Kadar Zakat Fitrah 2015 (1436H) sudah dikeluarkan. Bolehlah kita semua tunaikan Zakat Fitrah kalau boleh diawal Ramadhan ini bagi memudahkan urusan pihak berkenaan agih kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
Sebenarnya tiada syarat bila boleh ditunaikan Zakat Fitrah. Asalkan dibulan Ramadhan. Sebagaimana dibawah adalah waktu sesuai untuk menunaikan Zakat Fitrah. Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: “Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)” – Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5: - Waktu WAJIB – Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
- Waktu yang paling AFDHAL – Sebelum solat sunat Aidil Fitri
- Waktu SUNAT – Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu MAKRUH – Selepas solat sunat hari raya Aidil Fitri sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Waktu HARAM – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Syarat Zakat Fitrah: - Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Cara Bayar Zakat Fitrah: - Bayaran Zakat Fitrah boleh dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
- Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi mana-mana kaunter bayaran zakat. Biasanya kaunter Zakat Fitrah akan dibuka di pasar Ramadan, masjid, pusat beli belah dan beberapa lokasi tumpuan orang ramai yang lain.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah: Disini ammboi dikongsikan kadar bayaran Zakat Fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perlis, Kedah, Penang, Perak, Sabah dan Sarawak bagi tahun 1436H/2015.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Rebutlah Keberkatan Ramadhan Dengan Berpuasa dan Berzakat.
Semoga info Kadar Zakat Fitrah 2015 (1436H) memberi manfaat kepada kita semua. ammboi.com
|