CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3389|Reply: 6

Gadis Berusia 19 Tahun Terperangkap Dalam Tubuh Kanak-Kanak 2 Tahun

[Copy link]
Post time 10-9-2015 06:58 PM | Show all posts |Read mode


Mungkin jika melihat Ajifa Khatun sepintas lalu, kita berfikir dia adalah seorang kanak-kanak kecil. Ini kerana Ajifa masih disuap makan dan di dukung oleh ibunya. Namun sebenarnya beliau adalah seorang gadis remaja berumur 19 tahun.

Ajifa dilahirkan di Mirapar, Bengal Barat, India, dalam keadaan yang sangat sihat pada tahun 1994. Ia juga mula mula berjalan dan bercakap. Namun sebelum ulang tahunnya yang kedua tiba-tiba pertumbuhannya terhenti.

Para doktor yakini bahawa Ajifa mengidap Laron Sydrome. Ini merupakan suatu keadaan genetik yang jarang berlaku yang hanya terjadi pada 300 orang di dunia. Kebanyakan sindrom itu berlaku di kawasan terpencil di wilayah Loja Selatan, Ecuador.

Para penghidap Laron Syndrome akan kekurangan hormon yang disebut IGF-1. Hormon ini yang merangsang sel untuk pertumbuhan dan membelah membentuk sel-sel baru. Tidak hanya tubuh, pesakit juga akan terperangkap dalam sifat keanak-anakkan seumur hidupnya.

Meskipun pertumbuhan Ajifa terganggu namun saudara lain tetap normal, bahkan tinggi mereka sudah melebihinya. Hingga kini tubuh Ajifa sama seperti kanak-kanak berusia 2 tahun dengan IQ kurang daripada 20. Tidak hairanlah, keadaan Ajifa ini membuat ibu bapanya sedih.

"Dia menyenangkan dan selalu mempunyai senyum di wajahnya, tapi menyedihkan melihatnya terperangkap dalam keadaan seperti ini," ujar Apila, ibu Ajifa. "Dia tidak bercakap banyak tapi dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya," tambah si ayah, Sekh.



DAIRISHARE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 07:34 PM | Show all posts
Belah2 sana byk berlaku mcm ni..
Genetic agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:57 PM | Show all posts
mcm-mcm penyakit. sian jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia pun ada kan. Tapi dah mati pun masa umur 8 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 11:07 AM | Show all posts
Siaran ulangan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 03:30 PM | Show all posts
ade 1 fmly kt area sarawak yg mempunyai anak seperti ini.
si abg berumur 40thn skrg dan si adik 39thn..mereka adik beradik..
kalo tgk mmg mcm budak2 berumur 6 thn...
alhamdulillah mereka sihat...cuma tidak berkahwin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2015 05:05 PM | Show all posts
kalau tgk media social
sokmo org post untuk anak 'tolong jgn membesar cepat sgt'
kalau jd mcm ni...kesian weh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.207160 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list