View: 4867|Reply: 40
|
Menelusuri tanggapan penyeleweng Islam
[Copy link]
|
|
assalamualaikum,
Thread ini memetik penulisan akademik dalam bentuk kompilasi essay ( seperti yang dinyatakan dalam ruangan kata pengantar oleh penulis ) berbahasa Arab yang bertajuk : Maza'im al - Mustashriqin hawl al - Quran al Karim yang dibentangkan si satu seminar on Quranic Studies and Sciences yg diadakan di Madinah dan dianjurkan oleh Raja Fahd Qur'an printing Complex - dari 30 -09 hingga 30 - 10 - 2000. Dan telah dibukukan dalam naskhah yg berjudul The Quran and The Orientalists - a Brief survey of their assumptions ( with an appendix on the orientalists' Translation of the Qur'an) tulisan Dr Muhammad Mohar Ali - beliau dinyatakan sebagai bekas Professor of the History of Islam , University Madinah munawarra ad Imam Muhammad Islamic University , Riyadh, Saudi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 1-1-2016 03:28 AM
So thread ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang apa dan siapa orientalist itu dan apa yang mereka lakukan dan di mana points of breakdown itu berlaku - dari segi mana? pemahaman ke tentang Islam atau kegagalan memahami Bahasa Arab itu? dan apakah kesannya apabila mentafsir tanpa ilmu atau tanpa mempunyai asas pengetahuan dan world view Islam tu sendiri.
Atau mungkin di antara kita bertanggapan bahawa - membawa penilaian mereka lebih adil? sebab depa impartial dan tidak bias ? baragkali ? adakah ia berasas atau benar ? dan bijak tanggapan ini?
dari pembacaan saya ada kesan yang serious daripada pemikiran ini kerana kesalahan dalam pemahaman benda yang asas dan ini language based - related akan menyebabkan tafsiran itu menjadi pencong/skewed , herot / distorted sama sekali dan ini punca fitnah kepada Islam.
Apabila kita meneliti kesalahan mereka dan breakdown in their understandings tu kat komponen mana , kita akan appreaciate golongan ilmuwan islam yg bersusah payah menjaga tradisi disiplin ilmu ini sebab ada sebabnya ...kalau tak , boleh geleng kepala. seriously.
the more u know about salah tanggapan ini , the more u appreaciate ilmuwan islam dan para rasul, sahabat , tabi'in dan mereka yang meneliti benda benda ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya, menurut penulis, kegiatan para orientalis ini telah bermula seawal turunnya Al Quran itu sendiri. Mereka merupakan apa yang penulis istilahkan sebagai "Makkan non - believers' orang orang yg tidak mempercayai kenabian dan seterusnya kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Dan selaras dengan itu, secara langsung usaha mereka tertumpu pada usaha untuk membuktikan bahawa al quran yg dinuzulkan kepada Nabi Muhammad SAW itu adalah bukan nauzubillah Kalamullah , sebaliknya daripada pemikiran dan hasil tangan Rasulullah SAW itu sendiri ( nauzubillah ).
Antara strategy awal ialah dengan menyerang peribadi - satu usahah tipikal dan lazim - dengan menyatakan bahawa baginda SAW adalah seorang penyair, ahli sihir ( rujukan : Quran 10: 76, 21: 5 , 21: 36, 37: 4, 47: 7; 51: 52-53, 74: 24, 52: 30) atau memplagiat hasil nukilan minda seseorang yg lain atau menggelarkan baginda seorang peglipur lara yyang menukilkan cerita masa lampau ( rujukan : Quran 25: 5 ) Terdapat juga dari kalangan mereka yang menatakan ini ujaran daripada beliau ( rujukan Quran 74: 25 )
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan bagaimana Allah melalui kalamullah - Nya membidas fitnah fitnah kasar ini?
okay , antaranya :
1. Allah telah pun menyatakan dalam firmannya dalam al quran bahawa al quran itu adalah daripada- Nya dan bukan hasil nukilan seorang manusia ataupun rasulullah SAW itu menjadi penyair ( rujukan : Quran 36:69; 69:40-41)
2. Allah telah berkali kali menegaskan perkara ( 1) di atas melalui firmannya : It is HE Who sent down the Qur'an and that also in Arabic Language ( rujukan : 4: 166; 6:96; 12: 2; 14; 1; 20: 113; 22: 16; 21:50; 24:1;25:6; 38; 29; 44:3; 97:1 dan ini sebilangan kecil ayat dalil )
3. Allah memberi panduan kepada Rasulullah SAW untuk memahami al Quran dan menghafalnya dengan sabar dan tidak melulu dan mendegar teliti nuzul ayat tersebut dan Allah membantu rasulullah untuk mengingati nuzul ayat al quran (rujukan ; Quran 20:114; 75: 16). Ini juga membuktikan bahawa , saya memetik ungkapan penulis secara langsung, " This group of the quranic passages clearly prove that what was being delivered to the Prophet was in the form of particular text'. ( pp : 2 : The Quran and The orientalists: a brief survey of their assumptions , Muhammad Mohar Ali ).
