CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25378|Reply: 49

Kenapa Gadis Melayu senang Tertarik dgn Lelaki Asing

[Copy link]
Post time 29-10-2015 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bluehedgehog at 29-10-2015 09:40 AM

Kenapa Gadis Melayu senang Tertarik dgn Lelaki Asing ? Ape kurang laki Melayu ?
www.carigold.com

Orang A - "sebagai seorang wanita umur 45 tahun, nak beri pendapat kenapa ramai wanita melayu suka pada org asing. dari pengamatan saya dan mereka yg pernah bercinta dengan org asing ni, org2 asing ni tak kira lah apa nama mereka, warna mereka, indon atau bangla, myanmar atau afrika....mereka ni mempunyai sifat2 yang sangat disukai oleh kaum hawa iaitu CARING. "

Orang B - " Orang melayu kurang romantik dan kurang keyakinan bila berhadapan dgn wanita. Wanita kurang tertarik dgn lelaki sebegini. Sebab itulah ayat-ayat manis dan puitis dari awang hitam berjaya mnjerat wanita-wanita melayu, gadis mahupun janda. Naluri wanita ini ingin dicintai, jika lelaki melayu gagal dlm memberi rasa cinta spt yg didamba, tak mustahil cinta awang hitam yg ditagih wanita-wanita melayu ini. Jadi belajarlah tuk lebih romantis wahai lelaki melayu, tak rugi pun. (: "

Orang C - " caring tu, bkn dlm ati je ye, tunjok la jugak, bkn takat adiah2, tp tny2 keadaan die, tlg2 kt uma tu.. in fact de my fwen cte, kwn die pny bpk (australian) help around d house when the wife keje, he's working at home laaa, bkn xkeje.. xde nk kate kne wt sume bnd, tp tlg2 ringankn beban.. tehee "


Orang D - "Orang melayu xsuka ngrat2.. kawen terus.. (Agaknye la)
Orang Bangla suka ngorat ayat manis.. Si perempuan lebih suka pilih orang begitu.. so dengan automatiknye salah siapa kah ? "

Orang E - " Arina, u are talking about org asing yg dah jadi husband.memang betul mereka memang jenis yg menolong isteri di dapur. org melayu pun ada maca tu bukan tak ada, tapi kureng.... Lelaki melayu masih ramai yg tebal sifat ketuanannya.malu kalau tolong sidai kain dikatakan takut kat bini.padahal bukan takut bini, tapi sayang bini. ada lelaki melayu yg malu nak panggil wife dia sayang, sebab malu kat emak ayah dia.itu yg saya katakan org melayu ini kadang2..malunya tidak bertempat"

Orang F - "tidak ada salah siapa. tapi kalau u all masih tebal dengan sikap salah faham tentang wanita. kamu akan menyesal kemudian hari. ada sorang perempuan umur 21 tahun, bernikah dgn lelaki melayu yg kaya. tiap2 minggu diberikan RM500 utk belanja dapur dan kegunaan sendiri. tapi lepas bersalin anak sulung, isteri tu minta cerai. u all tahu kenapa? kata isteri tu, sebab suami dia suka cakap kasar. kata *****, ******, dan macam2 lagi bahasa beracun pada isterinya. kalau suami kaya bagi seribu setiap minggu pun, isteri tetap tak akan bahagia kalau suami tak pandai cakap baik2 dengan isteri."

Orang G - "kalau lelaki melayu sekali pun, tapi perangai buruk, baik ambik mat afrika yg pandai jaga hati perempuan., ada akhlak, ada adab."

Orang H - " most of them terpengaruh dgn layanan org luar(non -malay)..kan sy da cakap org melayu ni lebih suka berhati2.mostly lelaki.mungkin sebb tu gak kot ramai x jadi sweet talker sebagaimana non-malay. saya pon ad kawan2 kategory awg hitam ni jugak..yup i admit berkomunikasi dgn mereka mmg blh wat kita sentiasa cair..salu puji2.pgilan honey,darling,dear(ni kat lelaki n also perempuan okey.tataw la..mgkin sbb speaking english kot)...hati mana x cair..lagi 1,rata2 hati perempuan melayu ni lembut.non-malays sendiri yang mengaku (ni based on blog2 n forum2 n komentar2 yang saya baca kat websites) sebb tu ramai yang terjerat.."

