CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5562|Reply: 15

misteri kuburan gajah

[Copy link]
Post time 4-1-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MISTERI KUBURAN GAJAH DI TANAH MELAYU

1. Saya memang suka arkeologi dan harta karun tetapi dalam pertemuan saya dengan mereka yang berpengalaman dalam hal-hal hutan dan rahsia alam, ada satu perkara yang membingungkan saya.

2. Adakah anda tahu atau tidak bahawa setiap gajah yang dijemput ajal akan melalui perjalanan terakhir mereka dengan penuh ritual, pada saat-saat akhir ini, kesetiaan, pengorbanan dan persahabatan terperi dalam satu bentuk magik yang tidak pernah mampu difahami manusia biasa.

3. Kubur-kubur gajah ini bukan semudah bendang sawah untuk kita cari kerana rahsianya seolah-olah dijaga rapi demi menghormati kemuliaan makhluk ciptaan Allah yang menjadi penghuni di dalam rimba dan jentera kerja Raja-raja Melayu dahulu kala.

4. Kuburan gajah ini dicari kerana ia menjanjikan hasil lumayan dalam bentuk tinggalan gading-gading yang mampu mencecah harga sehingga RM6,000 ke RM7,000 sekilogram.

5. Malangnya di tempat yang mudah seperti di dalam hutan pun, kuburan ini seolah-olah ditutup oleh satu tabir ghaib yang mana, manusia biasa yang mahu menuruti rombongan gajah memasuki kuburan ini melihat satu pandangan yang kabur, fenomena yang tidak difahami manusia kerana adakah kuburan itu terletak di alam satu lagi atau memang di alam nyata.

6. Yang saya hendak sentuh di sini adalah pengalaman yang disampaikan oleh kawan-kawan saya yang bertuah kerana "termasuk" tanpa sengaja ke dalam kuburan gajah ini.

7. Seorang pemburu tua dari Pahang pernah menceritakan saya tentang kewujudan gua di kaki gunung Tahan atau Banjaran Titiwangsa yang penuh dengan keanehan kerana gua itu sentiasa mengeluarkan angin.

8. Selepas memasuki gua tersebut dan berjalan berjam-jam dengan bertemankan lampu suluh, pemburu tua itu sampai ke satu kawasan gigi air dan satu kejutan yang agak besar memberi renjatan elektrik kepada lelaki itu.

9. Di hadapannya, terhampar satu tasik yang agak besar dengan satu kawasan lapang seperti pulau di tengah-tengah permukaan air.

10.Di atas pulau itu, terdapat timbunan rangka gajah, gading-gadingnya pula disusun rapi.

11."Siapa yang menyusunnya? Bagaimana rahsia ini tidak pernah diketahui orang...?

12.Pemburu yang saya temui pada bulan lepas ini tidak pernah menceritakan pengalaman itu kepada sesiapa sebelum ini tetapi katanya, gua itu kalau mahu dicari oleh saya (shahpaskal) agak sukar dan merbahaya.

13.Pengalaman dari pemburu tua ini menyebabkan saya teringat dengan lagenda bahawa ada satu jalan ke dalam perut bumi melalui Banjaran Titiwangsa dan adakah ini pintu gua yang saya cari.

14.Kewujudan tasik dan pulau yang besar, penuh dengan tulang dan gading-gading gajah ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan yang sedang saya buru untuk ekspedisi saya seterusnya.

15.Menurut kisah yang saya kutip untuk dijadikan ilmu kepada saya, gajah apabila sampai ajal akan mengikuti satu perjalanan terakhir.

16.Perjalanan akhir ini akan diiringi oleh kumpulan gajah lain yang kadang-kadang terdiri dari berbelas atau berpuluh ekor.

17.Gajah yang mahu mati ini akan memasuki gua yang sudah sudah menjadi kuburan kepada makhluk-makhluk Allah ini yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Kumpulan gajah yang ramai tadi kemudian meninggalkan gajah tunggal ini kecuali dua ekor gajah yang bertindak menjadi pengawal.

18.Gajah yang mahu mati ini akan ditinggalkan di dalam gua bersendirian dan pintu gua dikawal oleh dua ekor gajah pengawal tadi.

19.Pengawal-pengawal ini akan tinggal di pintu gua selama lebih kurang seminggu dan selama itulah, pengawal setia inilah yang akan membawa makanan kepada gajah yang melalui perjalanan akhir tadi.

20.Ia akan terus berbuat demikian sehinggalah gajah yang melalui perjalanan terakhir tadi tumbang dan gelombang dadanya terhenti untuk selama-lamanya.

21. Satu lagi pengalaman yang dialami oleh kawan saya yang pernah tersesat ketika memancing ikan di kawasan hutan Pahang/Kelantan.

22.Ketika mencari tempat berteduh selepas tersesat, kumpulan 4 pemancing ini terjumpa satu gua yang sangat sempit, ada takungan air keluar membentuk anak sungai, airnya hitam.

23.Salah seorang daripada mereka memberanikan diri untuk mengharungi takungan air hitam yang berbau busuk itu untuk masuk ke dalam gua.

24.Selepas masuk, mereka menemui satu ruang yang agak besar dan dengan menggunakan lampu suluh, meneroka gua yang sangat gelap.

