|
Lagu derma RM2.6 bilion Najib raih perhatian media sosial
Published: 5 November 2015 11:32 AM
Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang ciptaan Amirudin Hizadin kini menjadi viral di laman sosial. – Gambar Facebook, 5 November, 2015.
Sebuah lagu dinyanyikan seorang penulis lirik bebas tempatan, mengenai derma politik RM2.6 bilion Datuk Seri Najib Razak yang diterima daripada seorang penderma Timur Tengah, sedang meraih perhatian ramai di media sosial.
Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang itu digubah Amirudin Hizadin, merujuk derma dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, sebagai “bintang hilang” yang membuatkan seluruh dunia dalam kebingungan dan kegelapan.
Video muzik lagu akustik yang dimuat naik ke Facebook itu, serta dikongsi banyak laman sesawang terkenal, sehingga kini meraih 80,000 tontonan.
“Mana Hilangnya 2.6 Bintang” ialah sebuah lagu mengisahkan seorang pemuda tertekan hidupnya dalam sebuah negara pada zaman pemerintahan yang gelap,” kata Amirudin menerangkan kisah di sebalik lagu yang ditulisnya.
Dalam lagu itu, beliau berdendang tentang kesusahan rakyat Malaysia, termasuk peningkatan kos sara hidup disebabkan harga tol, minyak, elektrik dan makanan yang semakin meningkat.
Beliau juga menyentuh tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai inisiatif kerajaan yang sepatutnya mengurangkan kesukaran kehidupan harian rakyat..Baca Lagi |
|