CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7330|Reply: 38

Perjalanan ke alam barzakh

[Copy link]
Post time 14-7-2015 03:24 AM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2015 02:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2015 01:53 AM | Show all posts
BISMILLAH

cuba fahamkan kata-kata drpd Sayidina Ali R.A ni dgn jiwa yg tenang bkn dgn jiwa yg bangang

“Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)".

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2015 01:04 PM | Show all posts
mr_evergreen replied at 16-7-2015 01:53 AM
BISMILLAH

cuba fahamkan kata-kata drpd Sayidina Ali R.A ni dgn jiwa yg tenang bkn dgn jiwa yg ban ...

saya pernah menjadikan perkataan ini quaotation hidup dulu...

huhu....teringat pula....sekarang...

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2015 05:32 PM | Show all posts
salam

  • betul amalan kamu
pergi alam barzakh
  • tak betul amalan kamu
pergi alam d'bawah

  • alam barzakh .. alam istirahat
  • alam d'bawah .. alam penat

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2015 07:02 AM | Show all posts
ussopp replied at 16-7-2015 01:04 PM
saya pernah menjadikan perkataan ini quaotation hidup dulu...

huhu....teringat pula....sekarang ...

BISMILLAH

yg dicari & diminta tentunya sejahtera masa mimpi dan sedar

WALLAHU'ALAM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-7-2015 09:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 08:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2015 02:32 AM | Show all posts
Edited by koliba at 25-7-2015 02:34 AM

Kelebihan Surah Al-Mulk( surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka). Jom baca notes ni, dan beramal.  


KELEBIHAN SURAH AL-MULK
Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

" Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 06:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 04:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2015 01:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 02:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 08:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2015 12:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 08:16 AM | Show all posts
amalan yg dapat membantu kita sewaktu kita telah berada di alam barzakh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2015 12:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2015 03:11 PM | Show all posts
IbnuKhaldun menulis "Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang dilalui oleh setiap manusia iaitu :

1. Alam Roh - Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. - Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2. Alam Rahim - selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)
3. Alam Dunia - Manusia hidup didalam satu alam yang amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yang seterusnya. - Hidup sehingga 65thn-75thn
4. Alam Kubur - Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"
5. Alam Mahsyar

- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.



- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
- * dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat untuk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah sahaja. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.




- Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku" # Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan : 1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal. 2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua) 3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/****).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;
1.Muqarrabiin.
2.Golongan Kanan.
3.Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar
- Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi, Sahabat dan mereka yang beriman).

7 golongan :
1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
3. Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yang taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dengan kata " Aku takut pada Allah"
6. Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah 7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan)

Setelah 40 tahun (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".. maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat - Soal Jawab - Membaca catatan amalan - Hisab


*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam. "Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68



Kemudian manusia meniti SiratulMustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman) . 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).





*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16





*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;

Wallahualam.



Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:46 PM | Show all posts
mr_evergreen replied at 16-7-2015 01:53 AM
BISMILLAH

cuba fahamkan kata-kata drpd Sayidina Ali R.A ni dgn jiwa yg tenang bkn dgn jiwa yg ban ...

aah.. ada terbaca someone cakap, hidup kita ni mimpi yang berlapis-lapis. Maksudnya semua manusia dalam dunia sekarang ni sedang bermimpi, jadi mimpinya berlapis-lapis. Disebabkan itu dunia ini hanya sementara, dunia selepas barzakh adalah dunia yang sebenar. Bila kita mati, baru tersedar dari mimpi. Mimpi yang panjang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2015 03:44 PM | Show all posts
waktu kita lihat malaikat maut di kepala kita, putih berseri-seri, insha Allah, seawal melihat malaikat maut kita dah dapat jangka kemana hala tuju, taman syurga atau lubang neraka.
kata para ulama' apabila melihat malaikat maut, kalau ia datang dalam keadan hitam legam, maka ketika itu seorang manusia akan melupakan 60tahun nikmat kehidupan dia didunia dulu kerana dia sudah dapat tau, perjalanan kehidupannya selepas ini sukar, membebankan.



- Ustaz Wadi Annuar Ayub
kuliah Perjalanan roh ke alam barzakh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.088660 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list