CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19946|Reply: 97

Kelibat Budak Menjilat Tumpahan Darah

[Copy link]
Post time 31-8-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ex_klia at 1-9-2015 11:10 AM

Assalamualaikum warga MPS

Ini merupakan pengalaman seram ex lalui pada minggu yang lepas di bangunan lama hospital Sg Buloh. Sebelum ini ex hanya dengar tentang hospital lama kat Sungai Buloh yang dulu lebih femes sebagai hospital untuk pesakit kusta dari pakcik ex sendiri. Bangunan hospital lama yang ada lebih lebih kurang dalam 18 buah blok yang tinggi lebih kurang setingkat, tapi kini hanya 3 buah blok sahaja yang masih digunakan untuk menempatkan pesakit yang 'full house' dari wad hospital yang baru. Pakcik ex dulu menetap kat Paya Jaras so dia selalu bukak cerita pasal perkampungan kusta di Lembah Harapan, hospital lama Sg Buloh, dan turut bercerita pasal berburu pelanduk dan kancil kat Bukit Lagong di belakang hospital lama yang jalan masuk ikut hujung laluan jalan mati depan uitm.

Cerita 1: Pindah Wad

Sepupu ex sebelum ini admit kat hospital Selayang sebab menghidap limfositopenia, & pada awalnya pihak doktor tak dapat nak trace langsung apa penyakitnya. Jalan penyelesaian terpaksa direfer ke hospital Sg Buloh yang banyak specialist kata staff hospital Selayang. Pada hari pertama dan kedua sepupu ex berada di wad 4C lokasi bertempat di bangunan kompleks hospital yang baru dan segalanya okey. Masuk je hari ketiga, sepupu ex kene tukar pulak kat wad di bangunan yang lama (bekas hospital kusta) lokasinya berhadapan je dengan hospital baru dengan alasan ada yang pesakit baru check in yang perlu diberikan perhatian terperinci.

Lepas ex tolong makcik kemas barang2 untuk pindah ke wad kat bangunan lama dan sepupu ex pulak dah naik ambulan terlebih dulu untuk ke wad lama, ex pun menyusul selang dari 5 minit. Ini merupakan 1st time ex masuk ke kawasan hospital lama Sg Buloh tu, yela sebelum ni asik dengar pak cik cerita je pasal hospital tu. Masuk je area hospital tu apa yang ex lihat sekeliling semuanya senyap sunyi, redup dan tenang. Landskap berselang seli dari setiap blok dimana setiapnya ade pokok kayu yang agak dah berusia lebih puluhan tahun kalau kita tengok banyak tumbuhan pakis dan selirat akar pokok tumpang pada batangnya.  Pokok2 tu rendang dan besar dah macam pokok balak so tak mustahil lahir rasa sikit 'creepy' dengan keadaan yang sebegitu. Kiri kanan kebanyakan blok masa ex lalu dalam kawasan tu semuanya wad yang dikosongkan kini dah takde penghuni walapun seorang. Pintu tingkap pada setiap blok semuanya dah bertutup rapat, safe guard pun tak nampak melainkan masa kat guard house kat entrance depan.

Sampai kat parking belakang blok bangunan wad teratai, ex pun parking kereta sebelum punggah semula barang untuk bawak masuk ke dalam wad. Memang betul kata pakcik ex tu, hanya 3 buah blok ajer yang masih digunakan manakala blok yang selebihnya sudah kosong takde berpenghuni. Siap je ex punggah barang, ex pun menapak beberapa meter pergi ke blok wad teratai. Masa ex lalu sepanjang laluan kat koridor hala ke wad, terasa macam ada mata yang memerhati, seram, pas tu sunyi pulak tapi ex terus jalan buat tak kesah je walau bulu tengkok dah meremang. Sampai kat dalam wad, ex tengok susunan katil situ macam kat hospital ala2 tahun 70an, 80an dan awal 90an. Sebab susun atur katil pesakit macam kat hospital dipinggir kawasan bandar dan ada jugak seakan2 dorm kat berek kem askar. Partition langsir jarang pun xder walau sehelai dan kaunter jururawat pun jarang ade orang sebab nurse sibuk kesana sini antara wad lama dengan wad yang baru.

