|
RATU Dangdut Indonesia, Inul Daratista meluahkan kesedihan dan memohon maaf di atas kejadian kebakaran pusat karaoke miliknya, Inul Vista Manadodi dekat pusat membeli-belah Mega Megamas di Manado, Sulawesi Utara, awal pagi tadi.
Dalam kejadian tersebut, 12 orang terbunuh manakala 71 lagi cedera dalam kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas. Dalam petikan di laman sosialnya, penyanyi yang terkenal dengan ‘goyang gerudi’ itu menganggap musibah itu merupakan ujian kepadanya untuk lebih berjaga-jaga di masa akan datang.
“Dalam kondisi sesulit apapun, ini adalah jalan yang sudah digariskan, tinggal bagaimana saya harus bisa menghadapinya dengan bijaksana dan baik. Kejadian bisnis saya dalam sejarah 10 tahun adalah peringatan untuk saya ke depan untuk lebih baik lagi,” tulis Inul di laman sosial miliknya.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Inul Vizta Management, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
“Saya berharap dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya atas tragedi kebakaran ini. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran.
“Maaf juga buat semua media kerana buat masa ini saya tidak mahu komen lanjut lantaran kejadian masih dalam siasatan polis,” jelas Inul yang ngetop dengan lagu Masa Lalu.
Sementara itu, laporan daripada Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana berkata, kebanyakan pengunjung yang asyik berhibur hanya menyedari kebakaran setelah api semakin marak.
Disebabkan hanya terdapat satu pintu keluar, kebanyakan pengunjung terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua dan tingkat tiga bangunan.
manggaonline
|
|