CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1900|Reply: 14

Amalan melaungkan azan sambil berduet, adakah bidaah hasanah?

[Copy link]
Post time 11-1-2016 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Astaqfirullah, dalam masyarakat nusantara sekarang sudah ada muazin ataupun tok bilal melaungkan azan sambil berduet pula seperti dalam video ini.Adakah ini bidaah hasanah ataupun ia dilarang oleh ulamak? Lihat penjelasan Dr Rozaimi pada ruangan komen di bawah


https://www.facebook.com/1032611 ... 6953746136/?theater
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2016 04:02 PM | Show all posts
ULASAN DR ROZAIMI

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle- Hadith Setelah menyemak beberapa kitab-kitab ulama 4 mazhab, saya dapati pandangan yang tepat dan kuat ialah perbuatan ini dilarang. Saya nukilkan pandangan 4 mazhab berkenaan isu ini:

1. Mazhab Hanafi: al-Sarakhsi berkata:
إذا وقع في إقامته فمات أو أغمي عليه فأحب إلي أن يبتدئ الإقامة غيره من أولها لأن عمله قد انقطع بالموت ولا بناء على المنقطع

Maksudnya: Apabila muazzin jatuh ketika iqamahnya lalu mati atau pengsan saya lebih suka orang lain (yang menggantikannya) untuk memulakan semula iqamahnya dari awal kerana amalan muazzin awal telah terputus dengan kematian dan tidak boleh menyambung amalan yang terputus. (Rujuk: al-Mabsuth, jld. 1, hlm. 139)

2. Mazhab Maliki: Ibn Rusyd menyatakan:

لم يجز لمن أذن بعض أذانه أن يستخلف على بقيته...ووجب إذا قطع المؤذن الأذان من أجل رعافه ، أن يستأنف رجل آخر الأذان من أوله ، ولا يبني على أن أذان الراعف

Maksudnya: Tidak dibenarkan bagi muazzin yang azan separuh (kerana berdarah hidungnya secara tiba-tiba) untuk memanggil orang lain menggantikannya (bagi menyambung azannya) yang masih berbaki...dan apabila muazzin memberhentikan azannya kerana berdarah hidung maka wajib ke atas lelaki lain untuk memulakan semula azan (dari awal) dan dia tidak boleh menyambung di mana muazzin tadi berhenti. (Rujuk: al-Bayan wa al-Tahsil, jld. 2, hlm. 127)

- Ini menunjukkan seseorang perlu azan secara sempurna. Jika tidak orang perlu mulakan azan yang baru. Tidak boleh berduet.

3. Mazhab Syafie: Kata Ibn Hajar al-Haitami:

ومنه ما يقع من المؤذنين حال اشتراكهم في الأذان من تقطيع كلمات الأذان بحيث يذكر واحد بعض الكلمات وغيره باقيها وينبغي حرمة ذلك ؛ لأنه تعاط لعبادة فاسدة

Maksudnya: Dan (yang dilarang juga) apa yang berlaku dari beberapa muazzin ketika mereka berduet dalam azan dengan memotong-motong kalimah azan seperti seorang menyebut beberapa perkataan dalam azan dan orang lain menyebut bakinya. Seeloknya diharamkan perkara ini kerana ia bekerjasama dalam ibadah yang rosak. (Rujuk: Tuhfat al-Muhtaj, jld. 1, hlm. 470)

4. Mazhab Hanbali:

وليس للرجل أن يبني على أذان غيره لانها عبادة بدنية فلا تصح من شخصين كالصلاة.

Maksudnya: Tidak boleh bagi seorang lelaki untuk menyambung azan orang lain kerana azan adalah ibadah tubuh badan yang tidak boleh dilakukan oleh dua orang seperti solat. (Rujuk: al-Syarh al-Kabir, jld. 1, hlm. 407)

Pandangan ini juga disokong oleh ulama terkemuka hari ini iaitu:

1. Syeikh Wahbah al-Zuhaili dengan katanya:

فلو أذن مؤذن ببعضه، ثم أتمه غيره لم يصح، كما لايصح إذا تناوبه اثنان بحيث يأتي كل واحد بجملة غير التي يأتي بها الآخر؛ لأن الأذان عبادة بدنية، فلا يصح من شخصين يبني أحدهما على الآخر.

