View: 952|Reply: 0
|
AL QURAN - berbicara tentang umat?
[Copy link]
|
|
Edited by zek007 at 13-1-2016 02:06 AM
Bismillah..
sebagai permulaan..
Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal(kematianmu), dan ada lagi suatu ajal (umat) yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
(سورة الأنعام, Al-An'aam, Chapter #6, Verse #2)
Percayakah anda setiap manusia termasuk para rasul pasti menemui ajalnya?
Dan bahawa setiap rasul pastilah mempunyai umat masing masing?
Dan adakah anda percaya bila ajalnya para rasul diikuti dengan ajal umatnya?
Dan bahawa setiap umat akan sampai ajalnya?
Percaya atau tidak?
umat nabi musa telah menemui ajalnya tetapi umat yahudi tidak mempercayainya?
Dan umat nabi isa telah menemui ajalnya tetapi umat kristian tidak mempercayainya?
Dan kini umat nabi muhammad juga telah menemui ajalnya dan kini umat islam pula tidak mempercayainya?
APa penyebab ajal umat - umat?
secara kronologi dari pemahaman al quran...
1 rasul menyatukan umat pelbagai bangsa dan fahaman..
2 rasul wafat..
3 pemimpin berjaya meluaskan wilayah
4 akibat tamak diantara pemimpin mula berselisih
5 pemimpin setiap fahaman /bangsa mula kembali menulis atau mengucapkan sesuatu yang bukan datang dari rasul (kitab allah)
6 fahaman dari kitab allah tidak lagi suci dan bercampur baur antara hak dan bathil
7 pengikut jadi terpecah belah dan bergolong golongan
8 umat jadi lemah akibat perpecahan
9 umat ditindas oleh kuasa lain
inilah suatu proses umat telah menjadi musyrik (menyekutukan tuhan) bilamana mereka melakukan sesuatu atas kehendak tuhan tuhan selain dari tuhan yang esa.. itulah tuhan hawa nafsu...
ada tuhan tuhan(hawa nafsu) selain dari allah yang menyebabkan mereka terpecah belah dan bergolong golongan..
inilah yang digelar musyrik yang sebenar benarnya...
BERSAMBUNG.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
|
|
|
|
|
|
|
| |
|