Ex tengok jam kat tiang dah pukul 6:30 petang, kat luar hari beransur gelap sebab dah nak masuk waktu magrib. Kat kaunter staff nurse hanya ade 2 orang je sebelum mereka habis duti dan staff yang masuk malam ganti dorang. Sepupu ex pulak dah terlelap lepas dapat water drip dan malam itu kata nurse lepas pukul 9 nak masukkan satu pain darah pulak sebab doktor dapat trace last minit sepupu menghidap anemia. So ex rasa sangat heran sebab 2 jenis penyakitnya dapat dikesan semua pada last minit.

Cerita 2: Masuk Darah

Lepas jam 9 malam ex dan makcik masih ada lagi kat dalam wad sebelum bertolak balik rumah ex kat Bukit Antarabangsa, sementara nak tunggu nurse dan doktor bertugas uruskan darah tambahan. Lepas staff nurse dengan doktor datang untuk bagi sepupu ex sain borang masuk darah, ex kene tunggu lagi nurse datang bawak satu pain darah yang tak sampai2 dari tadi. Ex pun borak kejap dengan sepupu, makcik pulak tengah deal dengan doktor untuk mintak ditukarkan semula ke wad di bangunan baru sebab sini tak selesa dan banyak nyamuk serta panas. Nurse dah sampai bawak se-pain darah, manakala doktor pulak dah keluar lebih dulu pergi kat katil barisan sebelah. Tinggallah kami sambil tengok nurse cucuk itu ini sebab masukkan darah thru dripper. Alhamdulillah kejap aje selesai, lampu dah tutup separuh pastu senyap aje kat dalam wad sebab banyak pesakit dah tido lepas dinner dan diberi ubat. Tapi ade jugak pesakit yang masih celik mata itu pun x ramai la.

Belum sempat keluar dari pintu utama wad teratai, sepupu ex mintak tolong panggilkan nurse sebab darah kat dalam tiub tu x mengalir turun dan tersangkut tengah2 tiub. Ex pergi kat kaunter tengok sorang nurse pun tak ada, tanya kat guard tepi koridor dia cakap nurse pergi beli makanan kejap kat kedai luar. Bila nurse dah balik dari tapau makan terus makcik ex suruh dia tengok semula kat tiub darah yang tersumbat dan masa ini ex nampak nurse tu dah cabut drip dan tiub salur dari beg darah. Barangkali nurse tu x perasan beg darah punya salur hujung tiub dah terbukak, ex cepat2 cakap kat nurse yang darah keluar dari tiub dan memang darah tu dengan banyaknya tertumpah kat lantai. Makcik ex cakap kat nurse, then nurse tu pulak cakap tadi elok jer bertutup hujung tiub saluran drip darah tu dan terasa pelik macamne boleh pulak terbukak sampai tumpah kat lantai. Nurse ade cakap nak mintak tolong vendor dari Radicare datang bersihkan darah yang tertumpah dari beg, puas ex tunggu tapi bayang staff Radicare tak juga sampai kat katil sepupu ex. Dah dekat pukul 10:15 malam, guard pulak dah suruh mana2 penjaga keluar sebab nak kunci pintu utama wad. Kat bangunan lama ni ade sikit la kelonggaran bagi penjaga atau pelawat untuk berada kat dalam wad berbanding di wad bangunan baru majoriti guard dia sangat tegas serta masa melawat pun ade limit.

Cerita 3: Kelibat Budak

Sebab vendor staff Radicare dari tadi tak sampai2 mak cik ex dah decide nak balik ke rumah je sebab dah penat, badan pun dah melekit2. Sebelum tu makcik ex mintak izin pergi toilet jap kat sebelah belakang tu sementara ex ni masih kat katil sepupu menunggu makcik dan staff Radicare. Tengah berbual dengan sepupu tiba2 kunci kereta yang ex timang2 terlepas pulak dari tangan dan jatuh terperosok ke bawah katil. Masa ex tengah tunduk nak ambik kunci kat lantai bawah katil, ex ada terperasan la dengan mata kepala sendiri  ade kelibat macam kaler hitam. Sekali pandang ade macam rupa kongkang, badan warna hitam, mata merah macam bijik saga, badan berbulu2, pastu lidah pulak panjang berjelir2 menjilat darah yang tumpah kat lantai. Lidahnya dijelir2kan macam biawak yang makan telur ayam kat reban lebih kurang gitu la. Apa yang ex ingat masa dia tengah jilat2 darah tu on the spot dia toleh kat ex dengan mata yang terbeliak warna merah bijik saga. Terkejut, rasa tergigil2 lutut, bila dah dapat capai kunci tu sejuk je rasa jari jemari tangan ex dan tak berani nak jeling kat tempat sisa darah yang tumpah. Sepupu pulak bila ex dongak kepala tengok dia tau2 dah terlelap. Kebetulan makcik ex yang baru keluar dari tandas terus ajak ex balik bila tengok anaknya tidur. Vendor staff Radicare still tak jugak datang2 sampaikan makcik ex terpaksa pesan kat security guard yang nak lock pintu wad kalau ternampak staff radicare suruh bersihkan cepat2 darah tu.