4. Allah juga berkali kali menegaskan agar baginda rasulullh SAW sentiasa bersabar dengan segala penentangan kaum jahiliyyah penentang dakwah dan penolakan golongan ini dengan mengkhabarkan kepada baginda bahawa pengalaman para rasul sebelum baginda pun mengalami peristiwa penolakan yang sama dan tidak ada seorang pun yang tidak mendapat cabaran penentangan kalum yang mereka dakwahkan itu ( rujukan : Qur'an : 3: 183 - 84; 6: 34; 13: 23; 21: 41; 36: 30 among others)
5. Allah juga menegaskan bahawa baginda akan dihukum sekiranya menyeleweng isi kandungan al quran yang telah dinuzulkan ( rujukan : Quran : 69: 44-46).
6. Allah juga menegaskan bahawa baginda adalah saksi akan segala ilmu wahyu yg diturunkan adalah daripada ALLAH SWT dan tidak ada SAKSI yg lebih baik melainkan ALLAH SWT jua ( rujukan : Qur'an 6: 19 ; 4:76; 4: 166; 13:43; 17:96; 29:52 among others)
7. Allah sendiri pun telah berfirman dalam salah satu ayat al quran yang mencabar agar kaum yg memfitnah itu menghasilkan satu ayat yang setara dengannya sekiranya mereka meragui kesahih al quran ( rujukan : Quran: 2: 23; 10:38;11: 13 )
4. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang garisan masa, usaha ini jugalah dimanifestasikan oleh pendokong pendokong non believers ini dari pertengahan abad ke -19 hingga awal kurun ke 20 :
A Sprenger
William Muir
Theodore Noldeke
Ignaz Goldziher
W Wellhausen
Leone Caetani
David S Margoliouth
Dan lanjutan usaha mereka ini diteruskan dan dikembangkan oleh Richard Bell dan anak rintisnya - W Montgomery Watt pada pertengahan dan akhir kurun ke 20.
Walaubagaimana pun para orientalis selepas mereka menunjukkan perubahan pola pemikiran di mana mereka cuba menonkok tambah bahawa selain dari tujuan asal, mereka juga menyatakan quran itu terhasil dari evolusi pemikiran dan perkembangan Islam dalam 200 tahun pertama Islam. Para pendokong aliran pemikiran terbaru ini adalah :
J Wansborough
J. A Bellamy
Andrew Rippin
Idea atau gagasan penama di atas dikembangkan oleh Patricia Crone, Michael Cook, Kenneth Cragg, Toby Lester dan salah seorang makhluk allah yang menulis dengan nama pena Ibn Warraq.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kalangan mereka yang mencadangkan bahawa AL Quran itu adalah hasil nukilan dan kerja tangan rasulullah SAW, akan sering mengutarakan unsur unsur fitnah ini dalam hujahan mereka:
a) Rasulullah SAW seorang yg ambitious benar dan menurut penulis ' who made preparations for the role he played ( Rujukan teks asal : W. Muir, Life of Mahomet , 3rd edition, reprinted 1923, pp: 25-25, D.S Margoliouth, Mohammed and the rise of islam, 3rd ed; London, 1905, pp: 64-65, Montgomery Watt, Muhammad at Mecca, Oxford, Oxford, 1960, p : 39 and Muhammad 's Mecca, Edinburgh, 1988, pp: 50 -51)
b) Yang baginda Rasulullah SAW mempunyai kemahiran bersyair dari awal usia dan ini membuatkan baginda ( ini fitnah yang nyata !!!) mahir mengarang al quran - adakah mereka faham akan sirah baginda? so kat situ kita tahu kedangkalan mereka... ( rujukan : Muir , op, cit . p . 15; Margoliouth , op. cit 52-53, 60)
c) Yang baginda tidaklah sepert yang didakwa 'unlettered' ( beliau tak boleh membaca dan menulis) and mereka membuat dakwaan bahawa istilah ' ummy' yang diberikan kepada nabi muhammad SAW mempunyai 'konotasi' yang berlainan ( pulak dah ...) ( rujukan teks asal : Watt, Muhammad's Mecca, op, cit, pp, 52-53)
d) yang baginda memplagiat idea daripada agama semitik yang lai dan mencampur aduk ke dalam Al Quran ( ini suatu fitnah ) (Abraham Geiger, Was hat Mohammed aus dem Judenthem aufgenommen? Bonn. 1833, dan juga essay : Judaism and Islam, madras, 1898; Richard Bell, The Origin of Islam in its Christian Environment, London, 1926; C.C Torrey, The Jewish Foundation of Islam, New York, 1933; A.I Katsh, Judaism in Islam, New York, 1954) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 3-1-2016 05:10 AM
e) Buktian saintific yang salah yang dakwaan mereka yang didapati dalam Quran adalah bukti beliau yang menulis al quran ( rujukan : Watt, Muhammad 's Mecca, pp: 45-46; C.C Torrey, The Commercial - Theological Terms of the Koran, Leiden, 1892; Arthur Jeffrey, The Foerign Vocabulary of the Quran, Baroda, 1938).