Orang I - "Thumbs up , I found that non-malays are usually caring than malays. When you go oversea, for example in UK, the men will hold the door for you even when they are strangers. Tengok la TV, macam tu. Even crossing the roads pun, they will wait for the pedestrians to cross, baru they drive on. Generally, their behaviour are different to us, much more lembut. Bukan african brothers je yang caring. The sisters also show more love among themselves. Jumpa je, peluk, tanya khabar, panggil sesama sayang, and so much more. best kalau semua ada sifat gitu "

Orang J - "Jaga2 jer la memilih awang hitam. Mana tau di umpan semata mata nak jadik keldai dadah atau operation black money. Mereka semua dtg atas tiket student. MOST, not all"

Orang K - "perempuan kat sini meletop2 cerita, demand tinggi, nak laki caring la, baik la, beriman la, cakap baik la. padahal dia sendiri tak berapa caring.."

Orang L - " perempuan lain sy x tahu la, tp yg pasti klu sy, sy lebih rela pilih lelaki melayu, wlupun mgkn org kata lelaki melayu ni x reti nk tunjukkan kasih sayang diorg, tp bile fikirkan keseluruhannya, klu nk hidup dgn budaya lain ni x brani lg la.. mgkn satu hari nt sy akan tukar fikiran, who knows.."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2015 09:33 AM | Show all posts
Edited by bluehedgehog at 29-10-2015 09:41 AM

Wanita Melayu Kahwin Bangla
www.kadikluang.blogspot.com

"Jangan mudah terpedaya dengan pujukan dan janji-janji manis lelaki asing bagi mengelakkan diri daripada diheret ke dalam gejala tidak sihat, demikian nasihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada wanita Malaysia.Katanya wanita Malaysia perlu berfikir panjang apabila dihampiri lelaki asing yang memberi pelbagai janji dan ganjaran sebagai umpan untuk memerangkap mereka".    TAWAU, 2 Nov (Bernama)

Pandangan saya :

Memang betul, lelaki dan wanita perlu berhati-hati memilih pasangan hidup. Saya percaya nasihat menteri ini iklhas untuk menjaga kepentingan orang kita supaya tidak teraniaya. Tapi tidak semestinya berkahwin dengan rakyat asing seperti Bangladesh dan Indonesia tidak bahagia. Di Kluang saja ada 2 pasangan warga Bangladesh dan 1 warga Nepal yang boleh saya jadikan contoh dalam ulasan saya. Lelaki Bangladesh pertama di Taman Intan Kluang, bekerja sebagai pembantu kedai, berkahwin secara sah. Seorang lagi lelaki Bangladesh di Jalan Yap Tau Sah Kluang sekarang menjalankan perniagaan sendiri. Lelaki Nepal, masuk Islam di Kluang sekarang bekerja sebagai buruh binaan juga bahagia.

Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Dulu dalam tahun 1996, waktu saya mula kerja di JAIJ sebagai penguatkuasa, saya rasa marah bila jumpa wanita Melayu pilih Bangladesh. (Sekarang bila dah lama kerja, saya rasa nak kawin kawinlah, buat apa nak larang) Waktu itu rakyat Bangladesh lebih ramai berbanding sekarang, sehingga berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Bangla di sebuah taman di Johor Bahru yang ceritanya sangat popular.

Dalam satu kes yang saya tangkap di sebuah rumah di Taman Cempaka Johor Bahru, wanita melayu berstatus janda anak dua ditangkap dengan lelaki Bangla lebih kurang jam 12.00 malam. Mereka berjumpa dan berkenalan kerana bekerja di kilang yang sama. Selepas dihadapkan ke mahkamah, sekali lagi pasangan ini datang jumpa saya, menyatakan hasrat untuk berkahwin. Dalam hati saya, tidak adakah Melayu yang wanita ini minati, kenapa sangkut pada Bangla ?

Saya kata, di Bangladesh, belum tahu lelaki ini ada rumah atau tak, mungkin duduk bawah kolong saja. Wanita ini kata, dia tak akan duduk di Bangladesh, tetapi lelaki ini hendak mohon sebagai warganegara Malaysia. Kemudian banyak lagi saya katakan kepada wanita ini bertujuan supaya membatalkan hasrat daripada meneruskan niatnya. Bagaimanapun, dia tetap hendak kahwin, maka tak boleh halanglah. Lepas itu, saya tak jumpa lagi pasangan  ini,  saya percaya mereka dah berkahwin, cuma tak tahulah perkembangan mereka sekarang.

Apakah rahsia kehebatan Bangla ?