Cerita 4: Hari Berikutnya

Esoknya pukul 8 pagi ex dengan makcik sampai kat dalam wad teratai, tengok staff radicare ada kat tepi kepala katil sepupu ex tengah bersihkan darah yang tumpah semalam pada pagi tu. Sepupu ex tiba2 cakap kat mak dia malam tadi masa tido malam tadi dia asik terjaga sebab ade dengar bunyi macam orang renyukkan kertas kat bawah katil dia. Dia takut pastu panggil2 staff nurse kat kaunter tetapi takde sebarang respon. Pulak tu kiri kanan katil x de pesakit yang lain, hanya katil barisan kat belakang je yang ada pesakit. Bila mak cik ex dengar cerita dari anaknya terus dia cakap itu mimpi dan khayalan jer. Pada ex yang dah ternampak mahluk serupa kongkang saiz budak yang berbulu pada malam semalam, ex hanya zipkan mulut aje dan tak cerita apa2 langsung pada mereka berdua. Masuk hari ini dah dekat 2 minggu dia warded kat hospital Sg Buloh & alhamdulillah dia dah dapat berpindah semula ke wad 4C petang kelmarin.

Ini adalah pengalaman sebenar ex & benar2 ianya berlaku pada diri ex serta pengalaman yang menakutkan ex. Takde tokok tambah atau rekaan palsu pada cerita yang ex tulis ini, semuanya original. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui apa ex nampak pada malam kejadian. Subahanallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2015 11:23 PM | Show all posts
scary jugak . dah lah mata warna merah . ya allah tak dapat nak dibayangkan . btw nice story
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 11:47 PM | Show all posts
Cerita best

Cuma yg x best nya knp mcm ulang ulang text tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
jongjonginai replied at 31-8-2015 11:47 PM
Cerita best

Cuma yg x best nya knp mcm ulang ulang text tu

Saya dah betulkan semula....smart phone ni x smart langsung ha3.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 09:35 AM | Show all posts
Wow...best citer, apatah lg pengalaman sendiri

description pun jelas, blh gambarkan keadaan sekeliling berdasarkan cerita TT

gud job

baidewei, x risik ke dr sepupu pengalaman dia semasa duduk kat wad? Boleh share kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:19 AM | Show all posts
scary nye tt oiii


rsnya org radicare dh agk kot
tu yg x dtg mlm tu jgk








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2015 11:27 AM | Show all posts
sereeemmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ridz09 replied at 1-9-2015 09:35 AM
Wow...best citer, apatah lg pengalaman sendiri

description pun jelas, blh gambarkan keadaan sekel ...

Ada jap lagi ex citer ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2015 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 1-9-2015 11:19 AM
scary nye tt oiii



Ntah ler...agaknya dorang bz kot kat bangunan baru
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:49 AM | Show all posts
ex_klia replied at 1-9-2015 11:47 AM
Ada jap lagi ex citer ya?

Gud ex...sure citer lagi gempak, sbb sepupu ex duk lama kat wad serem tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingsenyum replied at 1-9-2015 11:27 AM
sereeemmmm

Sikit seram la
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:59 AM | Show all posts
gigih  gugel gmbr hantu jilat darah


hsilnya creepy siot




Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 12:21 PM | Show all posts
Seram seyh.

Hospital Sg. Buloh tu pernah pi blok baru je, ziarah sepupu baru bersalin. Lepas bersalin, bawa baby balik rumah, baby setiap malam lepas maghrib je start menangis-nangis. Ingatkan sakit ke apa, tapi bila pergi check takde apa. Nenek dia suspect kena sawan tangis, so panggil orang berubat. Alhamdulillah, lepas tu ok.