f) Istilah wahyu dipesongkan kepada ' suggestion' dan ' intellectual locution' - ini istilah yang dibuat 'faham sendiri' bukan seperti maksud sebenar penurunan ayat al quran seperti mana yg difahami oleh alhi sarjana atau umat Islam ( sebab ini familiar sangat elemn yg cuba menyah-sahkan elemen wahyu ni ) ( Rujukan : Richard Bell, " Mohammed's Call, The Moslem World , January, 1934, pp: 13-19; Mohammed's vision,"ibid., April, 1934; Watt, Muhammad at Mecca, op.cit, pp.52-58 and his Islamic Revelation in the Modern World, Edinburgh, 1969.
|
|
|
|
|
|
|
|
selain daripada fitnah - fitnah orientalis di atas, satu kumpulan orientalis pula yang selain daripada berusaha keras membuktikan bahawa Al Quran itu bukan kalamullah , mereka juga menokok tambah fitnah yang Al Quran itu terhasil dari manifestasi kembangan dan evolusi serta 'amendments' yakni merujuk kepada PINDAAN yang berlaku sepanjang beberapa abad. Antara ciri atau unsur hujah yang sering dibawakan oleh golongan ini adalah berkisar perkara - perkara berikut :
a) kekaburan sumber sahih dan boleh dipercayai / sah berkaitan proses dan sejarah pengumpulan Al Quran
b) Presumption atau tanggapan yang bersandarkan satu penemuan yang dinamakan ' The San'a Find'
c) Kritikan teks ( Textual Criticism) dan fiitnah yg terdapatnya kesalahan dalam menyalin al quran daripada penyalin - (kononnyalah)
- I think depa yg orientalist ni sebagaimana thread yg lepas menganggap Quran bukan kalamullah tetapi ianya " teks" dan tak hairanlah depa mengambi kaedah membuat kritikan terhadap al quran berdasarka kaedah yang mereka lakukan dalam pentafsiran ataukritikan teks teks kitab sebelum Al Quran.
ini yg 'bahayanya' bila istilah kalamulllah dan signifikannya tidak difahami. benda basics saja tapi inilah yang sering tak dipegang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 3-1-2016 08:58 AM
aspek aspek utama sasaran orientalis ini adalah berkisar dengan sirah awal Nabi Muhammad SAW dan ini nyata dalam perkara yang disebutkan dalam posting #6 & #7.
dan hujahan mereka telahpun dijawab oleh penulis dalam Sirat Al-Nabi and the orietalist, Vol IA, King Fahd Quran Printing Complex, Madina, 1997, Chaps. X - XII and XVI = XXII.
Karya - Karya nukilan orientalis seperti Ignaz Goldziher - seorang orientalist berbangsa Hungarian Jewish dan Joseph Schacht ( german Jewish origin) banyak mensasarkan fokus mereka pada zaman awal Islam dan Nabi serta sahabat. Ini membawa kepada kritikan mereka terhadap sistem ' isnad' atau sanad ( yups , perkataan ini muncul dalam thread - threa berkaitan ) dan cubaan momokan bahawa sistem isnad ini tidak 'reliable'dan kebanyakan hadith adalah palsu dan dimanipulasi pihak tertentu yang berkepentingan ( walaupun dalam thread sebelum ini kita telah dimaklumkan bahawa sains hadeeth ini sendiri penuh dengan saringan dan penilaian hadis yang dilakukan mengikut ' peraturan - peraturan tertetu ' oleh mereka yang berdedikasi dan bertanggungjawab ). (Rujukan: Ignaz Goldziher, Mohamedanische Studien (first published in 1890), Vo.II, terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh C.R Barber dan S.M Stern under title Muslim Studies, Vol II, London, 1971, Lihat jga rujukan ini - A. Guillaume, The Traditions of Islam: An introduction to the study of hadeeth literature, Oxford , 1924)
Schacht - sering mensasarkan perundangan islam sebagai sesuatu yang ditafsirkan sebagai ' outside the scope of the religion of islam' dan dengan ini bolehlah diabaikan sahaja sebagai asas perundangan islam, dan hadis hadis yang mengandungi unsur sejarah ' historical hadith' juga tidak langsung bebas dari ' suspicion' kerana' kebanyakannya diformulasikan berdasaran ' juristic consideration' - dan ini tertera dalam buku yang bertajuk " origins of Muhammad Jurisprudence' yang diterbitkan dalam tahun 1950.
Sudah semestinyalah pendapat Goldziher dan Schacht ini disanggah dan dikritik dengan hebat oleh sarjana Islam yang lain - Sila rujuk
M.M Al -A'zami, Studies in the early Hadith literature, Beirut, 1968, Chapters: VI, VII, karya asal On Schacht's Origins of Muhammadan Jurisprudence, King Saud University& John Willy and Sons, Inc, New York, 1985; Mohsin 'Abd Al - Nazir, Dirasat Goldziher Fi al sunnah wa maknatuha al - umiyyah (arabic text), upublished Ph.D Thesis, University of Tunis, 1404H/1984; and M Luqman Salafi, Naqd l Hadith 'inda al - Muhaddithin Sanadan wa matanan wa Dahd Maza'im al - Mushashrqion, Riyadh, 1984.
