View: 107534|Reply: 335
|
Backpacker Tour Europe with AWANG GANU: .. meh aku cerita kan.
[Copy link]
|
|
Kawan-kawan, ni first time aku join board ni. Sesaja nak berkongsi dan bercerita experience aku gi tour Europe, tahun 1997 dulu.
9th July 1997
Aku bermula dari Newcastle Upon Tyne (Tempat aku study) menaiki bas selama 6 jam dan tiba di Victoria Station, kat tengah Kota London. Tido semalaman kat rumah member di North London. Malam tu discuss nak ke negara dulu, Belgium ka, Holland ka, bukak Europe map tengok route yang paling cun.. sebab duit pun bukan banyak sangat, biasa lah student MARA. Target kalau boleh nak round semua negara kat Europe.
10th July 1997
Aku gi empat orang, berbebankan backpack, sleeping bag dan beberapa helai pakaian menuju ke London Charing Cross, iaitu train terminal yang membawa aku ke Dover, travel time approx 1hr 45mins.
Berpandukan European Travel Guide Handbook yang kita orang beli, kami naik Stena Line Ferry dan menyeberangi English Channel atau pun Strait of Dover, sama la tu.. ingat tak Dato Malek Maiden berenang selama 17 jam tu.. hingga sampai kat Ferry terminal di Calais, dah masuk France dah. Permandangan pinggir pantai Dover cantik, nampak putih jer tebing tinggi, batu kapur kalau tak silap aku.
Setiba kami di Calais tuh, kami amik train menuju ke Lille, France. Sebab kami bercadang nak masuk ke Belgium dulu, masa nak balik semula ke England nanti baru kami nak pusing France tu. Yang menarik di France ni, sesetengah tempat takde tiang electric, sebab dia orang guna under ground cable. Puak2 French ni sombong lah sikit kalau kita bertanya dalam English, nak bercakap kena dalam bahasa mereka kalau tak, maaf tak layan. Eloknya cakap bahasa Melayu je.. hahahaha.. OK lah, tinggal kan dulu France.
Hari yang sama juga, kami tiba Brussel central Station, stesyen keretapi yang membawa kami dari Lille tadi. Dah petang sangat dah, lapor perut jangan cakap lah. Jangan mimpi nak cari nasik, air tebu ka, nasik dagang ka.. piirah.
So malam tu kami lepak kat hotel cikai. Letih jangan cakap, merayau lah malam tu sekitar Brussel, sekor muka Malaysia pun tak nampak, kut-kut boleh tanya kat mana jual nasik ka, halal food ka.. malam pertama tu kita orang makan pizza dan fish n chip jer.. yang menarik kat Brussel ni, ada banyak kedai cam kalau kat Malaysia ni kat Bkt Bintang tu, style cofe bean.. pastu siap ada orang mainkan musik sambil berdiri, main gitar ka, piano ka.. pehh kami backpacker empat orang ni mampu tengok jer.
11th July 1997
bersambung ..
[ Last edited by chumpon at 29-12-2006 11:46 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DARSITA at 2003-10-11 02:28:
mu dok sembanyang awe?
sembahyang, napa mu tak sembahyang ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
[Aku bermula dari Newcastle Upon Tyne (Tempat aku study) menaiki bas selama 6 jam dan tiba di Victoria Station]
Jauh tu .. sembahyang dalam bas ke?
Oh Dillos sekarang dah duduk UK Newcastle. Sambung PhD gamoknya.
======
Ok ok continue your story. |
|
|
|
|
|
|
|
11th July 1997
Masih lagi di Brussel, Belgium.
Lupa nak cerita, sesampai jer kami di Brussel Central Station dari Lille semalam tu, tengah2 duk lepak tengok orang lalu lalang tup tup tengok ada sorang mamat tu berlari dari Central Station, dua tiga orang kejar dia dari belakang. Kejar punya kejar siap bawak pistol lagi, ahhh kami dah suspend dah. Akhirnya dapatlah tangkap mamat tu, entah case apa tak tau lah.. ishh cuak jugak sebab kat tempat orang ni banyak sangat dengar cerita tembak tembak free ni..
