CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3999|Reply: 1

Penjagaan vagina yang tepat

[Copy link]
Post time 28-12-2015 07:01 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian besar kaum wanita tidak menjaga alat kelamin. Harta yang wajib dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya supaya sentiasa bersih, sihat dan terhindar dari pelbagai jenis kelamin. Dibawah diberikan tips-tips untuk menjaga organ seks wanita- vagina:-



1. Selepas buang air, cucilah tangan dahulu dengan sabun. Lepas itu baru dicuci vagina dengan bersih.



2. Selepas buang air besar, siramkan air dari arah depan ( vagina) kebelakang (anus) dan jangan melakukan sebaliknya. Dengan cara ini, kotoran dari lubang anus tidak termasuk kedalam vagina. Salah satu penyebab terjadinya jangkitan saluran peranakan ialah masuknya kotoran dari dubur ke vagina.


3. Elakkan sebarang penggunaan sabun pada kawasan vagina.


4. Elakkan penggunaan cairan kimia khusus untuk membersihkan vagina kerana akan menggangu keseimbangan flora dalam vagina. Jika terlalu kerap dipakai, ia akan membunuh bakteria baik dalam vagina yang selanjutnya akan menyebabkan tumbuhnya kulat. Akibatnya, muncul gatal-gatal didaerah organ intim.


5. Keringkan kawasan vagina dengan tuala bersih,lembut sehingga kering. Jangan digosok-gosok.


6. Gantilah seluar dalam minimum 2 kali sehari.


7. Pilih seluar dalam dari bahan yang berasaskan kapas dan mudah menyerap peluh. Hindari seluar dalam yang terlalu ketat kerana ia akan menekan otot vagina serta membuat vagina lembap.





8. Elakkan memakai seluar jeans yang terlalu ketat didaerah kelangkang.


9. Semasa sedang haid, tukar tuala wanita setiap kali terasa telah basah atau lebih dari 3 jam. Cucilah vagina terlebih dahulu setiap kali ingin menukar tuala wanita. Pilih tuala wanita yang tidak mengandungi gel kerana gel dalam tuala wanita kebanyakanya boleh menyebabkan iritasi dan menyebabkan timbulnya rasa gatal.



10. Tukarlah tuala wanita selepas selesai membuang air walaupun ia masih kelihatan bersih ketika haid hampir habis.


11. Hindari menggunakan air yang berada dalam baldi yang disediakan. Menurut kajian, air yang ada dalam baldi tandas awam mengandungi 70% kulat candida albicans ( penyebab keputihan dan rasa gatal pada vagina). Manakala air yang mengalir dari paip awam pula mengandungi 10-20% kulat candida albicans.





12. Jangan menggunakan bedak didaerah vagina pada bayi terutamanya bayi perempuan. Menurut penelitian, pemakaian bedak dapat masuk kedalam vagina yang kemudian hari dapat mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser rahim dan tumor.


13. Jangan sembur minyak wangi kedalam vagina. Bakal mengalami iritasi dan penyakit lain.


14. Pemakaian pelapik seluar dalam adalah tidak dianjurkan bagi penggunaan setiap hari. Sebaiknya pelapik seluar dalam hanya digunakan pada masa keputihan yang banyak dan jangan memilih pelapik yang mengandungi pewangi kerana dapat menimbulkan iritasi kulit. Sebaiknya bawalah seluar dalam ganti dari memakai pelapik setiap hari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 09:54 PM | Show all posts
kalau nak asam keping sihat amalkan minum air suam hangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076357 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list