Yang lebih menarik juga pandangan Coulson yang menilai karya Joseph Schacht - walalupun beliau bersetuju dengan pendapat Schacht, beliau juga menyatakan bahawa ( i) thesis atau kajian Schacht ini yang menurutnya walaupun dapat membuktikan praktisperundangan Islam seawal 100 Hijrah sahaja dan tidak pun mencakupi atau ' cover' zaman awal Islam pun
(ii) Bilamana keesahan atau kesahihan apa apa ruling / atau hukum daripada zaman rasuullah saw ditolak ( READ : oleh golongan orientalist ini ) , maka satu ruang ' kosong'/ atau vacuum yang wujud yakni merujuk kepada zaman awal perkembanagn atau perundangan diandaikan secara ' salah' atau tidak ' tepat' dan idea ini amatlah malah lagi tidak masuk akal / sukar diterima'
saya memetik secara langsung teks penulis, ' When authenticity of every alleged ruling of the Prophet is denied,a void is assumed, or rahther created, in the picture of the development of law in the early Muslim society.From a practical standpoint, and taking the attendant circumstances into consideration, the notion of such 'vacuum' is difficult to accept'
( Rujukan : N.J Coulson, A History of Islamic Law, London, 1964, pp . 64 - 65. See also his "european criticism of hadith literature" in the Cambridge History of Arabic Literature: Arabic Literature to the end of Umayyad Period, Cambridge, 1983, pp : 317 - 321. )
keadah orientalist yang digunapakai untuk memberikan tafsiran yg salah atau sembrono atau generalisasi tanpa asas ini akhirnya dirumuskan atau dikritik oleh seorang orientalist - Montgomert Watt - yang menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh pengkaji biografi Barat terhadap Prophet Muhammad SAW dan Islam adalah dengan membuat andaian ' kebenaran' berdasarkan gambaran gambaran yang luas yang dilakarkan oleh sirah dan MENGGUNAKAN ini lalu mengemaskan apek aspek sirah ini selaras dengan al quran sebanyak mana mungkin. Kaedah yang lebih baik adalah dengan pergi kepada rujukan Al Quran itu dan melihat perkembangan awal Islam itu sebagai salingan untuk melengkapkan pengkajian. penulis juga memetik secara langsung pernyataan W M Watt yang juga orientalis yang agak keras mengkritik rasulullah SAW :
" What in fact western biographers ( of the Prophet) have done is to assume the truth of the broad outlines of the picture...given by the sirah, and to use this as the framework into which to fit as much Quranic materialaspossible. the sounder methodology is to regard the Quran and the early traditional accounts as complimentary sources...' ( rujukan : W.M . Watt , M at M, XV. See also ' the materials used by Ibn Ishaq' in Bernard Lewis & PM Holt ( eds) , historians of the middle East,London, 1962, pp : 23 -24.)
NOTA : apabila kita lihat depa punya level of breakdown - yakni satu tahap di mana ketidak fahaman mereka itu mula longgar, menyebabkan mereka menyalah tafsir apa apa pun aspek dalam disiplin ilmu islam - (in understanding islam) - kita dapati depa tidak dapat hayati sirah Nabi dengan baik, sirah awal perkembangan Islam dan peristiwa berkaitan dengannya dan ada kaitan dengan nuzul Al Quran atas asbab asbab nuzul quran itu, konsep - konsep yang berkaitan ilmu wahyu dan tafsir mengikut manhaj Islam , maka tafsiran sebegini' prejudice' dan tidak berasas mudah saja dilemparkan dan bagi mereka yg tidak celik sirah sendiri atas dasar ' nak berpemikiran advance dan objective - tanpa mereka ketahui siapa , latar belakang penulsi itu - idea ini mungkin diambil tanpa filter/saringan '. Tanpa tahu bagaimana ilmu hadith itu atau sirah dengan baik , mudah sahaja mencedok gagasan pendokong pemikiran di atas sebagai yang ' hak' . jadi tanpa engetahu kaedah mana ilmuwan islam tu mentafsir hadis dan al quran , mereka menggunakan kaedah yang serupa dalam mengkaji al quran yakni kalamullah yang tak akan dipesongkan langsung sehingga akhir zaman, dan akibatnya muncul banyak kesilapan dalam mentafsir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 3-1-2016 05:05 PM
Telah dinyatakan bahawa kaedah yang mereka gunakan adalah saduran kaedah yang digunakan untuk kajian teks kitab semitik lain dan mereka melakukan perkara yang sama kepada Al Quran. Salah satu orientalis yang sering menggunakan kaedah ' biblical criticisms'
seperti ' forms criticisms'/ kritiikan pada bentuk , source criticims / kritikan pada sumber , redaction criticims/ kritikan pada redaksi/ proses pengarang (- NOTA KAT SINI rosaknya konsep pemahaman mereka sekali terhadap kalamullah - kerana mereka sekali lagi menganggap al Quran adalah satu text - dan ada 'pengarangnya' - sebenarnya bagi orang Islam Al Quran adalah kalamullah dan Allah itu berfirman dan status- Nya adalah Pencipta yang memberi petunjuk kepada makhluk yag disayangi-Nya supaya tundUk pada-Nya.)'