Maksudnya: Jika seorang muazzin melaungkan separuh azan kemudian orang lain menyambungnya sehingga sempurna azan itu tidak sah. Begitu juga tidak sah apabila dua muazzin berganti-ganti dalam azan seperti setiap seorang dari mereka melaungkan sepotong ayat (dari azan) yang tidak dilaungkan oleh muazzin yang seorang lagi (berduet) kerana azan adalah ibadah tubuh badan maka tidak sah dilakukan oleh dua orang yang mana salah seorang menyambung azan orang lain. (Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jld. 1, hlm. 699)

2. Pengarang kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al'Arba'ah (Tambahan)

بقي من شرائط الأذان المتفق عليها أن يأتي به شخص واحد فلو أذن مؤذن ببعضه ثم أتمه غيره لم يصح كما لا يصح إذا تناوبه اثنان أو أكثر بحيث يأتي كلواحد بجملة غير التي يأتي بها الآخر وقد يسمي ذلك بعضهم بأذان الجوق أو الأذان السلطاني وهو جهل ومن فعله فقد أبطل سنة الأذان نعم إذا أتى به اثنان أو أكثر بحيث يعيد كل واحد ما نطق به الآخر بدون تحريف وبذلك يؤذن كل واحد منهم أذانا كاملا فإنه يصح وتحصل به سنة الأذان

Maksudnya: Yang masih tinggal dari syarat-syarat azan yang disepakati ialah azan dilaungkan oleh seorang individu. Jika seorang melaungkan separuh azan kemudian orang lain menyempurnakannya tidak sah sepertimana tidak sahnya dua orang atau lebih yang berganti-ganti seperti seorang melaungkan satu ayat (dari azan) yang tidak disebut oleh orang lain. Perbuatan ini dinamakan juga oleh sebahagian orng sebagai azan al-Jauq atau azan sultani. Ia adalah satu kejahilan. Sesiapa yang melakukannya telah membatalkan sunnah azan. Ya jika jika azan dilaungkan oleh dua orang tetapi keduanya mengulangi apa yang disebut oleh muazzin yang seorang lagi tanpa menyeleweng dengan (kata lain) setiap orang dari mereka melaungkan azan dengan sempurna maka ia sah dan melaksanakan sunnah azan. (Rujuk: al-Fiqh ala al-Mazahib al'Arba'ah, jld. 1, hlm. 461)

* Saya menganggap bahawa muazzin ini berniat baik untuk bekerjasama dalam perkara kebaikan tetapi mereka tersilap. Ibadah perlu terikat dengan disiplin. Tidak dinafikan azan mereka merdu cuma cara mereka salah. Harap dapat diperbetulkan selepas ini. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, kenapa tajuk mengelirukan?

Ulama mazhab pun melarang, takde lah hasanahnya. Opposite hasanah ialah dholalah.

Ada org sour grape kot sebab tak boleh kata bidaah hasanah sesat. Ada ustaz x tau bahasa arab kot, confused antara hasanah & dholalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2016 10:48 PM | Show all posts
baulu replied at 11-1-2016 09:03 PM
TT, kenapa tajuk mengelirukan?

Ulama mazhab pun melarang, takde lah hasanahnya. Opposite hasanah  ...

Apa contoh amalan yang dikategorikan sebagai bidaah hasanah?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
obelisk replied at 11-1-2016 10:48 PM
Apa contoh amalan yang dikategorikan sebagai bidaah hasanah?

Naik kpl terbang baca ayat qursi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu replied at 12-1-2016 10:43 AM
Naik kpl terbang baca ayat qursi

Masa baca ayat qursi tu ada iktikad tak bacaan masa naik kpl terbang tu ada fadhilat atau ganjaran istimewa tertentu selain dpd apa yg Nabi dah sebut dan ajar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
obelisk replied at 12-1-2016 12:45 PM
Masa baca ayat qursi tu ada iktikad tak bacaan masa naik kpl terbang tu ada fadhilat atau ganjaran ...

Spy Allah bg kapal terbang smooth-flying.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Err.. zmn nabi naik kpl terbang ke? Nabi ajar baca qursi ke naik kenderaan?

Ijazah doa naik kenderaan yg sy ada lain  tapi sy extend baca qursi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2016 08:12 AM | Show all posts
Edited by obelisk at 13-1-2016 08:13 AM
baulu replied at 12-1-2016 03:10 PM
Spy Allah bg kapal terbang smooth-flying.

Sekiranya kamu beriktikad bahawa dengan mengkhususkan bacaan ayat qursi semasa menaiki kapal terbang mempunyai kelebihan atau fadhilat tertentu tanpa rujukan sebarang dalil yang sahih maka ketahuilah amalan tersebut merupakan bidaah dholalah kerana kamu mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan agama yang tidak pernah Nabi ajar.