Okeh.. sambung.
keesokkannya dah bangun pagi, breakfast roti jer lah. Check out dan keluar mengembara eecehh.. kami simpan backpack kami kat luggage locker kat Central Station, nak bawak berat sangat maaa.
Oleh kerana hotel yg kami tumpang semalam di tengah-tengah bandar, maka banyaklah jugak tempat yg sempat kami sighseeing. Brussel - Bruxelles - Brussels, semua mempunya maksud yg sama. Brussels is the bilingual capital of Belgium. Maknanya, French and Dutch are the official languages of the city. Sebab tu nama jalan pun ada 2-3 sebutan. Brussel ni more than 1000 years old, kalau tengok buku sejarah Julius Caesar pun pernah extend power nya sampai ke sini,
Kami sempat ke The Grand Place - tapis de fleurs ataupun flower carpet. Tempat ni setiap tahun akan dihiasi dengan permaidani yang sungguh cantik dan berseri, kiri kanan kawasan ni terdiri dari banggunan lama dan penuh dengan sejarah. Yang menariknya Kerajaan Belgium ni masih mengekalkan / preservation of its ancient buildings and historical traditions. Di sinilah terletaknya Town Hall, is widely considered to be one of the most beautiful town squares in Europe. Aku nak paste gambo kang, susah jugak nii..
Ada sesuatu yg menarik di The Grand Place - tapis de fleurs ni, iaitu The Mannekin Pis - Patung budak tengah kencing. Cisss.. aku pun tak tahu lah budak tengah kencing pun dia orang boleh buat statue. The Mannekin Pis ni sebenarnya di katakan di ukir dalam tahun 1388. Selepas tu beberapa kali kena curi, dan beberapa kali juga ianya dijumpai semula. Ada satu occasions tu, mereka memakaikan patung tu dengan 600 jenis pakaian, tak tahu lah kenapa mereka adore kat dia ni.
nanti aku scan, aku paste kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DARSITA at 2003-10-11 07:59:
[Aku bermula dari Newcastle Upon Tyne (Tempat aku study) menaiki bas selama 6 jam dan tiba di Victoria Station]
Jauh tu .. sembahyang dalam bas ke?
Oh Dillos sekarang dah duduk UK Newcastle. ...
masa kat UK dulu, sembahyang tepi kaki lima restoran kira selamba jer. Dah mana ada surau, kadang2 tu alas dengan surat khabar jer. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tour europe summer 1999... sebulan maaa....
cam awang ganu la..solat kat kaki lima, tepi sungai, kat stesen keretapi... mana2 je la yg sempat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by atira at 2003-10-11 14:50:
aku tour europe summer 1999... sebulan maaa....
cam awang ganu la..solat kat kaki lima, tepi sungai, kat stesen keretapi... mana2 je la yg sempat...
tido kat kaki lima pernah ke? ahaa aku kena siram dek bandaraya Amsterdam pagi2 buta.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernahhhh... kat rotterdam.... mmg kene marah!! tapi bukan kat kaki lima... kat park... selamba ahhh... lepas tu bukan nak jumpa dah ngan polis2 tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Masih lagi di Brussel, Belgium.
hari tu jugak kami visited Jardin Botanique Kruid Tuin iaitu taman bunga, bukan visit sangat pun sekadar lepak berhenti penat ooo..
Next, kami ke The Atomium iaitu monument atom yang di bina dalam tahun 1958. Monument atom ni diperbesarkan sebanyak 165 billion times untuk jadi sebesar tu.. ni aku paste kat bawah.. tinggi monument ni 100 meter.
yg bawah ni Menneken Piss - budak tengah syok kencing..