Kenapa orang kita minat Bangla yer.... Sudah tentu ada yang istimewa  pada Bangla, yang orang kita tak miliki. Apa dia keistimewaan Bangla ? ......Saya boleh beri  jawapannya, tapi sukar untuk ditulis di sini. Pengalaman saya sebagai penguatkuasa JAIJ sudah berdepan, menangkap, menyiasat, mendakwa dan berkawan dengan Bangla, sebab itu saya boleh jawab soalan apa keistimewaan Bangla itu. Rumah sewa saya di Johor Bahru pun dihuni  orang Bangla yang bekerja di Maidin JB, lagilah saya kenal Bangla. Sebab itu kalau saya masuk Maidin JB, pekerja dia panggil saya 'bos', naik segan pula dibuatnya. Segan kalau orang lain dengar, pernah ada perempuan jeling saya sinis, mungkin dia ingat saya ni 'tekong'  Bangla kot.   SEKIAN.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:34 AM | Show all posts
Jatey melayu manje, anak mak, pencil 2b, perutt bunnnncittt, celake cibaiii larrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2015 09:35 AM | Show all posts
Edited by bluehedgehog at 29-10-2015 09:43 AM

Kenapa Perempuan Malaysia Suka Lelaki Bangladesh ?
Pen Patah Blog


1. Sebab diorang lebih setia

Kebanyakan mereka ni ibarat walau lautan api sanggup direnangi. Haha. Tapi aku ade terbaca gak yang benda ni tak kekal lama. Biasanya time belum kawen, time bercinta, memang semuanya baik/elok, tapi bila dah kawen, jadi lain. Disini, aku tak dapat nak komen apa-apa perihal tersebut sebab aku belum kawen lagi. Kwang kwang.. Tapi diorang memang jenis yang kalau dah ade awek, terus terang cakap dah ade awek. Takde nya nak mengaku single or dalam Fesbuk tulis 'single' walhal tetiap minggu dating dengan bebi sayang cinta hati dia siap bersuap suap makan durian crepe.

Setakat ni aku belum pernah dengar lagi kes dorang curang dengan girlpren/pasangan Malaysia dorang. Err lagipun time zaman pemerintahan British dulu, diorang ni (Gurkha) memang terkenal dengan kesetiaan diorang, loyal, berani, dan tak akan berundur lari ketakutan dalam medan peperangan. So, boleh ke dikaitkan perkara tersebut dengan hal cintan cintun? wahahah

2. Sebab diorang lebih romantik

Hahahaha. Bagi aku gelak dulu sebelum explain.. Bagi aku, entah la. Maybe yang aku kenal takdela sangat romantik gile tahap gaban. Tapi perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan adalah, dorang lebih thoughtful. So I guess thoughtful selalunya dikaitkan dengan romantik kot. Atau mungkin jugak dorang lebih romantik sebab banyak sangat tengok movie Hollywood. Haha. Sebabnya, aku sebenarnya terkejut jugak dengan vocabulary dorang dalam English language. Ade sesetengahnya yang orang Malaysia kita sendiri pun tak berapa tahu. Contohnya perkataan "chapstick". Kita kalau kat Malaysia ni sebut lip balm je. So, memang terbukti dorang banyak mengikuti perkembangan dunia Hollywood.

3. Dorang cepat belajar/ menguasai sesuatu perkara

Contohnya, Bahasa Melayu dan slang-slang yang kita orang Malaysia ni selalu gunakan dalam daily conversation kita di Malaysia. Dorang cepat belajar BM. Kalau kita, mampu cakap dalam bahasa Nepal after 1 month duduk Nepal tanpa guna Google Translator etc? Aku pun tak tau sebenarnya mampu atau tak haha. Sebab aku memang tak mampu T.T


Selain dari tu, diorang jugak berusaha untuk gain knowledge. Time bila dorang buat semua membaca tu pun aku tak tau.. Tup tup dorang dah jadi pandai, siap jadi supervisor lagi di kilang-kilang. Aku rasa orang yang sentiasa enthusiastic untuk gain knowledge ni sangat smart, walaupun dorang tak belajar sampai diploma or PhD. Ade jugak dorang yang dari tak reti membaca, terus boleh membaca tak lama lepas dorang belajar membaca.

4. Dorang tak guna duit perempuan

If dorang betul-betul cintakan/sayangkan korang, duit korang diorang tak akan sentuh. Walaupun ade jugak jenis yang sengal buat lawak pada korang suruh belikan baju, selipar or henpon baru, belikan tiket balik kampung etc, tapi cuba korang cakap/tegur sekali kat dia yang korang macam rasa yang dorang ni macam nak mempergunakan korang or korang try cite kat dia yang korang ni orang susah dan korang tak suka dia buat lawak meminta dibelanja bermacam macam, sure dorang akan cakap dengan nada yang agak marah (walaupun masih kontrol macho) bahawa dorang melawak saje dan dorang tak kisah pun sebenarnya. Biasanya if dorang dalam kesusahan pun, dorang tak akan meminta dari korang. Dorang tak nak menyusahkan korang.

