CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5650|Reply: 65

Quiz ...siapa tahu ...celik al quran

[Copy link]
Post time 18-1-2016 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 26-1-2016 05:10 AM

# 1 : terdapat 5 makhluk dinyatakan dalam Al Quran yang diwujudkan Allah ( of course ) tanpa IBU. Nyatakan makhluk - makhluk itu .

    credit + 5 menanti  ( TELAH DIJAWAB)

# 2 :  Nyatakan insiden di mana bayi  boleh bercakap beserta surah dalam peristiwa penting (TELAH BERJAWAB)

# 3 : Surah yang tak dimulakan dengan " bismillah ..." (TELAH BERJAWAB)


#  4 : surah pertama yang DINUZULKAN kepada rasulullah SAW  (*telah DIJAWAB )





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 09:42 AM | Show all posts
bagus gak soalan ni sebab walaupun jawapan ni aku goggle je tapi at least dapat gak skit ilmu aku arini..

#1 :
- Nabi Adam a.s (dicipta dari tanah)
- Saidatina Hawa (dicipta dari tulang rusuk kiri Nabi Adam)
- Kibas (domba) menjadi ganti Nabi Ismail yang didatangkan daripada syurga
- Unta Nabi Salleh a.s (keluarkan daripada batu)
- Ular mukjizat Nabi Musa a.s yang dijadikan oleh Allah s.w.t dari tongkat baginda.

tak tahu betul atau salah tapi kalau salah harap betulkan

*tak dapat credit +5 pun takpe sbb aku nak belajor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:49 AM | Show all posts
Kisah bayi boleh bercakap beserta surah dalam setiap peristiwa penting tu aku google jumpa ni.. -->

#2 : Empat Bayi Yang Boleh Bercakap
- Isa bin Maryam AS. Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya:
"Ketika Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa. .... dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku '..... lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata,' Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata. '"(5:110)

- Bayi di dalam riwayat Ashabul Ukhdud (Surah al Buruj).
Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah swt, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah swt, dan inilah yang di ajarkan oleh pendita (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah swt menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah swt .
Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad saw dalam hadith baginda seperti berikut: Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja:" Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, kerana itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir. "
Maka raja berusaha mendapatkan seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendita (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendita untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendita. Maka diajar oleh pendita jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir. Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang. Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".
Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja.
Semasa menyaksikan kematian pemuda itu, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".
Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu. Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggendong bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama kerana sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku kerana kau sedang mempertahankan yang hak." (H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)

- Bayi di dalam riwayat Juraij Arrahib.
Kisah seorang pendita bernama Juraij yang sangat kuat beribadat kepada Allah swt. Ibunya memanggilnya semasa dia sedang solat dan dia tidak menjawab panggilan ibunya. Kerana marah, ibunya telah mendoakan agar anaknya difitnahkan dengan seorang pelacur. Rasulullah saw pernah bersabda: "Kalaulah pendita Juraij itu seorang yang benar-benar mengetahui tentang agamanya, sudah tentu dia mengetahui bahawa menjawab panggilan ibunya itu lebih afdal daripada solat sunat." Satu ketika, Juraij telah difitnahkan oleh seorang wanita yang menyatakan bahawa dia telah melakukan perbuatan terkutuk dengan Juraij sehinggakan melahirkan seorang anak. Walhal itu adalah perbuatan kejinya dengan seorang pengembala kambing. Berita mengenai wanita itu sampai kepada raja. Raja begitu murka mendengar akan perbuatan Juraij yang dianggapnya seorang yang alim. Juraij diikat lehernya dan dibawa kepada raja. Tempat Juraij beribadat juga dimusnahkan. Juraij telah bersumpah dan menafikan perbuatan terkutuk itu tetapi tidak sesiapa mempercayai. Juraij memohon untuk berjumpa dengan ibunya. "Wahai ibuku, kamu telah berdoa kepada Allah swt dan Allah swt telah menerima doamu. Sekarang aku di dalam kesusahan, oleh itu doakanlah agar aku dihindarkan dari bahaya ini. " Maka berdoalah ibu Juraij: "Ya Allah, jika Juraij ini Kau hukum kerana doaku, maka jauhkanlah dia dari bahaya ini." Juraij pun balik ke istana dan memohon kepada raja untuk berjumpa dengan wanita dan bayi itu. Raja perkenankan permintaan Juraij. Raja sekali lagi bertanya kepada wanita itu adakah Juraij yang melakukan perbuatan terkutuk itu? Wanita itu masih mengaku bahawa Juraij yang melakukan perbuatan itu. Lalu Juraij menghampiri bayi itu, sambil meletak tangannya ke atas kepala bayi itu, Juraij pun bertanya: "Demi tuhan yang menjadikan kamu, katakan siapakah ayah kamu?" Maka bayi itu pun berkata bahawa ayahnya ialah pengembala kambing. Setelah mendengar pengakuan bayi itu, maka wanita itu pun mengaku. Maka raja pun memohon maaf kepada Juraij dan berjanji akan membina tempat beribadat yang baru dibuat daripada emas. Juraij menolak dan raja berjanji akan menggantikan tempat ibadat dibuat daripada perak. Pun Juraij menolak. Dia hanya memohon supaya dibina kembali tempat ibadat dari bahan yang asal.