Pastu kami melarat sampai kat The Cinquantenaire Park , bisalah taman dan ada ler beberapa banggunan peninggalan sejarah.. takde yg menarik sangat kecuali taman yang cantik dan terpelihara.
last sekali sebelum kami blah, kami ke Mini Europe. Kat sini semua monument dan building yg ada seluruh Europe, ada di sini.. cantik dan err.. apa nak kata aaaa.. memang unik lah..
Petang tu kami membuat keputusan untuk terus ke Amsterdam, so amik train ke Antwerpen, utk tukar stesyen keretapi.
Malam tu kami amik train dan bertolak ke Amsterdam, Holland.. sampai dah agak nak malam dah.. dalam tourist guide handbook berpesan, supaya berhati-hati kat Amsterdam.. heheheheh!
Apa yang menarik di Amsterdam? Bersambung lagi..
-Special thanks to Sarah Radzi for her asisstance-
[ Last edited by Awang Ganu on 11-11-2003 at 02:11 AM ]
[ Last edited by Awang Ganu on 4-11-2004 at 03:32 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jap nak tanya ... kita travel bawa beg besarkan .. boleh tak kita letakkan beg kita ni dekat mana mana perhentian keretapi? berapa dia orang charge?
Lepas tu ada tak bed & breadfast?
Awang .. apa benda yang penting sekali kita bawa utk travel cara ni? macam jeans dua helai, t'shirt dua helai .. tikar gulung, compas, map etc etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA,
KEBIASAANNYA di mana-mana train station, bus station ada disediakan luggage locker. Bayaran mengikut tempat jugak, ada mahal ada murah tapi kira OK lah.. kalau kat UK tu dalam 50p hingga 1 pound. (RM3-RM6) gitu lah.. tapi bagi sesiapa yg larat nak kendung bag apa salahnya.. kalau yang gemuk tu insyallah boleh jadi slim hahahah..
BED and BREAKFAST kalau kat UK berlambak lambak.. setakat nak tido, pagi esok breakfast lepas tu check out.. macam aku pernah singgah di Land Ends (hujung dunia) kat hujung England ada lah takat 7 pound (RM40) semalaman. Biasanya rumah orang tapi dia buat bilik utk tansit. Tapi kalau yg ada Youth Card boleh dapat discount and privilage kat Youth Hostel seluruh donia....
APA nak bawak.. itu terpulang lah. Kalau travel time summer, bawak lah at least satu jumper (baju sejuk) sebab Europe punya weather is unpredictable. Kalau travel time winter (ade ke org travel time winter?) cam biasaah bawak yang tebal tebal..
Yang penting satu duvet (Sleeping bag) kalau terkantoi tertidur tepi kaki lima.. jenis berani hati OK la.. Hand glove tu biasalah, kang tetiba malam sejuk kang, kasut bialah jenis travel punya.. selipar kalu nak sembahyang, sejadah ka, tapi aku tak pernah bukak sejadah, pakai alas kotak kertas jah.. darurat hahahahah.. DAN pastikan anda bersedia utk tidak berjumpa dengan nasik selama mana anda di negara2 yg susah cari halal food.. kat Amsterdam pun ada nasik, orang Indon jual, tapi Fried Rice with pork!
yang penting ke mana nak pergi, kena bawak travel guide handbook, kalau ke Europe sila beli European Guide hanbook, sebab seluruh negara punya info tentang train schedule, bus schedule, place to visit, do and dont semua ada..
elok beli traveller cheque, Thomas Cooks kaaa, bawa cash sikit dah lah, kalau ada VISA and MC pun cun, riba interest tanggung sendiri hahahah..
Berapa lama nak travel.. kat mana nak basuh baju? Ada tempat boleh dry cleaning.. itu takde masalah.
Kalau jenis yg suka shopping, pantang nampak sikit nak beli elok bawak bag besar lah..