Sebulan lepas tu, ada member jugak bersalin kat hospital tu. Kebetulan, dapat wad dan katil yg sama sepupu dapat. Dan kebetulan jugak, anak dia pun sama menangis-nangis lepas maghrib. Siap tak nak menyusu. Ayah dia panggil orang masjid tengokkan, alhamdulillah, ok lepas tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ex_klia at 1-9-2015 12:38 PM

Sepanjang ex datang melawat dia kat wad lama hospital Sg Buloh, dia pernah cerita yang pesakit baru sebelah katil dia (banduan penjara) nampak beruk hitam mara merah kat tetulang siling. Tarikh 27/8/15 sehari sebelum sepupu ex berpindah semula ke wad 4C di bangunan yang baru. Sepupu ex cerita bila warden yang jaga banduan tu keluar pergi merokok atau toilet, mula banduan ni gelisah dan kadang2 nangis sambil muka pekup kat bantal. Sepupu ex masa tu buat2 tidur, sambil tu menelinga jer la pesakit banduan tu ngomel sorang2 sambil nangis. Bila warden datang semula kat katil dia, tanya kenapa nangis2 macam anak kecik? Banduan tu cakap dia nampak beruk hitam mata merah kat tetulang siling macam nak melompat kat atas tilam dia. Yer la nak lari tak boleh sebab tangan dah bergari kat besi katil so pasrah je la. Ade sekali tu warden dia keluar pergi makan kat warung luar, pastu banduan ni dah gelisah sebab dengar bunyi guruh berdentum2 tapi belum hujan lagi. Masa kilat sambar menyambar ade la macam cahaya yang silau, masa ni dia ternampak benda tu dengan mata merah intai dia kat celah daun tingkap yang jenis tolak keluar. Nangis kuat dah x boleh tahan  rasa takut agaknya nurse pun datang tanya kenapa nangis. Dia cakap ade beruk yang mata kaler merah tengah intai dia sambil tunjuk arah tingkap tepi katil dia. Terus nurse tu rapatkan daun tingkap kendian suruh pesakit yang bergari ni tido. Bila warden dia balik dari warung baru warden ni terperasan yang banduan ni terkencing2 kat tilam sebab terperasan uniform seluar ungu basah. Nurse tadi datang semula bila dipanggil oleh warden untuk mintak tolong tukarkan seluar kaler ungu khas penjara yang dibekalkan. Sempat warden tu tanya kenapa dia kencing x cakap? So nurse tu bagi tau yang banduan ni cakap ade benda mata merah intai dia kat tingkap tadi. Warden ni pun cakap la sebenarnya yang dia pun seram jugak kadang2 kat sini tapi gagahkan jugak jaga banduan yang sakit ni. Boleh nampak muka bimbang warden penjara ni punya muka sebab lampu katil barisan sepupu ex dah dinyalakan untuk tukar seluar banduan ni, tapi sepupu ex cakap yang nurse ni rilek jer tak tunjuk rasa takut. Agaknya benda ni sama kot apa yang ex nampak masa hari pertama sepupu ex masuk wad kat bangunan lama? Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana replied at 1-9-2015 12:21 PM
Seram seyh.

Hospital Sg. Buloh tu pernah pi blok baru je, ziarah sepupu baru bersalin. Lepas bers ...

Sebenarnya kat wad bangunan baru pun lebih kurang sama jer. Seram juga lah sis, esp kat parking unit forensik bawah wad kecemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 12:29 PM | Show all posts
hospital sg buluh yang lama ni memang berangker la ya?
dalam citer kelibat tu by shansul yusof tu..shoot kat hospital ni la kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2015 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-9-2015 12:29 PM
hospital sg buluh yang lama ni memang berangker la ya?
dalam citer kelibat tu by shansul yusof tu.. ...

Angker ler kot sis..sebab kalau 1st datang tengok environment pun creepy
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 01:49 PM | Show all posts
ex_klia replied at 1-9-2015 12:02 AM
Saya dah betulkan semula....smart phone ni x smart langsung ha3.

seramnya..

iolss rasa hosp gomen yg x seram hosp tunku ampuan rahimah klang kot..sbbb x kira hari waktu penuh ngn org..

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 02:07 PM | Show all posts
mana2 hospital pun ada 'kisah'nya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 02:10 PM | Show all posts
binatang gamaknye, (nak bsangka baik je) serammmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.191679 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list