|
Assalamualaikum wbt
Diharap mesej ini sampai kepada anda dalam keadaan iman yang baik. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Kita sudah lama hidup sehingga sudah terbiasa dengan hidup. Bila sudah terbiasa, kita sudah lupa atau tidak menghiraukan satu perkara penting dalam kehidupan iaitu Tujuan Hidup. Apakah tujuan hidup kita? Fikirkan kitaran hidup manusia:
Lahir > Diasuh > Bermain > Sekolah > Kolej/Uni > Kerja > Kahwin > Anak > Pangkat > Pencen > Cucu > Uzur > Mati.
Adakah sekadar itu sahaja kehidupan? Adakah kita ini hidup dan berusaha sungguh2 tapi akhirnya kita mati dan meninggalkan segala yg kita usahakan? Adakah Hidup ini SIA-SIA?
Ambil masa, duduk sebentar dan fikir seketika: Apakah Tujuan Aku Buat Semua Ini?
.....
.....
.....
Sila kongsikan jawapan, sebelum saya kongsikan jawapan saya. Terima kasih ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ibnur at 2-1-2016 09:38 AM
itu adalah rutin kehidupan, ada yang tak sampai suku dah mati. tapi Allah dah kata yang Dia ciptakan semua benda bukan untuk sia-sia. Yang buat benda sia-sia kan tu kita yang pilih, itu yang allah sebut orang-orang yang rugi.
Samada pendek umur atau panjang umur, Allah akan adili setiap hambanya dengan Maha Adil.
Allah tak tanya hasil usaha kita tapi Allah akan tanya apa yang kita buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
(سورة الذاريات, Adh-Dhaariyat, Chapter #51, Verse #56)
56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Wama khalaqtu aljinna waalinsa illa liyaAAbudooni
ILLA LIYAKBUDUN - melainkan mengabdi kepadaku..
mengabdi x sama dengan menyembah (sembahyang)..
kalau sembah menyembah 5 x sehari x akan jadi apa apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Bro Zek sudah kongsikan sebahagian dari apa yang saya nak sampaikan. Terima kasih.
Rasanya majoriti forumers disini dah biasa dengar ayat 51:56 tersebut. Bahkan mungkin ada yang dah hafal. Tapi apakah kita benar2 menghayati ayat tersebut?
Cuba bandingkan dua ayat ini:
Bobo, nah RM10, tolong belikan tepung sekilo.
Bobo, nah RM10, jangan beli apa-apa melainkan tepung sekilo.
Apa beza antara dua ayat ni?
Kalau yg lagi terer cuba relate perumpamaan ayat ini dengan ayat 51:56. Kalau saya moderator, siapa betul saya bagi credit 100. hehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Biasalah...
ENCIK BIASA
Encik Biasa orgnya biasa
Lahirnya pd hari biasa
Pd waktu yg biasa-biasa
Membesar dlm keluarga yg biasa-biasa
Masuk ke sekolah rendah biasa
Dan sambung ke sekolah menengah biasa-biasa
Belajar di universiti biasa
dan mendapat keputusan yg biasa-biasa
Mula bekerja biasa
di tempat yg biasa-biasa
Mendapat kenaikan pangkat biasa
Dan pencen spt yg biasa-biasa
Punya anak-anak yg biasa
Punya isteri yg biasa-biasa
Dlm rumahtangga biasa
spt keluarga yg biasa-biasa
Tuanya biasa, bercucu-cicit spt biasa
Dan matinya pun biasa spt mana biasa
Orang yg biasa-biasa...
Encik Biasa.
Ini yg biasalah khen
So, yg luar biasanya yg cmne? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu, kalau kita terus hidup dalam kitaran sedia ada tanpa memikirkan Tujuan Hidup yang penting dan memperjuangkannya, kita akan jadi manusia biasa2 je. Hidup ke, mati ke, xde siapa kisah, tiada kesan kepada sekeliling. menyedihkan bukan?