J Wansborough telah dengan sembrono mencapai rumusannya yang begitu prejudice terhadap Al Quran dan Islam seperti
a) evolusi Quran yang berlaku secara beransur ansur pada abad ke-8 dan ke 9 , yang terhasil , menurut penulis daripada - "during a long period of oral transmission ad was given its "canonical' form more or less simultaneously with the appearance of the commentaries; and the process was similar to the canonization of the hebrew scripture' ( rujukan : J Wansborough, Quranic Studies: sources and methods of Scriptural Interpretation, Oxford, 1077, pp: 42-45) -
b)ciri - ciri kebanyakan Quran yang berbentuk polemik itu berbentuk penentangan terhadap ciri / unsur yahudi dan merupakan salah satu motivasi ' Al Quran Canonization'
c) Tradisi Islam atau " islamic tradition' adalah salah satu tafsiran pentafsir kitab agama semitik lain as " salvation history' : 'a theologically an evagenlically motivated story of a religion's origins invented late in the day and projected back in time;".
d) perihalkonon tiada kewujudan sumber daripada kurun pertama itu membuktikan ia tidak pernah wujud - ( NOTA begitu sekali thesis mereka terhadap Sirah Islam - sekali lagi membuktikan kefahamn yang tidak mantap dn prejudis ( to say the least )) dengan menyokong karya schacht ,Wansborough pula menambah bahawa 'teks' Quran tidak ' dijadikan asas sebagai sumber perundangan Islam sebelum kurun ke -9 '
dan karya wansborough ini dan konklusi yang dangkal ini dikembangkan oleh Patricia Crone and Michael Cook dalam buku mereka bertajuk : Hagarism" The making of the Islamic World ( 1977).
Pernyataan fitnah wansborough di atas telah mengundang kritikan daripada kalangan orientalis dan mereka menganggapnya sebagai kekaburan pengetahuan yang amat nyata/ 'ferociously opaque' / 'drastically wrong headed'/'colossal se;f - deception'.
Penulis menjawab kritikan wansborough itu dngan menyatakan bahawa:
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 4-1-2016 01:47 PM
a) Wansborough terlalu rigid dengan pendekatan tafsiran atau kaedah kajian teks kitab agama semitik yang lain dari aspek ' redaction' dan menggunakan kaedah ini atau pengetahuan asas ini dalam mengkaji Al Quran , Wansborough jahil dan tidak mengetahui bahawa redaksi kitab agama semitik yang beliau familiar itu dilakukan bukan secara isolated atau terasing, rahsia atau seseorang yang ' berniat serong/ scheming' tetapi dilakukan dalam bentuk satu majlis atau council , a synod atau badan yang ada kuasa seumpamanya. dan perbuatan ini dicatat dan dikenalpasti dalam dokumen sejarah yang mencatatkannya.
Tetapi dalam konteks Al Quran BELIAU telah gagal sama sekali untuk menunjukkan peristiwa di mana hal di atas berlaku yang beliau dakwakan sebagai ' gradual evolution or redaction of the quran" sedangkan kita sebagai umat islam pun tahu yang Al quran tu tak akan dirosakkan hingga akhir zaman dan ini dijamin sepenuhnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut penulis, sekiranya fitnah Wansborough menyatakan bahawa :
a ) Quran itu adalah hasil evolusi yg beransur ansur dan dimanifestasi pada abad ke 7 dan ke-8, setelah mengambil masa beberapa lama dalam proses pendakwahan secara lisan / 'oral transmission ' kononnya' dan b) sekiranya tradisi Islam itu / "islamic tradition' seperti mana difikirkan wansborough adalah serupa seperti salah satu agama semitik yg mempunyai unsur salvation history' atau ' theologically and evangelically motivated story" yg 'diciptakan' pada kurun lampau dan diproejeksikan pada masa nyata " tentunya menurut penulis (i) proses proses akan tidak dapat tidak dikesan melalui trancript dokumentasi atau catatan tertentu akan peristiwa ini dan dapat dikesan oleh para pengkaji sejarah masa kini akan hal yang disebutkan dan di mana kuncu kuncu Wansborough dan pendokong pemikirannya tidak dapat menyangkal bukti bukti tersebut.
(ii) adalah tidak masuk akal untuk para muslim pada kurun ke 7 kesemuanya bersepakat atau berkonspirasi untuk mengekang perkembangan atau 'evolution of the Qur'an" pada era mereka dan kemudiannya bersepakat mencipta ' evangelically motivated story ' of their own religion 's origin and projected it back in time".
(iii) Pada kurin ke - 8 , para sarjana Muslim dan ahli agama telah pun terbahagi kepada beberapa aliran pemikiran pun terutamanya Muktazilah - yang sering sahaja melakukan perbahasan tentang segala perkara berkaitan agama termasuklah perkara berkenaan Quran tetapi tidak satu pun aliran pemikiran ini secara lngsung mahupun tidak langsung berkonspirasi untuk menghasilkan al quran secara evolusi dan beransur ansur seperti mana yang didakwakan. (iv) Penulis juga menyatakan bahawa , sanggahan terhadap dakwaan Wansborough ini tidak hanya perlu merujuk sumber muslim sahaja tetapi juga sumber yang datangnya dari bukan muslim sendirib - tamadun islam telah lama bertembung dan berinteraksi dengan tamadun agama semitik lain dari Greek, Byzantine dan selainnya , dan dalam era itu tak ada satupun wujudnya bukti adanya usaha untuk proses pengarangan dan dakwaan seumpamany timbul dalam debar debat agama .
