CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 0

[Juadah/Kuih] JOM BERBUKA DENGAN LAKSA SARDIN. SERIUS MUDAH & SEDAP!

[Copy link]
Post time 25-6-2015 05:01 PM | Show all posts |Read mode


Berbuka hari ini nak masak menu apa agaknya? Meh sini, Wanista nak tunjukkan satu lagi menu yang boleh anda buat – Laksa Sardin yang sedap dan mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 paket mi kuning, dibasuh, dikeringkan dan dicelur
  • 2 batang daun selasih segar atau ketumbar, dicincang
  • bawang goreng
  • limau kasturi
  • 2 biji telur rebus, dibelah dua
  • Garam secukup rasa
  • 100ml Santan Kelapa Ayam Brand™
Untuk dikisar:
  • 1 tin Sardin dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • bawang merah 80g
  • 1 inci belacan yang sudah dibakar
  • 3 biji cili merah
  • Santan 100ml dicampur dengan 1 liter air
Cara memasak:
  • Didihkan bahan-bahan yang dikisar pada api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Tambah santan berlebihan dan masukkan bahan perisa secukupnya.
  • Untuk menghidang, bahagikan mee ke dalam 4 mangkuk dan tuangkan sup panas. Hiaskan dengan selasih, goreng bawang merah dan telur, dan hidang dengan perahan limau.
Hidangan ini cukup untuk 4 orang. Selamat Mencuba dan Selama Berbuka!
wanista

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039718 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list