Tapi. despite all his words, untuk korang betul-betul tahu sama ada he will take advantage of you or not, korang kena tengok time korang keluar makan dengan dia. Usually they will offer untuk settle the bill kat restaurant, walaupun hakikatnya ade beberapa ringgit sahaja dalam dompet. In fact, biasanya dorang tak cakap pun macam ni "I only have a few ringgit left, I hope you can eat something inexpensive". Haha tapi apa pun, dorang still berusaha untuk cari duit, walaupun kadang-kadang terpaksa pinjam dari rakan-rakan.

5. Dorang terima korang seadanya

Biasanya dorang tak tanya pun tentang ex ex pakwe korang dan kisah-kisah korang dan ex pakwe korang. Cuma, diorang akan tanya sama ada korang ni bini orang ke or dah pernah kawen/tunang. Kadang-kadang, korang nak bercerita tentang kisah-kisah lama korang (kononnya nak share kesedihan kisah lepas) pun dorang tak nak ambik tau. Haha. Bukan sebab kejam ke apa, tapi sebab dorang tak nak ungkit kisah lepas dan nak korang fokus pada masa sekarang je.

Rasanya dorang jugak tak memilih sangat bab paras rupa seseorang perempuan. Tapi if ade perempuan yang cun suka pada dorang, takdela dorang tolak pulak. Haha... Contoh dah banyak depan mata. Pernah ke korang selalu dengar dorang kawen dengan minah salleh? Tapi lelaki-lelaki Malaysia yang kawen dengan minah salleh banyak hehe

6. Sebab rajin?

Aku cuma agak la diorang sangat/agak rajin, malah sesiapa yang pernah memandang situasi dimana mat bangla-mat bangla beratur berjalan di tepi bahu jalan pada awal pagi jam 6.15 pagi dan juga jam 9 malam akan berkata "wah, awal pagi dah bangun kena berjalan pergi kerja" dan "wah, malam pukul 9 or 10 malam baru dapat balik rumah". Kesimpulannya, untuk buat macam tu (bangun awal pagi, berjalan kaki untuk ke kilang-kilang, malah membawa bekal nasi berlaukkan kari/dal) setiap hari adalah SANGAT mencabar minda ok. Haha. Memang mencabar minda aku sendiri sebagai seorang warga tempatan lah.. Sebabnya, kalau akulah maybe aku boleh bertahan sehingga seminggu je, semasa awal-awal bekerja. Then, the next week, sure aku akan mula rasa malas dan mungkin juga akan MC untuk 1 hari semata mata nak catch up tido

Jadi, mungkin juga semangat kerajinan diorang merupakan antara salah 1 sebab mengapa wanita mudah terpikat pada diorang? Sebenarnya aku agak kagum jugak dengan daya tahan tidur diorang ni haha. Sebab ada sesetengahnya, walaupun balik kerja jam 10 malam, masih ada masa untuk lepak bersama kawan-kawan dan kadang-kadang juga keluar berjalan-jalan untuk ambik angin malam, then balik semula rumah jam 1 or 2 pagi. Kalau aku sendiri, lepas balik kerja maybe akan terus lepak atas katil, bersiar-siar di dalam alam mimpi..

Lumrah wanita mahu selalu keluar bersiar-siar dengan jejaka pilihan hati. Kadang-kadang tanpa mengira waktu/masa. Apa yang aku dapat simpulkan, mat Bangla/ mat Nepal biasanya jarang merungut/bersungut kepada teman wanita diorang betapa penatnya diorang bekerja dan betapa permintaan untuk keluar makan/bersiar-siar pada waktu malam menyusahkan mereka (sebab mereka nak tido/berehat kerana keesokan paginya perlu bekerja semula). Walaupun jika difikirkan secara logik akal, memang pekerjaan mereka agak memenatkan berbanding pekerjaan kita warga tempatan yang hanya perlu duduk di ofis, attend meeting, menyiapkan presentation dan tidak perlu sangat berjemur di tengah panas pada pukul 12 tengah hari.