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 4-1-2016 11:00 PM
b) dakwaan Wansborough dan orientalis yang kononnya : no material from the 1st century of Islam or so has survived ' because it never existed'
sanggahan penulis :
pernyataan wansborough dan ini adalah tipikal perangai pembenci islam reratanya ialah mereka ditakdirkan suka mengeluarkan atau memlih untuk mengeluarkan misleading atau pencongan fakta (dalam kapasiti boleh memilih baik dan buruk tapi masih juga memilih untuk mengeluarkan pernyataan yang misleading akibat kejahilan mereka atau secara sengaja atau tidak , itu tidak diketahui, tapi Allah SWT yg tahu setiap isi hati ). Namun begitu,menurut penulis, Wansborough sendiri telah menyanggah pernyataan asalnya iaitu bagaimana mungkin didakwa yg Qur'an itu terhasil manifestasi evolusi secara berperingkat tetapi tidak pula dinyatakan bagaimana dan daripada sumber apa ini semua bermula??? kan?
Faktanya ialah daripada sumber persaksian dan dokumentasi catatan yg sahih pun dan sememangnya Qur'an itu sendiri merupakan sumber ilmu dan sumber sejarah awal islam itu sendiri adalah bukti dan aktiviti dakwah rasulullah saw. selain kalamullah yg mengandungi segala perintah dan apa sahaja ilmu yg disampaikan, ia juga diturunkan berdasarkan peristwa tertentu dan insiden yg berlaku dalam hidup baginda SAW ( nota : sebab itu dalam ilmu tafsir ada asbabun nuzul - sebab Quran diturunkan) dan tidak mungkin diriwayatkan insiden ini oleh 'compiler' dan ' editor'.
Dan ini dibuktikan oleh beberapa dalil naqli dalam Quran itu sendiri yang difokuskan kepada Rasulullah , antaranya ayat 75: 16 - yg mana ayat ini berkisar tentang peringatan kepada Rasulullah SAW agar ' not to move his tongue quickly to repeat the text to him dlivered to him by the angel'
ayat 80: 1-10 : teguran Allah swt kepada baginda atas baginda yg terlepas pandang akan seorang yang menghampiri dakwah baginda yg actually miskin dan buta
ayat 66 : 1 - ayat yang menyarankan baginda dalam menangani perselisihan faham antara para isteri baginda akan sesuatu
dan baginda SAW juga diberi peringatan bahawa sekiranya baginda menyalah sebar ajaran islam , maka baginda SAW akan dihukum dan tiada satpun yang akan dapat membantu banginda ( rujukan Qur'an : 69:46 ).
Jadi, berdasarkan ayat ayat di atas tak akan ada sesiapa yang akan mencatatkan insiden peribadi sebegini rupa tentag rasulullah saw ketika masa nyata ( real time ) bebenda ini berlaku melainkan wahyu dan ayat quran yang dinuzukan kepada baginda rasulullah saw.
logik, kan?
so nampaknya....logik sarjana islam lebih teliti dan munasabah dari pemikiran si orientalis...
kita menginsafi bahawa bahayanya kalau seseorang itu gagal mendalami ilmu sirah, tafsir dan aware akan konsep tauhid dan cuba cuba menyatakan pandangannya berdasarkan kecetekan ilmu pengetahuan asas ini.
Hanya dengan menguasai fakta fakta sahih ini di hujung jari maka seseorang boleh mempertahankan hujah hujah menghina rasulullah saw dan dakyah dangkal pada yang mengaburi sirah dan islam itu sendiri.
Sebab itu kena hormat dan respect disiplin ilmu islam dan para sarjana mereka yang arif dalam bidang mereka kerana mereka lebih mengetahui dan berhujah dengan fakta dan bukan statement buatan dan tafsiran sendiri yang dijana dari pengetahuan yang terpesong, pencong dan distorted.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulis juga mengesan beberapa kekeliruan orientalis ini dari aspek pemahaman mereka berkenaan ' oral transmission'.