DAN yang PALING penting, siapa yg nak travel dengan anda.. kalau travel dgn jenis yg susah berkira, susah lah travel tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
AMSTERDAM!! Apa yang menarik sangat Amsterdam nii..?
Member aku pesan kalau gi tour tu, jangan lupa masuk Amsterdam, rugi kalau tak singgah..
Amsterdam is the COOL capital of Holland .. sebab kat Amsterdam ni semua ada, famous art, architecture yang cukup menarik, top designers, superb shopping, history nya pun menarik jugak.. tahukah anda bahawa Amsterdam mempunyai 42 museums, 141 galleries, 22 paintings Rembrandt, 206 paintings from Van Gogh banyak lagilah..
Amsterdam selalunya di kaitkan dengan one of the most colorful cities in the world.
Free sex and free drug! Malam tu, setibanya kami kat Centraal Station, itu lah Amsterdam! Oleh kerana dah agak lewat malam, so kami bercadang nak tido kat tepi kaki lima jer, kalo amik hotel pun tak worth lah, buang duit jer.. banyak lagi duit nak pakai nii hehhehe..
Kami pun cari luggage service dan simpan backpack kami, tak larat nak kendung. Pastu jalan-jalan melihat sekitar dekat-dekat jer. Sebenarnya kami tak berapa berani sangat kat Amsterdam ni, sebab banyak sangat penjahat dan perompak.
Dalam kami berjalan cari makanan tu, tetiba ada sorang mamat ni tegur aku. "Excuse me, do ya wanna hass? Ganja? Mariuana?"
Warggg! Macam Chow Kitt bebbbb! Tapi kat chow kit dia angguk-angguk beri signal jer. Aku pun kata "No thank!" .
Where you from, Philiphine? dia tanya aku lagik..
Aku jawab Indonesia hahahaha.. sebab kat Amsterdam ni ramai orang Indon atau mix Indon, ingat tak dulu2 punya cerita Belanda takluk Indonesia? So ramai yg kahwin dgn orang Indon dan bawak balik ke Belanda atau Holland nih..
Sebenarnya, di Amsterdam ni, dia orang agak mengamalkan free drug and sex. Kalau kita masuk kat cafe di Red Light District, kita boleh order daun ganja! Balut ganja dan kita free nak tarik, nak stim ganja dalam cafe tu.. it's legal! Macam kat Malaysia ni, masuk kedai mamak, kita order teh tarik satuuu bang!! Lebih kurang cam tu lah.. walau bagaimana pun jual beli drug secara terbuka macam jual ubat tu adalah dilarang sama sekali di Amsterdam.
Pengalaman aku ketika cross satu bridge di Amsterdam tu, aku sempat nampak sorang mat drug tengah cucuk jarum kat betisnya.. selamba jer tepi bridge tu.. kalu kat KL dah kena cekup dah.
Kat kedai yang tertentu siap ada jual paipon, ataupun 'dapur' untuk hisap ganja ni.. heheheheh! Member aku siap beli benih pokok ganja dan tanam dalam biliknya kat UK.
OK lah, malam tu kami tak tahu nak tido kat mana, nak tido kat kaki lima tak boleh, sebab 'DBKL' kat Amsterdam tak bagi. Nak tido dalam centraal station pun tak boleh gak.. so kami cari port baik kat tepi terusan kat tengah town tu. Jumpa bangku panjang dan tido sampai ke pagi, tido-tido ayam jer sebab tak sedap hati, penjahat dan perompak banyak sangat..
Sedar-sedar pagi esok, kena sembur di DBKL Amsterdam yang cucikan jalan dan kaki lima dari sampah, muntah dan jarum yang mat drug ni sepahkan.. hampeh sungguh!! |
|
|
|
|
|
|
|
12th July 1997, Pagi yang mengantuk mata, masih lagi di Amsterdam.
