View: 4990|Reply: 0
|
Adakah Tali Pinggang Menyerlahkan Penampilan Anda?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Tali pinggang digunakan untuk mengetatkan seluar atau skirt yang longar atau sekadar aksesori perhiasan? Sebenarnya, ia digunakan mengikut keselesaan si pemakai. Ada sesetengah orang yang tidak gemar memakai tali pinggang. Bagi yang sudah terbiasa, tali pinggang merupakan sesuatu pelengkap untuk pemakaian harian.
Tali pinggang mempunyai pelbagai jenis dan pelbagai warna. Setiap jenis tersebut tidak boleh digunakan sembarangan. Ada yang sesuai dengan anda dan ada juga yang akan mencacatkan penampilan anda. Berhati-hati dalam pemilihan dan penggunaan tali pinggang ini.
Lelaki
- Lelaki mempunyai dua jenis tali pinggang. Formal dan kasual. Warna yang digunakan juga terhad seperti hitam, coklat dan gelap. Namun, dengan pelbagai variasi tali pinggang terkini, lelaki juga berani memakai tali pinggang berona terang.
- Padankan warna tali pinggang dengan jam atau kasut anda.
- Jika ke majlis rasmi, bentuk kepala tali pinggang tidak harus menonjol. Bermakna, tidak terlalu besar.
- Bentuk kepala tali pinggang yang besar sesuai untuk majlis santai lebih menyerlah.
Wanita
Wanita yang mempunyai pinggang pendek
Pilihlah tali pinggang nipis dan warna yang seakan dengan baju. Ia akan menampakkan badan anda lebih panjang.
Wanita yang mempunyai badan yang panjang
Pilih tali pinggang yang agak kontra dengan baju anda. Padankan dengan skirt atau seluar. Jika skirt atau seluar berwarna merah, tali pinggang juga harus berwarna merah.
Tali pinggang tebal juga sesuai untuk anda yang mempunyai tubuh yang tinggi dan langsing.
Wanita yang mempunyai pinggang ramping
Tali pinggang nipis dan halus sesuai untuk pinggang sempurna anda. Ia menaikkan lagi seri si pemakai.
Wanita mempunyai tubuh besar
Pilih tali pinggang yang tebal bagi menyerlahkan lagi bentuk tubuh dan pinggul anda. Padankan dengan baju atau gaun longgar.
Wanita yang mempunyai bentuk tubuh pir
(pinggang kecil pinggul besar)
Anda disarankan untuk memilih tali pinggang nipis untuk menyerlahkan bentuk badan. Ia sesuai digayakn jika anda memakai skirt.
Wanita mempunyai tubuh berbentuk epal
Pilihlah tali pinggang lebar bagi menyempurnakan gaya si pemakai. Letakkannya pada bahagian atas punggung atau bahagian bawah dada. Pemakaian sebigini menonjolkan bentuk badan anda.
Penampilan dengan perhiasan tali pinggang ini akan menyerlahkan lagi gaya dan keyakinan anda. Pastikan ia sesuai digayakan agar tidak mencacatkan penampilan anda. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|