Kalau seseorang boleh buat ritual ibadat masing2, kemudian dakwa ada fadilat tertentu, apa guna Nabi mengajar ibadah?

Kamu juga kena faham diantara melazimi ibadah umum macam baca Quran, dan juga mengkhususkan bacaan tertentu pada masa tertentu dalam keadaan tertentu dengan niat mendapat fadhilat tertentu tanpa sebarang dalil sahih yang merupakan amalan bidaah.

-----

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:                 
               
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini  (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Shahih Muslim – hadith no:  1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru).

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
obelisk replied at 13-1-2016 08:12 AM
Sekiranya kamu beriktikad bahawa dengan mengkhususkan bacaan ayat qursi semasa menaiki kapal terba ...

Dah kahwin?

Bagi/dapat hantaran?

Pernah dgr, klu tak cukup duit (utk buat hantaran), jgn kawen la dlm adat melayu?

1. Fakta meletakkan hantaran tak termasuk dlm syariat berkaitan perkahwinan. Hanya adat. Tp org buat & anggap wajib.

2. Berapa kerat yg betul2  ikut sunnah nabi hari ni dgn bagi mahar 6k-7k ikut rate hari ni? Klu ada, ada yg mengata ie mengata buruk sunnah nabi.

Agak2, utk pukul rata guna hadith ni, berapa ramai yg mengamalkan bidaah dholalah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kita dpt ilmu dr video dr rozaimi tak bidaah dholalah ke? Dr rozaimi consent visual recording ni tak termasuk bidaah dholalah?

Cara rasulullah dulu ajar umat bertalaqqi, mata dgn mata. Ulama tahun berapa pulak bagi kebenaran belajar tak ikut sunnah ni? Mana dalil sahih menuntut ilmu ikut video?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
obelisk replied at 13-1-2016 08:12 AM
Sekiranya kamu beriktikad bahawa dengan mengkhususkan bacaan ayat qursi semasa menaiki kapal terba ...

Perlu ke nak baca Quran semata2 nak fadhilat dlm hadith2?

Bila baca mana2 ayat kerana Allah semata2 & memohon perlindungan Allah dgn ayat2Nya, tanpa menghiraukan fadhilat yg Rasulullah sebut dah dianggap bidaah sesat?

Jadi, apa bidaah yg hasanah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 06:43 PM | Show all posts
baulu replied at 13-1-2016 05:14 PM
Perlu ke nak baca Quran semata2 nak fadhilat dlm hadith2?

Bila baca mana2 ayat kerana Allah se ...

Saya tidak pasti sama ada kamu faham ataupun sekadar menegakkan benang basah. Saya rasa penerangan saya sudah cukup jelas dan juga daripada video2 kuliah Dr Rozaimi cukup jelas menerangkan tentang bidaah dalam hal2 keduniaan dan juga bidaah dalam hal2 ibadah. Cukuplah saya katakan bahawa golongan yang menokok-tambah atau mengada-ngadakan amalan baru dalam agama telah benar2 menyanggahi firman Allah tentang Islam yang sudah sempurna sifatnya...

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا (٣)
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu.” (Al-Maaidah: 3)



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
obelisk replied at 13-1-2016 06:43 PM
Saya tidak pasti sama ada kamu faham ataupun sekadar menegakkan benang basah. Saya rasa penerangan ...

Sy rasa terkejut sb sdr kata baca ayat qursi spy Allah bg flight tu smooth-flying bidaah dhollalah.

Kat mana yg buruknya baca ayat qursi tersebut? Mohon fahamkan saya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 03:28 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-1-2016 03:49 AM
baulu replied at 13-1-2016 07:50 PM
Sy rasa terkejut sb sdr kata baca ayat qursi spy Allah bg flight tu smooth-flying bidaah dhollalah ...

maaf mencelah sikit ye puan Baulu,

i nak tanya je lah sebab i  bukan ahli fiqh pun nak hukumkan itu ini bidaah dholalah tapi kan dalam konteks ayat Qursi tu  i nak tanya jelah ada ka puan tahu jika amalan baca ayat qursi ni ada DALIL SYARAK yang kuat yang  mengharamkan pembacaan ayat qursi?

itu je.

apakah pendapat ijma ulamak yg muktabar dalam hal ini - dalil ijma dan qat'ie ( putus ) tu je.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077420 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list