Kami bercadang untuk pusing Amsterdam dalam masa satu hari dan bermalam di situ, so kami pun merayap lah cari Youth Hotel ka, Bed and Breakfast ka (BB) .. at last kami dapatlah satu hotel yg kira OK lah..
Kami mandi manda, makan roti dan keluar merayap. Sambil berjalan tu, aku asyik2 toleh ke belakang sebab kat Amsterdam ni merupakan bandar yang dipenuhi dengan penunggang basikal.. penuhhhh dengan basikal. Basikal macam dah jadi pengangkutan utama bagi penduduk kat town utk memudahkan pergerakkan mereka, atau memang mereka tak de duit kot? kalau tak berhati-hati boleh kena langgar dek mereka.
Apa yang menarik di sini ialah, kereta Merc di jadikan taxi, Merc lampu mata belalang, lampu bulat semuanya dijadikan taxi, nak cari taxi yang cokia pun susah.. kalau kat Malaysia ni Merc tahun 70an banyak ler jadi taxi.
OK, jalan punya jalan, tup tup kami terbehenti ke sebuah museum. SEX MUSEUM! Ahaaaa! Nak masuk ke tak nak? Tak masuk rasanya sampai bila-bila kita tak akan tahu, so masuk jugak lah.. hehehe! Sebenarnya sex museum ni merupakan international collection of historical erotic and pornographic art, literature and artefacts. Kat situ lah gambar dan patung Marilyn Monroe di abadikan..
Di situ jugak terdapat comprehensive selection of manuscripts dan lukisan dari Kama Sutra to twentieth-century comics and a vast film and photographic library sebagai sumber rujukan yang penuh dengan porno dan sex.. hahahah! Aku nak paste gambar kat dalam museum tu pun TAK SESWAI lah kat sini... ..
(Tip: Jangan lupa untuk gi kat mana-mana tourist information utk dapatkan map dan guide, sebab ianya lagi detail tentang place to visit.)
bersambung .. cerita mengenai Red Light District (kawasan lampu merah yang tidak dibenarkan membawa kamera dan video camera) dan windmill yang macam dalam cerita cerita fairy tales.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju ngan awang... kalau nak travel backpack cenggini teman travel tu yg paling penting.... bukan senang backpack wooo... kalau ikut stail aku lagi laaa set2 tido merata..waktu tour europe sebulan, rekod aku tak mandi seminggu..he he. maklum le time student... takkan nak sewa hotel kot... peh tu youth hostel penuh jek.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by atira at 11-10-2003 02:50 PM:
aku tour europe summer 1999... sebulan maaa....
cam awang ganu la..solat kat kaki lima, tepi sungai, kat stesen keretapi... mana2 je la yg sempat...
aku penah kat paris... semayang kat padang kat eiffel tower...
kat venice lak semayang kat celah2 lorong... kira kaki lima la tuh...
kalau kat uk biasa semayang kat changing rooms.. favourite changing room at dorothy perkins... besar dia nyer changing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by atira at 2003-10-13 14:55:
Setuju ngan awang... kalau nak travel backpack cenggini teman travel tu yg paling penting.... bukan senang backpack wooo... kalau ikut stail aku lagi laaa set2 tido merata..waktu tour europe sebula ...
ke toilet tak basuh tapi pakai selet dgn tisu pernah tak ? |
|
|
|
|
|
|
|
he he he.... dok bawak satu botol air mineral merata.... yg satu botol ni khas utk cebok mencebok.... selet ngan tisu... biasak aaa.... kalau tak biasa kene bina jamban sendiri laaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa... bukannya air jek alat istinjak... kertas or apa2 yg kesat pun boleh.
Frankly, bery rasa guna kertas followed by air lagi bersih.. kekekekkekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
Masih lagi di bandar Amsterdam..
Kami berempat ni dah set malam semalam tu untuk gi tengok windmill.
