CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2270|Reply: 8

Diskusi Ilmiah: Penilaian Bid'ah Hasanah, adakah satu kesesatan ?

[Copy link]
Post time 11-1-2016 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Diskusi ilmiah bertajuk : Penilaian Bid'ah Hasanah, adakah satu kesesatan ??
Bertempat di Masjid al-Ikhlas seksyen 13 Shah Alam
Masa : 8 Januari 2015, 8 ~ 10 malam.


https://www.youtube.com/watch?v=9Nmx6m4j4ms
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2016 04:17 PM | Show all posts
Reviu/Komentar Pasca Diskusi Bid'ah Hasanah Satu Kesesatan || Dr Rozaimi Ramle & Ust Khairil Anuar


https://www.youtube.com/watch?v=7owJ_foFsoo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2016 10:47 PM | Show all posts
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Dalam diskusi bid'ah hasanah pada 9 Januari 2016, Dr. Rozaimi ada membawakan kalam-kalam ulama mazhab Syafie yang membid'ahkan beberapa amalan.

Akan tetapi terdapat sedikit persoalan apabila ada yang menyatakan bahawa bid'ah yang dimaksudkan oleh ulama-ulama mazhab Syafie itu adalah bid'ah hasanah.

Di sini kami sertakan teks-teks kata-kata ulama tersebut, dan kami serahkan kepada pembaca untuk menilai, adakah yang dimaksudkan oleh ulama-ulama tersebut adalah bid'ah hasanah atau bid'ah yang tercela.

1- Berdiri ketika maulid.

Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami Al-Makki (974H) menyebutkan dalam Al-Fatawa Al-Hadithiyyah:

مطلب في أن القيام أثناء مولده الشريف بدعة لا ينبغي فعلها
Bab Berdirinya Ketika Maulid Adalah Bid'ah Yang Tidak Patut Dilakukan

ونظير ذلك فعل كثير عند مولده صلى الله عليه وسلم ووضع أمه له من القيام وهو أيضا بدعة لم يرد فيه شيئ على أن الناس إنما يفعلون ذلك تعظيما له صلى الله عليه وسلم فالعوام معذرون لذلك بخلاف الخواص والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب
Dan sama seperti itu adalah perbuatan berdirinya ramai manusia ketika mengingati maulid baginda SAW dan peristiwa baginda dilahirkan bondanya dan ini juga bid’ah yang tidak diriwayatkan sesuatu pun mengenainya. Namun, disebabkan orang ramai melakukannya sebagai menghormati baginda SAW, maka orang awam dimaafkan tetapi tidak bagi orang-orang tertentu (iaitu orang-orang yang berilmu). Dan Allah SWT jualah yang lebih tahu apa yang benar.

[Al-Fatawa al-Hadithiyyah (t.t); Beirut: Dar al-Ma’rifah; h. 80]

2- Kenduri arwah.

Di dalam Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi menukilkan:

قال صاحب الشامل وغيره: وأما اصلاح اهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فلم ينقل فيه شئ وهو بدعة غير مستحبة هذا كلام صاحب الشامل ويستدل لهذا بحديث جرير بن عبد الله
Penulis kitab al-Syamil dan selainnya berkata: Perbuatan menyediakan jamuan makan oleh keluarga si mati dan mengumpulkan manusia padanya, maka tidak terdapat apa-apa (dalil) padanya. Ia merupakan bid’ah yang tidak disukai. Ini merupakan perkataan penulis Al-Syamil. Beliau berhujah dengan hadis Jarir bin ‘Abdullah (yang telah kita sebutkan di atas).

[Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 5, m/s 320 (Al-Syamilah)]

Di dalam Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafie susunan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugho dan Shaikh Ali al-Syarbahi disebutkan dalam bab bid’ah jenazah:

انشغال أهل الميت بصنع الطعام وجمع الناس عليه، كما هو المعتاد في هذا العصر، بدعة تناقض السنة وتخالفها مخالفة شديدة.
Sibuknya ahli keluarga si mati dengan menyediakan makanan dan mengumpulkan manusia padanya. Sebagaimana yang biasa berlaku di zaman kini. Ini merupakan bid’ah yang menyalahi sunnah yang sangat berat.
[Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 263 (Al-Syamilah)]

3- Solat Sunat Raghaib.