Mereka terikat dengan pemahaman yang qur'an itu hanya disebarkan secara mulut ke mulut tetapi menurut penulis , pandangan orientalis ini tidak tepat kerana :
a) Qur'an itu dinuzulkan kepada Nabi Muhammad SAW melaluijibrail dan of course baginda SAW memorise ayat ayat tersebut dan menyerbarkannya kepada sahabat.
b) Menurut penulis, ayat Quran juga selain daripada diingati ( dihafaz lebih tepat) , ayat ayat Al Quran tersebut juga dicatatkan di atas beberapa bahan untuk menulis pada zaman itu .
c) Hafazan boleh ditakrifkan sebagai salah satu cara yang serentak dan tambahan untuk mengekalkan ayat ayat al quran tersebut.
d) Oleh hal yang demikian, apabila naskhah al quran disebarkan semasa pentadbiran Khalifah Uthman RA ( 644 - 656, A.C), kaedah mengingati dan menghafaz al quran masih lagi dipraktiskan pun oleh Muslim yang berkeupayaan. Proses ini bukanlah ditakrifkan sebagai ' oral transmission' seperti mana yang difahami oleh para orientalis . Menurut penulis lagi, kebanyakan sahabat juga mempunyai sikap menyalin pernyataan dan ujarannya (bukhari no. 111-113; Musnad,II,192,207,215,403) dan kadangkala baginda saw terpaksa menyuruh mereka mendengar terlebih dahulu agar tidak tersalah campur - di mana ujaran dan yat qur'an (Muslim , n 3004).
e) selepas kewafatan rasullulah saw (632 A.C) , para sahabat amat berhati hati dalam mmepraktiskan perintah dan larangannya dan mengambil inisiatif untuk memelihara dan menyebarkan ajaran Islam.
Dalam ini , penulis juga menceritakan peranan yang dimainkan oleh anak kepada khaifah ke tiga - Khalifah Uthman bin Affan yang bernama 'Aban ( lahir pada 15 H), yang mengumpulkan dokumen berkisar tentang pernyataan dan amalan baginda rasulullah SAW ( ' collected reports of Prophet sayings and deeds) , dan menyebarkan kepada Abu Bakar, anak lelaki kepada gebenor di Najran Muhammad ibn Amr ibn Hazam ( Ibn Sa'd, Tabaqat, V, p.151: Al Dhahabi, Siyar, VI, pp. 351-353), termasuklah juga Urwah ibn Al Zubayr ( born . 26 Hijrah).
|
|
|
|
|
|
|
|
f) Menurut Horovitz ( J . Horovitz - The Earliest biographies of the Prophet and their authors" ( translated from German by Mamarduke Pickthall), Islamic Culture,I, 1927 (pp: 535 -559), p.547)
kedudukan 'Aban itu sendiri amat strategik dengan akses yang ada padanya tentang dokumentasi sejarah Islam pada awal perkembangan Islam first hand , ayahandanya - Khalifah dan ibunya ( masih ingatkan yg khalifah Uthman berkahwin degan dua puteri rasulullah ? ingat kan yang beliau digelar Zul nurain? memliki dua cahaya? ) dan akses kepada mak ciknya iaitu ' A'isha - yang sentiasa melayan setiap pertanyaannya dan lawatannya . Salah seorang daripada murid Urwah - Ibn Shihab Al Zuhri ( 51 - 124 H ) telah dikatakan membuat banyak kompilasi hadiths dan disimpan hadis hadis ini. So, ketika Khalifah Al Walid meninggal pada 96H, simpanna hadis hadis ini dipindahkan tempatnya dengan terpaksa menggunakan banyak haiwan pengangkut barang (Ibn Sa'd , Tabaqat,II , p 389.)
Dan hadsi hadis kemudian dipelihara pada zaman tabi 'in dan dinilai serta sanad diteliti - SANAD - remember ? yups
so , di mana benarnya kenyataan Wansborough itu ??? yang menyatakan tiada satupun sumber islamik pada awal perkembangan Islam yg wujud? dan dakwaan fitnahnya kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 5-1-2016 03:48 AM
Berkisar tentang fitnah / dakwaan seterusnya :
ciri - ciri kebanyakan Quran yang berbentuk polemik itu berbentuk penentangan terhadap ciri / unsur yahudi dan merupakan salah satu motivasi ' Al Quran Canonization'
sanggahan penulis :
penulis mengenapasti dakwaan dakwaan Wansborough ini hanya berdasarkan rumusan beiau yang meneliti ayat ayat Qur'an yang diturinkan di Madinah ( masih ingat kan dua jenis ayat quran yg diturukan berdasarkan lokasi - ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyat ? ) okay so , ayat ayat Madaniyyah memperihalkan penentangan kaum Yahudi terhadap baginda rasuullah SAW dan ketika itu Islam berada dalam momentumkekuatannya di Madinah. So, adalah aneh kerana , kalau mengikut andaian Wansborough yang menyatakan bahawa Quran itu terhaildaripada ansuran evolusi perkembangan Islam dan wujud pada abad ke-7 dan ke -8 , penulis bertanya adakah terdapat penentangan terhadap kaum Yahudi ketika zaman khalifah umayyah atau Abbasiyyah?
hmm...jadi kat mana kebijakan orinetalis ini kononnya ? yg mana kita dapati mereke tidak menguasai sirah dan konsep islam itu dengan baik mahupun menghayati perjuangan Islam rasulullah secara ' non - bias'??
kat mana adilnya dakwaan mereka yang hanya berdasarkan andaian dan pengetahuan yg amat cetek?