Kesimpulan

Penulis bukan mahu terlalu mengagung agungkan mereka-mereka di atas ni, tetapi cuma mahu berkongsi maklumat dengan pembaca sekalian hehe. Harap info-info diatas dapat merungkaikan persoalan saudara/saudari sekalian kenapa wanita mudah terpikat pada mat Bangla/ mat Nepal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:38 AM | Show all posts
Orang I - "Thumbs up , I found that non-malays are usually caring than malays. When you go oversea, for example in UK, the men will hold the door for you even when they are strangers. Tengok la TV, macam tu. Even crossing the roads pun, they will wait for the pedestrians to cross, baru they drive on. Generally, their behaviour are different to us, much more lembut. Bukan african brothers je yang caring. The sisters also show more love among themselves. Jumpa je, peluk, tanya khabar, panggil sesama sayang, and so much more. best kalau semua ada sifat gitu "



well...the name is Bond , James Bond gitu ye

hahahahahahahahahah


apasal pulak gadis Malay?

you gotta ask Monica Belluci  or that Lea thingy apa nama ntah ?

hahahahahahahahahah


goshhhhhh....

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:42 AM | Show all posts
Lelaki melayu sekarang ala kadar je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2015 09:45 AM | Show all posts
Suka omputih atas dasar gentleman dan pandai menghormati perempuan.
And good in bed as a bonus.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Budusss. Yang tak laku dengan lelaki melayu saja buat macam macam alasan konon suka lelaki bangsa lain. Itu pun berapa ekor saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2015 09:48 AM | Show all posts
truly replied at 29-10-2015 09:45 AM
Suka omputih atas dasar gentleman dan pandai menghormati perempuan.
And good in bed as a bonus.

if yang suka bangla? apa kelebihan bangla
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:50 AM | Show all posts
Perempuan cina bangsa engko yang suka bangla, bangsa lain semua kenapa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:54 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 29-10-2015 09:48 AM
if yang suka bangla? apa kelebihan bangla

Mungkin bangla pun gentleman. Perempuan perlu lekaki yang gentleman dan menjaga perempuan. Bukan harap perempuan menjaga dia.

Pengalaman dengan lelaki melayu, kebanyakkan tak pandai menjaga wanita. Okay lah sebelum di label tak laku oleh lelaki melayu yang tercabar baik I diam haha.

Bukan semua lelaki melayu tak baik. Pengalaman saya dating berbagai bangsa, bergantung lah apa yang kita tick sebagai requirements kita. Macam saya, saya perlukan a gentleman, ada duit dan intelligent. So far, saya jumpa ni pada omputih. Tapi mereka bukan semuanya baik. Tak kira apa jenis omputih, mereka sebenarnya sangat individualistic sedangkan orang melayu kita lebih considerate. So ada pros and cons. Bergantung lah apa yang penting sebagai kriteria kita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:58 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 29-10-2015 09:38 AM
Orang I - "Thumbs up , I found that non-malays are usually caring than malays. When you go oversea,  ...

Betul apa yang puan tulis ni. Tepat sekali. Sifat sifat ni semua kita tak jumpa pada melayu, baik lelaki atau perempuan.

Even africans pun, as you said, sangat lembut, pelukan dan kemesraaan, lelaki dan wanita.

Bercinta dengan bangsa asing, terasa sangat di hargai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 09:59 AM | Show all posts
nak 1000 daya
xnk 1000 dalih
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:00 AM | Show all posts
well im gembira married to my french canadian husband.
bersyukur ya amat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:04 AM | Show all posts
Kenapa perempuan melayu jadi reject ?  Kenapa jantan melayu suka mak salleh ? Kenapa perempuan cina suka bangla ? Kenapa perempuan bangla suka tuan bangsa asing mereka ? Kenapa perempuan cina buat anak haram dengan lelaki bosnia ? Kenapa laki melayu main dengan perempuan indon? Kenpa jantan melayu suka ayam hitam ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:04 AM | Show all posts
faraway1 replied at 29-10-2015 10:00 AM
well im gembira married to my french canadian husband.
bersyukur ya amat...

You are lucky. I'm dating a Canadian too now. Wow, tak pernah jumpa lagi yang sebaik ni. They are totally different bred of man. Sangat gentleman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 10:07 AM | Show all posts
Kesian MN Puan Botakchinpeng mengamuk sorang-sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:08 AM | Show all posts
sbb diorang hensem cam remy sehak...tak dapat gading brtuah cam abam remy, tanduk (bangla) pon jadila...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
gasakla sapa kawen bangla time peyed pun dia mau..... tp indon indon yg kapel dgn bangla mmg ditalanya duit bangla...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertuah rasa jumpa laki melayu tp gentleman abis
Susah nak jumpa dah skrg
Pandai my MIL didik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.363550 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list