Mari lihat video sungguh awesome ni dan fikir2kan:
The Meaning of Life, Muslim Spoken Word
https://www.youtube.com/watch?v=7d16CpWp-ok |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita sembahyang, lama lama bekas sujudnya ada ternampak pada dahi kita,,,
Tapi kalau kita solat, lama lama bekas sujudnya ternampak di atas muka bumi/alam ini..
bumi /alam menjadi tempat yang damai dan sejahtera (dar as salam)
Barulah menjadi "rahmatan lil alamin"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WaAllahu yadAAoo ila dari alssalami wayahdee man yashao ila siratin mustaqeemin
Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (menuju darussalam).
(سورة يونس, Yunus, Chapter #10, Verse #25)
inilah titian sirat kita..(siratin mustaqim) - jalan yang benar / lurus
|
|
|
|
|
|
|
|
Benar tu bro Zek. Islam diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Tapi bagaimana ia menjadi rahmat? Dengan merendam Quran dalam air dan air rendaman di siram ke pepohon agar ia segar bugar? Atau ayat2 Quran di lipat dan dijadikan tangkal yang dikalung dileher? Salah2.
Islam menjadi rahmat jika MANUSIA mula mengamalkan nilai2 Quran dalam kehidupan. Antara nilai Quran utama yang harus diamalkan adalah TUJUAN HIDUP. Dengan tujuan hidup yang selari dengan suruhan tuhan, manusia akan segar bugar dan sihat dari sudut hati, akal dan jasad.
Apa jadi jika manusia hidup TANPA tujuan @ hidup dengan tujuan yang SALAH?
Pastilah kerosakan akan berlaku seperti kita lihat hari ini. Bukan sahaja fizikal menjadi lemah, disebabkan tujuan hidup yang salah, akal manusia menjadi rosak kerana ilmu2 yang merosakkan (ilmu2 maksiat, game, komik, ajaran sesat, fahaman2 sesat dll), dan hati menjadi hitam akibat kecintaan pada perkara yang salah (cinta wanita, harta, hiburan, pangkat, tahyul, dll). Akhirnya manusia menjadi tidak gembira dan berputus asa. Alangkah ruginya.
Sebaliknya manusia yg BENAR tujuan hidupnya akan sentiasa bahagia seperti apa yg Rasulullah SAW kata:
“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya. Dan yang demikian itu hanya ada pada seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan jika mendapat musibah dia bersabar, maka sabar itu baik baginya” (HR. Muslim)
Maka, ayuh kita luruskan Tujuan Hidup kita, luruskan niat kita. Semoga kita sentiasa diberkati.
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi soalan...apa tujuan beragama dan agama diujudkan???
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 5-1-2016 04:30 AM
dan kalau saudara ada masa beleklah Majalah Soulis isu 86 yang membicarakan banyak perkara tentang aspek yg saudara bawakan dalam Thread saudara berkenaan tujua hidup- isu majalah SOLUSIisu - 86 - berkisar tentang ' keluar dari zon selesa' dan amat menarik sekali kalau kita teliti intipati mesej majalah itu.
antara yang menarik yang dikupas ialah 'luaskan zon selesa kita', "muslim tidak pernah selesa', "jangan selesa di zon selesa' dan yang paling menrik ialah diutarakan juga jenis jenis malas
dan juga sekiranya anda membelek majalah i - topik yang dibawakan menarik juga stll berkisar tujuan hidup !!! hehe![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tujuan hidup adalah untuk mencari Reda Allah, syariat agama yang terkandung dalam Quran dan Hadis adalah medium/cara untuk mencapai tujuan hidup tu.
Contoh: Kita nak Allah cinta kita, tapi bagaimana cara? Bagi bunga? Tulis surat cinta? Disini syariat/agama/deen mengajar kita untuk beribadah banyak, barulah dapat cinta Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi intipatinya...tujuan apa??? kalau Allah reda...jadi apa??
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah redha >> masuk syurga >> happily ever after.
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah adalah tuhan kita, kita pula hamba. Benarlah yang Allah jaga kita, tapi kita jangan berlagak 'bos' pula suruh Allah itu ini. Kita yang sepatutnya taat setia ikut perintah-Nya.
