View: 3979|Reply: 5
|
Bro...Kalau Boleh Elakkan Bergaduh Dengan Perempuan
[Copy link]
|
|
Oleh : Fyruz Hanna
Dalam hubungan, memang mahu tak mahu kita harus mengenali satu sama lain dan juga isi hati wanita. Nak kenal dengan wanita ini, harus tahu serba serbi termasuk mood dan hormon mereka.
Aktiviti wajib untuk setiap hubungan pastinya adalah bergaduh. Kadang-kadang tak tahu dari mana datang masalah namun pastinya setiap pasangan pastinya akan bergaduh. Bak kata orang ia proses mengenali diri masing-masing.
Namun lelaki harus tahu, mengapa anda harus elak bergaduh dengan kekasih anda.
1. Wanita makhluk yang tak pernah akan faham...
Sebagai wanita yang lemah-lembut, pastinya apabila mereka dirundung kecewa mereka akan lepaskan perasaan mereka. Jadi jika mereka lepaskan kepada anda... biarkan mereka lepaskan sehingga mereka tenang. Dalam keadaan ini, mereka perlu keluarkan perasaan kecewa namun jangan sampai mencederakan diri.
2. Sentiasa ingat, gaduh ini petanda anda tidak matang
Jika anda selalu ikutkan perasaan dengan sentiasa bergaduh bersamamya pastinya ia menunjukkan anda juga seorang yang tidak matang. Anda seharusnya tunjukkan diri anda matang dan menjadi contoh kepada pasangan anda.
3.Tak memperbesarkan hal bukti anda seorang gentleman
Jika kekasih anda lebih bersifat kebudak-budakan maka anda janganlah memperbesarkan perkara yang remeh dengan layan gaduhnya. Jika cinta dia, sanggup kah anda sakitkan hati wanita yang anda cintai?
Jika anda sayang pasangan anda, hormati pandangan dan pendapat mereka, walau anda rasa mereka tidak benar, berikan mereka peluang dan ruang untuk luahkan apa yang mereka rasa. -CARI Infonet. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha, patah tengkok jantan botak tu, kesian... |
|
|
|
|
|
|
|
ada gaduh...banyak sayang juga. tak ada gaduh kalu... macam boring adik |
|
|
|
|
|
|
|
Spidey tak suka bergaduh dengan girlfriends. Kalau mereka nak bergaduh, Spidey buat gentleman bersenyum dengan mereka sambil masuk ke bilik kemaskan barang dan campakkan barangan gf ke luar rumah.
Pasti gf akan insaf dan meminta Spidey jangan menghalaunya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku time praktikal penah boss bawa masuk mesyurat pengurusan. meeting tu lebih kurang dua jam. kl x kerana ada dua pegawai perempuan bergaduh/berdebat tunjuk terer/ego, aku rasa meeting tu x sampai 30minit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|