- Bayi yang menjadi saksi terhadap Nabi Yusuf AS dalam ayat 3-6 surah Yusuf.
Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur'an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 SM, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.
Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur'an. Firman-Nya:
"Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur'an ini" (12:3). Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi. "Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, 'Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya" (12:4).
Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 09:49 AM | Show all posts
kalau salah tolong betulkan ya.. mekasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 10:36 AM | Show all posts
# 5  - dalam  surah al kahfi terdapat beberapa cerita . Nyatakan apakah cerita cerita itu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:16 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 18-1-2016 10:36 AM
# 5  - dalam  surah al kahfi terdapat beberapa cerita . Nyatakan apakah cerita cerita itu.

Err... saya boleh join jugak tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2016 11:27 AM | Show all posts
mnm77 replied at 18-1-2016 11:16 AM
Err... saya boleh join jugak tak?

sure, cume i ta leh bagiu kredit hahah i just gonna give you credits when you yourself set a few questions

hahahahaahahaha

sure please do.

i tengah buat ethics application ni wenggggg

Comments

Tengoklah kalau sempat set soalan... tengah layan seorang forumer timbulkan persoalan yang berkaitan aqidah/syirik...  Post time 18-1-2016 12:13 PM
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:33 AM | Show all posts
#3
Surah yg tak dimulakan dengan bismillah tu Surah At-Taubah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 11:39 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-1-2016 05:44 AM

# 7 - Nyatakan  i - perbezaan makna muslim dan mukmin *BELUM BERJAWAB*

# 8 -  Dalam surah Al Mukminun - nyatakan ciri ciri orang mukmin yang berjaya ? muslim ke mukmin?  i pun perlu dibetulkan *BELUM BERJAWAB*



# 10 - Dalam AL Quran , kita selalu melihat ungkapan ayat  yang mengaitkan ibadat solat  dan _____

nyatakan : _______
( satu  rukun ye dalam islam )  (TELAH BERJAWAB)

# 11 - berikan at least  ayat yang dinyatakan dalam no. 10.(TELAH BERJAWAB)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 11:40 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-1-2016 05:45 AM

# 15 : Cari dalam surah dan ayat mana yang membawa dalil naqli tentang tidak bercampurnya air masin dan air tawar  ( i  mean river estuary tu )
-  TELAH BERJAWAB -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 11:44 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-1-2016 11:53 AM

# 13 -  Dalam surah Al Mukminun  ayt 1-11, dinyatakan ciri ciri org mukmin yg berjaya

    ( i) - berikan makna mukmin
    (ii) nyatakan apa beza mukmin dan muslim
   
    ( iii)  berikan ciri ciri orang mukmin yang berjaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 11:45 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-1-2016 11:54 AM

# 14 - Namakan surah pendek  yang terdapat dalam ayatnya  dua nama buah yang dinyatakan dalam satu surah . Namakan surah itu .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 11:46 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-1-2016 05:11 AM

# 8 - Namakan surah mana dan ayat mana yang ada elemen ini -

blessed tree, yang disinari matahari semasa turun ( matahri ) dan naik ( matahri ) , ' light upon light', misykaat....

ayat surah ape ni ? ( telah  berjawab)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 11:47 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-1-2016 05:47 AM

# 9 - apakah kelebihan membaca surah al kahfi pada hari jumaat

   dan berikan dalilnya .  ( telah BERJAWAB )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 11:49 AM | Show all posts
# 10 - dalam al quran ayat al quran ada yang boleh diketahui makna dan ada yang tidak dapat diketahui maknanya , berikan istilah untuk ayat al quran yg dapat diketahu maknanya dan ayat al quran yang tidak diketahui maknanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 11:50 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-1-2016 05:48 AM

# 11 - ayat al quran diturunkan di _____ dan _____



   nyatakan dua lokasi itu .

(TELAH BERJAWAB)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 11:51 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-1-2016 05:51 AM

# 12 - Nyatakan ciri - ciri ayat yang diturunkan di Mekah ? Apakah istilah yang diberikan? ( 10 credits)

          Nyatakan ciri -ciri ayat yang diturunkan di Madinah ? Apakah istilah yang diberikan? ( 10 Credits )

         sila berikan contoh  ( 10 credits )  BELUM BERJAWAB


  

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:17 PM | Show all posts
# 13 - Dalam surah apa disebut tentang 2 laut yang tidak bercampur (ada batas/barzakh)?

Comments

yess thanks for correcting , yups batas....  Post time 18-1-2016 12:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:32 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 18-1-2016 11:40 AM
# 15 : Cari dalam surah dan ayat mana yang membawa dalil naqli tentang tidak bercampurnya air masin  ...

Sorry, kalau dah ada soalan... kot-kot terlepas pandang saya pi tanya lagi...

yess thanks for correcting , yups batas....

Pasal batas tu, ada jenis yang disebut dalam Al-Quran:
1. Batas laut dengan laut (air masin dengan air masin)
2. Batas air tawar dengan air masin

Harap jangan bagi banyak sangat soalan tu.... bagi peluang forumer jawab dulu... pastu nanti tambah sikit-sikit...

Comments

hoccay....  Post time 18-1-2016 12:43 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 12:42 PM | Show all posts
mnm77 replied at 18-1-2016 12:32 PM
Sorry, kalau dah ada soalan... kot-kot terlepas pandang saya pi tanya lagi...

yups....surah ape ayat ape ye? hmmm?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.107432 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list