CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5222|Reply: 1

Pau Sedap, Besar Dan Murah Di Johor Viral

[Copy link]
Post time 23-10-2015 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Kisah seorang pakcik yang menjual pau pada harga amat murah di Johor kini menjadi sensasi di media sosial.



Dikatakan pau yang dijual oleh pakcik ini adalah sangat sedap, besar dan jangan tidak percaya kalau harga bagi sebiji pau ini hanyalah RM0.50.

Gambar beserta maklumat tentang pau ini dikongsikan oleh saudari Engku Sofea, atas dasar rasa terima kasih setelah membelinya.

Ini perkongsian Engku Sofea..



Salam, maaf lari tajuk.. Minta tolong viralkan.. Pakcik ni jual pau terlalu murah pastu besar pulak tu. Sebiji pon dh kenyng. Nak tahu berapa sebiji? Just rm0.50 sahaja. Jum pakat2 beli. Kita membeli sama mcm kita bersedekah area Tangkak, Ledang. Ape2 boleh pm sy Pau kaya, pau kacang,pau kelapa, pau choc rm0.50.. Pau Ayam n pau daging rm0.80

Location : Kampung Padang Lerek,
Tangkak, Ledang, Johor.

Difahamkan setelah kisah pau murah ini tersebar, gerai pakcik tersebut senantiasa dipenuhi penggunjung yang datang dari dalam dan luar Johor.



Syabas pakcik, orang yang tidak kedekut sememangnya Tuhan pasti melipat kali gandakan rezekinya.



Apa-apa pun, mungkin lepas ini pakcik itu boleh perbesarkan sedikit papan tanda ke gerainya dan letakkan info menarik terutama harga paunya yang cuma 50 sen sebiji untuk lebih memudahkan orang ramai berkunjung.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 02:26 AM | Show all posts
dh ada lama dh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.031879 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list