CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3094|Reply: 2

JinE (Oh My Girl) Pernah Hidap Anoreksia

[Copy link]
Post time 12-10-2015 12:06 PM | Show all posts |Read mode




SALAH seorang ahli kumpulan Oh My Girl  iaitu JinE mendedahkan pernah dikejarkan ke hospital kerana menghidap penyakit anoreksia akibat mengamalkan diet keterlaluan.

Amalan diet keterlaluan itu adalah sebagai persiapan untuk kemunculan semula kumpulan Oh My Girl bagi single terbaharu mereka Closer.

Dalam satu temuramah di TBReport baru-baru ini, dia mengakui menghidap anoreksia merupakan pengalaman paling buruk yang pernah dilalui.

"Saya seorang yang mudah untuk naik berat badan. Saya sentiasa melihat foto lama yang menjadikan cabaran untuk saya menjadi kurus seperti dahulu.

"Saya melakukan diet tersebut semata-mata ingin membuatkan penonton kagum dan menunjukkan sisi cantik ketika mempromosikan single kami Closer.

"Saya melakukan diet secara mengejut, tidak makan dan hanya ambil proten, saya juga melakukan senaman yang tidak teratur menyebabkan badan saya tidak boleh terima dengan amalan tersebut,"
ujar JinE.

Bagaimanapun JinE berkata, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 9 kilogram dalam masa dua bulan.

Dalam pada itu, JinE berkata, biarpun mencapai matlamat untuk kurus, namun kesihatannya terganggu dan sering muntah-muntah.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berhenti diet tersebut dan menunjukkan sisi sebenarnya di atas pentas persembahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 01:12 PM | Show all posts
gambar dia mse anorexsia ade tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 02:48 PM | Show all posts
chinta89 replied at 12-10-2015 01:12 PM
gambar dia mse anorexsia ade tak?

xdop mek

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.187897 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list