CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 0

Muzium Islam Dengan Koleksi Tersendiri Dari Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 13-10-2015 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Peradaban islam yang besar telah menghasilkan karya-karya indah bermula dari seni kaligrafi, seni bina bangunan sehinggalah seni bina pembuatan seramik. Selain karya-karya tersebut, ada juga muzium kesenian islam yang mengumpul koleksi sejarah islam yang unik dan jarang ditemui seperti di beberapa negara antaranya ialah Qatar, Malaysia, Indonesia dan Turki.

Berikut antara 5 muzium kesenian islam di dunia yang mempunyai koleksi lengkap dan artifak bertemakan islam.

1. Museum Of Islamic Art, Qatar







Muzium ini terletak di Doha, Qatar. Muzium ini memiliki banyak artifak seni islam yang pastinya membuat anda kagum. Muzium ini juga mempunyai banyak koleksi artifak islam dari seluruh dunia seperti Ira, Sepanyol, Iraq, Turki, Mesir, Asia dan berbagai-bagai lagi.

2. Bayt Al-Quran & Museum Istiqlal, Indonesia





Muzium ini terletak di Kompleks Taman Mini Indah Indonesia. Muzium ini mempunyai banyak koleksi islam seperti koleksi Mushaf Al-quran seperti Mushaf Iqtilal, Mushaf Sunda, dan lain-lain lagi.

3. Muzium Kesenian Islam, Malaysia


Muzium ini mempunyai koleksi warisan peradaban islam seperti senjata, perhiasan, baju besi, tekstil, manuskrip Al-quran dan bermacam-macam lagi. Lokasi muzium ini terletak di Jalan Lembah Perdana, 50480 Kuala Lumpur, 50480, Malaysia.

4. Topkapi Museum, Turki


Muzium ini mempunyai koleksi-koleksi penting seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad SAW. Jubah tersebut disimpan dengan rapi di dalam kotak emas. Muzium ini juga turut mempunyai janggut, tapak kaki, dan surat kuno milik Nabi Muhammad SAW.

5. Islamic Museum of Australia, Australia



Muzium ini dibina sebagai tempat untuk menyimpan koleksi artifak sejarah dan karya seni islam seperti lukisan, seni bina, tekstil, seramik dan kaca dari seluruh pelusuk di dunia ini.

                    http://sajakongsi.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.558129 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list