|
KUALA PILAH - Bermula sekadar suka-suka, kini kumpulan Waghih Most Wanted di laman sosial Facebook dikenali dan siapa sangka telah mencecah 2,749 ahli dari seluruh negeri.
Ketua pengurusan, Mohammad Hafiz Manap, 32, berkata, kumpulan ini baharu sahaja ditubuhkan tujuh bulan lalu.
“Penambahan ahli berlaku tiap hari sebab Facebook ini dibuka kepada anak watan negeri ini.
“Kita tubuhkan group ini untuk rapatkan silaturahim dan memartabatkan loghat Negeri Sembilan kepada masyarakat luar.
“Jika bersembang, ahli kita guna loghat negeri supaya lebih mesra. Ada masa, kami berbincang tentang maksud sesetengah perkataan bagi beri penerangan kepada anak-anak muda,” katanya.
Menurutnya, bagi menyemai keharmonian dalam kalangan ahli, dia bertindak sebagai pengurusan perlu bijak menangani apa jua permasalahan yang timbul.
“Tujuan group ini ditubuhkan bukan untuk mencari salah orang lain sebaliknya mementingkan ikatan kekeluargaan.
“Kami hanya berbincang perkara melibatkan kawasan kampung, persaudaraan atas tiket anak kampung,” katanya.
Katanya, bagi merapatkan hubungan, mereka bersetuju menganjurkan Hari Keluarga Waghih Most Wanted buat julung kalinya selama dua hari di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, baru-baru ini.
“Seramai 120 ahli hadir dalam pertemuan kali pertama ini. Sesi perjumpaan diserikan dengan suai kenal, doa kesyukuran dan tahlil arwah, gotong-royong menyediakan juadah selain sukaneka.
“Insya-ALLAH, jika mendapat kerjasama ahli, kita akan buat lagi. Kami tak mahu ikatan persaudaraan sesama Islam terhenti di sini sahaja, sebaliknya berterusan demi memelihara kebajikan ahli.
“Kami turut bercadang menubuhkan tabung khairat kematian bagi meringankan beban ahli keluarga ahli terlibat,
|
|