Al-Imam An-Nawawi berkata:

الصلاة المعروفة بصلاة الرغائب ، وهي ثنتا عشرة ركعة تصلى بين المغرب والعشاء ليلة أول جمعة في رجب ، وصلاة ليلة نصف شعبان مائة ركعة وهاتان الصلاتان بدعتان ومنكران قبيحتان
Solat yang dikenali sebagai solat Raghaib. Ia merupakan solat sebanyak 12 rakaat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Isya' pada malam Jumaat yang pertama di bulan Rejab. Begitu juga solat malam Nisfu Sya'ban sebanyak 100 rakat. Kedua-dua solat ini adalah bid'ah munkar yang buruk. [Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 4, m/s 56 (Al-Syamilah)]

Kami serahkan kembali kepada pembaca, adakah ulama-ulama di atas menyatakan amalan tersebut bid'ah hasanah atau bid'ah yang tercela.

Wallahua'lam.

-ADMIN-

https://www.facebook.com/permali ... id=1032611520099681
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Unfortunately ulama di atas telah meninggal dunia, kalau tak mesti depa tak melarang:

1. Mkn minum bukan disediakan org ug tgh berkabung dlm masa 3 hari

2. Org berkumpul2 bukan saja2 nk lepak & berkaraoke. Ada setengah nk settle bab harta2, hutang2 etc. Ada yg tak terlibat nk baca yasin, bertahlil. Ye lah al Quran ada mukjizatnya pada hati yg sedih.
Sy rasa kebanyakkan yg disebut ulama2 dah out of context kerana atas ilmu, yg salah diperbetulkan dlm hal2 adat yg tak bercanggah dyn syarak. Cuma ada segelintir org bijak pandai la ni begitu taksub & gagal melihat pembetulan2 yg telah dilakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:57 PM | Show all posts
baulu replied at 12-1-2016 09:41 PM
Unfortunately ulama di atas telah meninggal dunia, kalau tak mesti depa tak melarang:

1. Mkn minu ...

Saya mohon pencerahan....  macamana awak tahu mereka 'mesti' tak melarang?  maafkan saya, saya cuma kenal sedikit sahaja buku-buku yang ditulis ulama-ulama (atau lebih layak disebut sebagai imam sebab ribuan hadith yang mereka hafal).  saya tak kenal langsung imam atau ulama berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 12:18 AM | Show all posts
Salam buat semua

pasal ada yg berkata ttg maulud ni
elok le disembangkan sikit
dr pondok bawah pokok pisang je

dalam AL QURAN takde pun diperintahkan gitu
NABI pun takde kata apa2 pun kan, dan para sahabat pun tak buat kan
dan YANG LAGI BAIK dalam MENGINGATI MUHAMMAD ni.............
   laaa sehari2 dok ingat kan (takkan buat2 lupa kot)
   dok BERSELAWAT tuuuuu, abis tu nak dikira apa???
   tapi BERSELAWAT ni hanya di mulut dan dihati je kan
maka kena keluarkanlah  disegenap ruas anggota
misalannya: mengusap kepala anak2 yatim - cam NABI dok buat gitu
     bersedekah yg meminta tau yg tidak meminta, ikut cam NABI le
     senyum manjang dan berkata baik - ewahhhh can NABI gak kan
     merendah diri, bersopan santun - elok pe perangai camni
kan gitu sepertimana dalam AL QURAN: IKUTLAH AKU
     (ikut NABI le bukan ikut aku ni)

mari mari mariiiiii RAPATKAN SAF
kita dekatkan diri dgn MUHAMMAD RASULULLAH
INSYAALLAH ALLAH DAN PARA MALAIKAT AKAN MEMBALAS SEBAIK-BAIKNYA SELAWAT YANG SEMPURNA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2016 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 12-1-2016 09:57 PM
Saya mohon pencerahan....  macamana awak tahu mereka 'mesti' tak melarang?  maafkan saya, saya cum ...

