CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 0

Putus tunang, ACHA SEPTRIASA ada kekasih baru?

[Copy link]
Post time 2-10-2015 05:24 PM | Show all posts |Read mode
                                    KHABAR dari negara seberang mengatakan pelakon dan penyanyi, Acha Septriasa, 26, sudah putus tunang dengan ahli perniagaan, Ditto Rukmana.
Selepas majlis pertunangan pada 21 Jun tahun lalu, mereka ada merancang untuk berkahwin pada awal tahun lepas. Namun, Ditto terkait satu kes penyalahgunaan benda terlarang.
Selepas itu, tiada khabar terbaru mengenai hubungan Acha dan Ditto sehinggalah baru-baru ini terdengar khabar angin mereka sudah tidak meneruskan hubungan dan Acha pula dikatakan telah mempunyai pengganti.
“Ada lah ya pokoknya.” Begitu ringkas jawapan dari mulut Acha. Beliau sering mengelak pertanyaan wartawan mengenai hubungan cinta.
Sebelum Ditto, heroin filem Heart ini pernah putus cinta dengan pasangannya dalam filem tersebut, Irwansyah. Irwansyah pula sudah berkahwin dengan pelakon, Zaskia Sungkar.

Acha ketika bersama Ditto.

Melihat gambar-gambar di akaun Instagram miliknya, pemain filem 99 Cahaya Di Langit Eropa itu kini berada di London untuk penggambaran filem terbarunya berjudul Mars.
Salah satu lokasi ialah di dalam perpustakaan Universiti Oxford, yang juga pernah menjadi set filem Harry Potter.
“Sangat teruja dapat menjalani penggambaran dalam perpustakaan di universiti terkenal,” ujarnya.
Filem Mars sebenarnya telah memulakan penggambaran sejak tahun lepas. Ia berkisar tentang perjuangan seorang ibu (lakonan Kinaryosih) dari sebuah perkampungan di kaki Gunung Kidul yang berusaha memberi pendidikan sempurna kepada anaknya Sekar Palupi (lakonan Acha). Mars dijangka tayangannya pada hujung tahun ini.
                                                                    
                                                                                                                                
-manggaonline-

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.042971 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list