentukan diri-Nya sendiri bernama tanpa bersifat. Sabda Nabi saw :


                                                    وانما تدعو من هو سمبع بصسبر متكلم وهو معكم ابنما كنتم        
                              Ertinya: ''Bahawa apa yang kamu seru itu adalah Tuhan Yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Berata-Kata, adahal dia berserta kamu di mana saja kamu berada.''

            
                          Kedua: Dalil a'kli iaitu dalil akal:

                          Pada hukum akal, jika Allah Taala itu bersifat, sudah tentu dia menjadi jahil(majhul) kerana tidak ada yang bersifat melainkan yang jahil. Padahal Allah Taala itu terlebih makrifat daripada segala makrifat dan dia tidak memerlukan sifat-sifat yang mengenal-Nya. Maha suci Allah Taala daripada bersifat sedemikian. Betapa Allah Taala itu disifatkan, padahal Allah Taala sendiri yang menyucikan diri-Nya daripada bersifat, dengan Dalil nas Qurdan dan Hadis tersebut.

                         Makam tauhidul asma' ini merupakan maka yang kedua daripada makam orang-orang A'rifin yang dianugerahkan Allah  Taala kepada orang yang salik atau kepada orang lain seperti orang yang majzub. Makam inilah merupakan natijak iaitu faedah yang diperoleh dan juga merupakan lanjutan makam yang pertama makam bagi orang yang sentiasa memandang wahdatul afaal. Makam tauhidul asma' inilah yang menyampaikan anda kepada makam yang seterusnya iaitu ''Tauhidus Sifat'' (makan yang ketiga daripada makam orang-orang A'rif) yang akan ditulis nanti.
                          
                          




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list