Sebab yg dilarang dah jelas macam mana dlm syarah2 hadith yg digunakan utk kes yg disebutkan. Ini berdasarkan apa yg sy belajar dari hadith tersebut & kenapa ulama2 tersebut melarang. Ianya apabila melihat context adab2 jahiliyah yg masih diamalkan waktu tu & unfortunate jugak, some meanings & context were lost in Malay translation.

Contoh, apakah kita diarang belanja keluarga berkabung makan2? Adakah waris2 & yg terbabit dgn si mati dilarang berkumpul di rumah si mati utk bincang harta2 & hutang piutang si mati sedangkan ituah yg dituntut utk diselesaikan?

Sebagaimana ulama2 terkemudian & hari ni membenarkan apabila melihat pembetulan2 dilakukan, yg mengeluarkan kita dari adab jahiliyah, kenapa perlu larang?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 07:11 AM | Show all posts
baulu replied at 13-1-2016 06:46 AM
Sebab yg dilarang dah jelas macam mana dlm syarah2 hadith yg digunakan utk kes yg disebutkan. Ini  ...

Maafkan saya.  Saya masih lagi tak fdapat jawapan dari soalan saya.  Mungkin terlalu ilmiah jawapan awak.  Tapi bila saya baca, ia macam pandangan awak sahaja.

Saya mahukan kepastian bagaimana awak confirm tahu jawapan orang yang sudah tiada di dunia ini?  Sedangkan mereka pun tak pernah beri jawapan tersebut semasa mereka hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by baulu at 14-1-2016 08:57 AM
ibnur replied at 14-1-2016 07:11 AM
Maafkan saya.  Saya masih lagi tak fdapat jawapan dari soalan saya.  Mungkin terlalu ilmiah jawapa ...


Memang andaian saya. Tapi andaian saya adalah berasaskan:

1. Ramai ulama masa kini yg mengikuti jalan yg sama dgn ulama2 yg dah meninggal.

2. Ulama2 kini tidak menolak keputusan ulama2 dulu kerana mereka faham context yg disyarahkan.

3. Untuk membetulkan keadaan, ulama2 hari ni menerangkan pd kita apa yg salah, kenapa ulama tu ckp mcm tu, kenapa hadith itu ini berbunyi mcm tu & apakah senario masa tersebut.

4. Ulama hari ini ramai yg membenarkan beberapa perkara yg ulama dulu larang PROVIDED, betulkan yg mana.

5. Jadi andaiannya.... sekiranya mereka melihat adab berkabung org melayu yg bersyariat berbanding adab2 jahiliyyah bila ada kematian dulu, tidaklah mereka yg lebih alim itu akan terus mengimpose hukum yg sama hanya kerana tajuk isu sama.

6. Cth: larangan makan2/ berkenduri semasa kematian kerabat

Zaman dulu (kenapa dilarang): adat jahiliyyah bila ada sedara meninggal, mereka akan berbondong2 dtg rumah kerabat yg kematian ahlinya. Mereka akn tinggal sebulan dua, makan minum berak cangkung ditanggung keluarga yg menerima musibah. Itu tak kira hal2 lain yg menyusahkan tuan rumah.

Zaman sekarang (terutama di Malaysia yg dah faham agamanya): saudara sekadar berziarah. Klu yg rapat duduklah beberapa hari utk membantu keluarga sama ada bg moral support atau hal2 lain. Dlm kes yg bukan suami meninggal, no such thing as berkabung. Berbanding suami meninggal adala bbrp perkara kena extra observe.

Byklah lg yg dah dibetulkan, cuma kena giat sb ramai masih tak faham.

7. Ilmu2 ulama kini ada kesinambungan dgn ulama dahulu. Fikrah mereka sama, zaman sahaja tidak sama. Org bagi fatwa pun tak sama antara satu state dgn satu state apatah lagi peringkat dunia. Adat dinilai sebelum jatuh hukum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052192 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list