oleh hal yang demikian - M.M al A'zami menytakan bahawa dakwaan atau fitnah Wansborough itu amatlah tidak berasas dan karutan semata di mana secara ringkasnya beliau menulis wansborough yang beridea bahawa dengan petikan asalpernyataan ' the Muslims came first and the Qur'an followed later'. (M.M al A'zami , Orientalists and the Quran ", Impact International , January 2000, p: 30.) dan menurut penulis lagi, Wansborough menyadurkan kaedah pengkajiannya terhadap Al Quran dengan mengambil kaedah kajian teks agama semitiklain , dan akedah ini dikririk oleh para pengkritik . dengan memetik ayat asal penulis : 'Wansborough 's analysis , asn another critics pointed out ' was guided predominantly bygeneralizations drawan from history of the biblical text, which were then applied to Muslim scripture"
|
|
|
|
|
|
|
|
berkenaan San'a Findings - penemuan manuscript di San'a pada tahun 1972 - yang dikatakan mengandungi manuscript al quran yang dijumpai di loteng / loft di sebuah masjid di San'a. dlm manucript itu yg bernombor 20-33.1- yang mana satu tarikh yang dicadangkan adakah sekitar abad ke-8. dan parapengkaji dari germany yang kaji manuscript itu membuat pemerhatian ke atas manuscipt itu dan menyatakan dapatan datanya dan seterusnya membuat andaian penemuan itu terhadap keseluruhan aspek al quran yang umat islam ada atau guna pakai . Dan apa yg menariknya , bagi orinetalis depa begitu peka akan penemuan manuscript kitab suci itu untuk kajian dan telitian mereka untuk membuktikan dakwaan mereka yang telah dinyatakan dan apabila saya membaca buku ini fahamlah saya kenapa mereka begitu berminat benar dalam setiap penemuan manuscript manuscipt tua ...
salah satu contohnya
http://bloggingtheology.net/2015 ... tament-manuscripts/
so, logikjugakkan mereka begitu teruja dan seronok sekali sebab depa ingin sama ada mencari bukti yang akan menolak andaian andaian longgar atau well sebaliknya sebab saya berpendapat depa hanya memahami quran as ' text' dan bukan Kalamullah.
tapi kita as Muslims saya rasa sudah tahu kan - yg Nabi menerima alquran yang dinuzulkan dan melaluiJibrail , ini making sure tiada kesalahan dan surah surah dalamQuran tu disusun ada rasionalnya ...
so pada i , itulah nilai iman - mempercayai dan kita pun tahu Quran itu terpelihara hingga akhir zaman daripada tangan tangan yang melakukan kerosakan...
|
|
|
|
|
|
|
|
so , kita dapai bahawa Goldziher- Schacht dan Wansborough kemudiannya , yakni hasilkerja mereka telah menyediakan satu basis kepada orientalis yang lain dan seterusnya yang juga membawa persoalan kajian dan objektif kajian yang sama apabial ada isu berkaitan al quran...nama pendokong seterusnya seperti Muir, Watts , Herzberg ( a profesor and a rabbi too ) dan seterusnya kepada nama nama J. Koren dan Yahuda D. Nevo - dan pola mereka ialah mencari sumber asal al quran pada awal sejarah islam ...
Jadi - dengan ini kita sebagai seorang islam yg sayangkan Nabi Muhammad SAW dan yang menghargai susahh payah , pengorbanan para sahabat dan tabi ' in dalam usaha mereka dalam dakwah dan panat lelalh mereka sehingga Islamnya kita ketika dan saat ini , seharusnya berasa lebih bersyukur dan lebih menghargai golongan golongan terdahulu...sebab jasa mereka begitu banyak...mereka tidak pun menganli kita tapi atas iktikad dan usaha yang bersungguh sungguh , masya ALLAh , usaha mereka itu membuahkan hasil...so jangalah senang senang melabel itu ini atau berkata tanpa fikir akan apa apa yg kita tidak ketahui.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 5-1-2016 06:14 PM
seterusnya dan ini akan dikemas kini - tentang banyak kesalahan pentafsiran akibat tidak mahirnya mereka tentang ilmu Islam dan bahasa arab.jadi ia mengajak kita berfikir - apakah penilian kita terhadap karya dan pandangan mereka terhadap Islam itu tepat? apakah layak seseorang yang tidak berkongsi pandangan dunia ( world view ) itu bercakap tentang apa yang dia suka sahaja tanpa disokong ilmu yang sahih dan benar? kita melihat padahnya sendiri dalam karya mereka betapa penialian yang sembrono dan momokan palsu dibuat tanpa secara komprehensif melihat Islam sebagai satu bentuk tatacara hidup membentuk peradaban...?
apakah asas pemikiran yang ada? pendapat mereka - adakah ia bersumberkan asas atau rujukan yang konkrit ? kebanyakan hanya membuat rumusan atas apa yg DIRASAKAn dan dilihat betul... tapi bagi merekka yang dedicate hidup mereka mengkaji karya orientalis ini , satu demi satu kepincangan kefahaman dapat dikesan ...
saya teringat akan pesanan seorang ilmuwan ini dalam ceramah perdananya tentang tauhidik science...allah telah memaklumkan kepada kita bahawa golongan yang sebenar sebenar takutkan allah adalah....carilah jawapannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukti kesalahan pentafsiran akibat ketidak fasihan dalam menguasai nahu bahasa Arab... |
|
|
|
|
|
|
| |
|