CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1985|Reply: 1

[Lain-Lain] Cara Kawal Lapar Di Bulan Puasa

[Copy link]
Post time 24-6-2015 01:31 PM | Show all posts |Read mode


Setiap orang Muslim percaya bulan Ramadan merupakan masa untuk kita menguji ketahanan, kemampuan diri serta belajar mengharungi cabaran-cabaran sewaktu berpuasa. Umat Islam bukan sahaja bertahan daripada makan, minum, merokok dan melakukan hubungan seks namun dilarang melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.

Bagi mereka yang baru belajar berpuasa, semestinya sukar untuk mereka mengawal lapar dan dahaga. Jadi, kami berikan 8 tips berguna kepada anda untuk mengawal rasa lapar sepanjang bulan mulia ini.




Alihkan perhatian
Sibukkan diri anda dengan pelbagai kerja untuk mengelakkan rasa lapar. Buatlah sesuatu yang anda suka seperti menelefon kawan dan sebagainya. Jika anda fokus terhadap sesuatu kerja, kelaparan yang dirasai pasti akan berkurang.

Latihan kardiovaskular
Luangkan masa anda melakukan aktiviti kardiovaskular. Senaman yang ringan juga membantu mengurangkan rasa lapar.

Rehat
Jika tidak berkesan, dapatkan rehat pada waktu petang. Rehat sekejap akan membuatkan fikiran anda cepat menerawang dan sedar tak sedar, sudah hampir masuk waktu untuk berbuka. Dapatkan tidur yang cukup juga boleh menurunkan paras ghrelin dalam badan.

Kawal pengambilan makanan
Ketika waktu sahur, jangan terus menelan makanan anda, makan terlalu cepat menyebabkan anda makan berlebihan dan berpotensi untuk cepat lapar. Sebenarnya, otak mengambil lebih masa yang lama daripada perut untuk menerima mesej anda sudah kenyang. Jadi, telan dan kunyah makanan anda perlahan-lahan. Sebelum makan, amalkan meminum air.

Abaikan kepedihan
Bagi mereka yang baru sahaja belajar berpuasa, mereka pasti mengalami pedih akibat lapar. Cuba biarkan sakit itu dan anda pasti akan terbiasa. Bacalah buku atau apa sahaja yang dapat memotivasikan kamu.

Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein
Serat adalah senjata utama bagi pengamal diet untuk menahan nafsu makan mereka. Bijirin penuh berkhasiat, rendah lemak dan kaya dengan serat. Bijirin penuh juga bagus untuk menurunkan kalori. Sesetengah sayuran seperti brokoli dan cendawan mengandungi banyak serat, amalkannya untuk membuatkan anda lebih bertenaga walaupun tanpa makanan - Yahoo News Malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 03:50 PM | Show all posts
Bila fokus sangat pada kerja pun boleh mengundang rasa lapar jugak sbb byk berfikir. huhu..
Tapi biasanya waktu2 lapar cuma terasa masa waktu kita biasa sarapan..

Sejak bulan puasa ni makan oat atau bijiran dgn susu segar semasa sahur. Alhamdulillah.. masih bertahan.. hehe

Anyway selamat berpuasa!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049062 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list