25.Menakjubkan, gua itu penuh dengan tulang-tulang dan gading gajah yang tersusun cantik.

26.Tahulah mereka, bahawa mereka sudah menjumpai kuburan gajah yang selama ini menjadi buruan kepada orang yang mendalami rahsia hutan belantara.

27.Yang menjadi tanda tanya pada mereka ialah bagaimana gajah-gajah ini mengecilkan diri untuk masuk melalui pintu gua yang sempit tadi sedangkan untuk manusia, kumpulan pemancing ini terpaksa berjalan mengiring.

28.Satu lagi pengalaman terjumpa dengan kubur gajah dialami oleh sahabat saya juga yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang.

29.Kerjanya dahulu adalah mencari gading gajah dan beliau memang mengetahui mengenai lagenda kuburan gajah ini.

30."Saya tidak pernah jumpa kubur gajah di dalam gua tetapi saya pernah cuba memasuki satu kawasan kuburan gajah yang terletak di dalam kawasan hutan, malangnya, kuburan gajah ini seperti berada di alam air", katanya.

31.Ketika cuba memasuki kawasan yang dikatakan kuburan gajah ini, beliau terhalang oleh satu lapisan ghaib, pandangan di hadapannya kabur.

32.Begitulah serba sedikit coretan dari saya.

-Shah Paskal-

amik kt fb patriot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dbell ada dengar cerita kuburan gajah ni..tiap tahun gajah akan buat trip sekawan bergerak ke kuburan ni..tapi tak tahu dimana lokasi..dbell pernah terserempak sekawan gajah di kwsn tinggi di pergunungan dlm kwsn gunung berantai..kalau difikirkn..tak tergelincir ke mereka lalu jalan batu batan??..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kat afrika ada kan grave elephant ni. AAla2 sacred
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 07:49 PM | Show all posts
dia ni merapu banyak
jenis spesis percaya bangsa melayu bangsa teragung lebih kurang
cuba cari balik artikel dia pasal mh370
percaya benda tahyul teruk sangat
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 08:10 PM | Show all posts
tt jgn telan panadol banyak sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ce bincang secara ilmiah, .. mungkin ade misteri binatang lain forumer lain bleh kongsi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2016 08:14 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 4-1-2016 08:43 PM

betul ke atau hanya mitos ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pulak gunung tahan kat banjaran titiwangsa ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 09:33 PM | Show all posts
mitos yg menarik

sape nk cedok buat buku ?

ternyata dia lebih pandai mengarang dari wartawan teori/ilmiah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 03:16 AM | Show all posts
Dah agak dah. Shahpaskal kalau bercerita...hurm...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 12:00 PM | Show all posts
amirezu replied at 5-1-2016 03:16 AM
Dah agak dah. Shahpaskal kalau bercerita...hurm...

shahpaskal ni pemes ke noks? me xkenai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 12:52 PM | Show all posts
chinta89 replied at 5-1-2016 12:00 PM
shahpaskal ni pemes ke noks? me xkenai..

pemes dgn artikel merapu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 01:14 PM | Show all posts
kadang2 aku pun fikir macam korang.. dia merapu.. tp nak juga kata.. kalau dia merapu dari mana dia dapat sumber tajuk cerita tu..

dulu ada 1 kisah ustazaku pernah cerita. ada sorang budak diberi keizinan Allah melihat alam yg sana.. dan dia menceritakan kepada orang ramai.. apa yg bakal berlaku... akan datang. tp semua orang ak percaya dan kata dia gile. tak lama, dia meninggal..  dan apa aje yg dia sebut semua jadi 1 per 1.. tp orang tak igt dah apa yg bakal terjadi ikut turutan budak tu cerita.. tp bila dah jadi baru masing2 teringat ini pernah dia cakap. betul ke tak cerita ni aku pun tak sure.. tp selalu memang jadi macam ni pun kan. nak2 lagi kalau kita dapat alamat dalam mimpi.. dejavu... dah jadi baru teringat..yup dulu aku ada mimpi hal ni..

mesteri juga kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 01:25 PM | Show all posts
Edited by bunga_lestari at 6-1-2016 09:51 AM

siapa shahpaskal ni? tak kenal jugak..

bila baca pasal gajah, teringat pulak batu gajah terbaring kat sekolah rendah aku dulu..
betul2 atas batu yang berbentuk gajah terbaring tu ada pokok kemboja.. kalau lalu situ memang mewangi jer.. dan kadang2 seram..

huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 10:00 PM | Show all posts
chinta89 replied at 5-1-2016 12:00 PM
shahpaskal ni pemes ke noks? me xkenai..

Sape yang follow cerita pasal MH370 dulu biasanya kenal Shahpaskal ni selain daripada Brado Kapak. Diorang ni jadi geng sejak kes MH370 tu. Try search Shahpaskal nanti jumpa kot blog dia...lupa lak nama blog. Kalau suka berfantasi bolehlah layan entri2 blog dia hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 09:23 AM | Show all posts
amirezu replied at 5-1-2016 10:00 PM
Sape yang follow cerita pasal MH370 dulu biasanya kenal Shahpaskal ni selain daripada Brado Kapak. ...

hehehe..ak suke gak baca blog2 di luar kotak ni. baca sekadar hiburan sajork. ok mekasih, nt i search n hayati penulisan beliyauw..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.175705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list