Rajinikanth dikagumi peminatnya kerana banyak sebab.
KUALA LUMPUR: Bintang filem legenda Tamil, Rajinikanth punya banyak sebab yang menjadikan dia bintang paling disegani di kalangan penggemar filem Tamil.
Ia dapat dilihat apabila Astro AWANI meminta pembaca berkongsi tentang apa yang paling diingati tentang bintang yang terkenal dengan gelaran The Boss itu.
Selain bakat dan karismanya di layar perak, ada beberapa babak di dalam filem-filem lakonannya yang menjadi ikon dan malar segar.
Antara yang banyak disebut adalah cara dia meletakkan rokok ke mulut, seperti yang biasa dilakukan dalam banyak babak filem lakonannya.
Malah ramai pembaca berkongsi hasrat yang sama; iaitu ingin meminta Rajinikanth mempamerkan aksi itu di hadapan mereka jika berpeluang bertentang mata.