Bagi mereka yang ingin balik kampung untuk meraikan Syawal ini bersama ibu bapa yang tersayang atau bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk pulang ke kampung, mari dengarkan lagu daripada The FamilyMan.
Bagi anak-anak yang merantau, sentiasalah ingat pengorbanan ibu dan bapa yang telah memberikan sepenuh kepercayaan dan sentiasa ingin melihat anak-anak berjaya.
Juga pada mereka yang mungkin tidak beraya bersama keluarga Syawal ini, sentiasalah kirimkan doa untuk kedua ibu bapa kita dan berikan khabar yang gembira buat mereka. -CARI Infonet.