Sejak aku bebudak lagi, dalam hidup aku ni, selain dari kubah kaabah di Mekah tu, windmill di Belanda (Holland), Coloseum di Italy, Eiffel Tower kat Paris, Pyramid di Mesir, Grand Canyon di US, merupakan antara impian tempat yang aku nak pergi nak melihat dengan mata sendiri. Dari kecik lagi aku nak sangat sangat ke tempat-tempat tu.
So tengahari tu, kami menaiki train dari Amsterdam menuju ke Alkmaar. Selepas lebih kurang 20 batu perjalanan, kami berhenti sebentar di Alkmaar ni dan menuju ke Alkmaar Cheese Market. Apa yang menarik di bandar ini ialah cheese (keju). Di sinilah terletaknya pasar keju yang cukup besar lebih dari 600 tahun lalu. Kami tidak berkebetulan dengan masa pertunjukkan membuat dan menjemur keju di square di pasar tu, apa nak buat. Setakat amik gambar pasar jer lah.. anyway, aku paste jer lah dari satu site mengenai Alkmaar Cheese Market ni.
kat sini jugak terdapatnya wooden shoe iaitu Dutch wooden clogs. Kalo kat Malaya ni terompah kut?? Bentuknya macam kasut jugak, tapi diperbuat dari willow dan poplar wood dan dihiasi dengan decoration art yang sudah pastinya menarik. Keseluruhannya adalah diperbuat dengan menggunakan tangan sehingga tahun 1918, pas tu teknologi dah developed depa buat dengan machine lah pulak. Kilang wooden shoe ni kat Holland Zaanse Schans, tapi aku tak pergi lah. Aku tak tahu lah apa cerita di sebalik wooden shoe ni, tapi mungkin sama ceritanya dengan terompah kut?
Abis melawat bandar Alkmar tu, kami lepak sekejap. Rindukan nasi jangan cakap lah.. makan ajer lah roti cicah air kopi. Opss roti dia orang kat Europe tak sama dengan kat Malaya ni, kat sini roti semuanya manis-manis kat sana tawar, original bread. Kalau kat Malaya ni banyak jugak aku terjumpa roti style sana, rasanya pun lebih kuranglah.
Kemudian, dari Alkmaar kami ambil train ke Koog-Zaandijk station dan berjalan beberapa kilometer untuk sampai ke Windmill Village. Impian aku hampir menjadi kenyataan. Dari jauh sudah nampak windmill yang cukup unik dan mempersonakan.. pehh! Macam tak percaya!
Windmill tu dikelilingi bunga tulip yang mengingatkan aku masa aku kecik-kecik dulu cerita fairy tales yang selalu aku tengok kat TV, di mana kincir angin bertiup ketika bunga tulip mengelilinginya serta rumah-rumah kayu countryside.
Aku kini seolah-olah have traveled several hundreds of years back into time to reach. The village dates from the 1300s dan keadaan village tu remains as it was centuries ago and some of the people still wear the traditional old costumes. Ahh .. tercapai jugak impian aku sejak aku masih bebudak lagi. Nanti aku paste kan photonya.
Dah lewat petang, aku pun menaiki train menuju ke Amsterdan semula. Sampai di town tu, kami merayap mencari nasi, sebab orang Indonesia ramai yang jual nasi kat sini. Member aku dah nak kebulur sangat dah sebab beberapa hari tak jumpa nasi. Tup-tup terjumpa lah kedai indonesia jual nasi, macam2 menu ada, macam aku cakap nasi goreng with pork!
At last jumpa lah kedai makan orang Bangladesh kat tengah-tengah town, siapa sangka. Member aku beli nasik, biasalah kari jugak.. dan makan macam orang tak jumpa nasik setahun. Aku tak selera nak makan, banyak sangat minyak. Abis makan, lepak sekejap dan pusing-pusing town.. banyak sangat sex shops, dan kedai jual alat-alat utk hisap ganja.
Malam tu, malam mencuci mata! .. cont. |
|
|
|
|
|
|
| |
|