Kalau belajar mengenal Allah melalui Allah adalah dengan mempelajari Quran. Itulah cara kita berhubung dengan Allah. Kalau ikut rasa, ilham, mimpi, peristiwa semata2 tanpa berpandu pada kitab panduan, takut2 semua itu bukan dari Allah, tapi dari syaitan yang mahu menyesatkan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
OMG, di dah dipengaruhi fahaman hinduism atau buddha atau sikh ni (agama yg percaya kelahiran semula). Monyet agama apa ye? Menarik actually, walaupun saya rasa lagi bagus buka thread baru untuk bincang perbandingan agama, agar orang tak keliru.
Bagi umat islam, kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah seperti yg disebut dalam Quran. Tujuan hidup muslim jelas. Boleh ke muslim kata 'Kenapa tuhan cipta aku? Aku hidup susah dan menderita! Aku tak nak hidup!'. Tak boleh dan dia harus bertaubat. Kehidupan sememangnya adalah ujian, dan Allah sengaja buat sedemikian.
Boleh ke kita tanya 'Kenapa Allah cipta manusia? Kenapa Allah dah tetapkan takdir? Kenapa dia hensem aku huduh? Kenapa dan Kenapa?'. Juga tak boleh dan kene taubat. Sebab Allah adalah Maha Bos (Al-Malik), ikut suka Allah nak buat apa. Kita hamba, dah diberi nyawa, nikmat yang tak terkira, nikmat berfikir dll, maka harus bersyukur dan mengikuti arahan-Nya. BAHKAN arahan2 Allah adalah untuk MEMUDAHKAN lagi hidup manusia. Maka 'dengar dan taat' tanggungjawab kita muslimin.
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by monyet_2015 at 5-1-2016 08:55 AM
Aku islam,
Kamu salah jika kamu menyembah Allah.lebih-lebih lagi jika menyembah allah melalui perantaraan benda seperti kaabah.
buat masa ini aku pegang Allah tak boleh di sembah..namun aku menunggu keputusan setelah kedatangan imam mahdi,
|
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullahal Azim.
Saya mohon untuk ketiga-kalinya saudara monyet sila kemukakan sandaran/bukti/dalil dari kitab yang anda pakai. Jika anda tidak kemukakan bukti, hujah2 anda (Allah bukan tuhan, kelahiran semula etc) semuanya saya tolak. Minta maaf. Saya seorang yang sangat berpegang dengan disiplin ilmu dan hanya menerima ilmu yang benar.
Diharap pembaca2 lain juga memegang disiplin ilmu dan menerima yang benar sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana pula hubungan kita dgn manusia? mahkluk lain??tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini??![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
saudara, barangkali ada baiknya kalau konsep redha ALAh itu diterangkan dengan lebih lanjut sebab kebanyakannya melihat satu ungkapan .
pada saya , dari apa yang diceramahkan konsep redha ALLAH tu bermakna kasih sayang Allah...bila Allah rela,dan ALLAH sayang, alhamdulillah segala keberkatan dan kebaikan di dunia dan akhirat tu insya ALLAH.
redha ALLah tu penting dalam memberikan kemudahan daalam apa apa yang kita lakukan. Redha ALLAH tu penting dalam membentuk niat dalam ibadat ( ini termasuk ibadat khusus - seperti solat ke, puasa ke etc ) dan ibadat umum seperti mengutip duri di tengah jalan...etc
ni adalah video ustaz amin tenag redha Allah dan perinciannya akan kepentingan redha ALLAH SWT.
dan sekiranya kita aim for redha ALLAH persoalan seperti hubungan sesama Manusia insya ALLAH dah covered.
masalahnya , dalam masyarakat kita yg bebas nilai, allah diletakkan as no. 10 sebab itu tindakan semua tak serious, semua perkara dibuat main main, orang hina islam , hina nabi pun kita fikir tak apa itu bukan aku sedangkan hal mereka menegur ...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukankah Allah telah menetapkan bahawa tujuan hidup manusia dalam firman-Nya dalam Al Quran ?
tidak Dia jadikan jin dan manusia semata mata untuk beribadat kepada-Nya?
so............ibadat....ni yang tafsirannya luas...
dan org tak akan berterusan terusan melakukan kejahatan atau perbuatan yang sesia kan kalau tahu ini ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|