[size=0.75em]Corduroy
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]NEW YORK: Buat kali kedua, Corduroy menempah sejarah tersendiri apabila dinamakan sebagai kucing tertua di dunia pada usia 26 tahun. [size=0.98em]Rekod dunia itu dikembalikan kepada kucing yang dipelihara di Sisters, Oregon, Amerika Syarikat ini berikutan kematian pemegang rekod sebelum ini, Tiffany Two, Mei lalu. [size=0.98em]Tiffany Two yang memegang gelaran selama tujuh bulan sahaja mati pada usia 27 tahun, dua bulan dan sembilan hari, lapor ABC News.
[size=0.98em]Corduroy pula menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 1 Ogos lalu.
[size=0.98em]Sebelum ini Corduroy pernah memenangi anugerah itu, tetapi gelaran itu ditarik balik Oktober tahun lalu apabila pegawai Guinness World Records menyedari mengenai kewujudan Tiffany Two dan usianya.
[size=0.98em]Pemilik Corduroy, Ashley Reed Okura bangga dengan pengiktirafan kucingnya kali ini. [size=0.98em]Beliau percaya kucingnya boleh hidup lama kerana berasal dari gen yang baik. [size=0.98em]Sebelum ini, kucing yang paling lama pernah hidup ialah Creme Puff yang mati pada 2005 ketika berusia 38 tahun dan tiga hari.
|