CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1640|Reply: 0

[Lain-Lain] Jenis Ubat Yang Membatalkan Puasa

[Copy link]
Post time 24-6-2015 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan kepada pembaca.Baiklah, sebagai manusia yang telah diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk hidup dimuka bumi ini sebagai seorang muslim. Wajib ke atas kita untuk menunaikan rukun Islam yang ke 4 iaitu menunaikan amalan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Tapi barang kali kita selaku manusia yang lemah tidak mampu untuk menunaikannya dengan sempurna kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan. Kebiasaannya, jika seseorang itu berpenyakit, maka pengambilan ubat amatlah perlu supaya penyakitnya tidak menjadi lebih teruk dan melarat sekaligus mengurangkan kualiti hidup pesakit tersebut.


Selari dengan niat saya untuk berkongsi ilmu yang serba sedikit ini sebagai Ahli Farmasi berdaftar yang sering berhadapan dengan pesakit yang was-was tentang cara pengambilan ubat sewaktu bulan puasa. Maka saya ingin berkongsi panduan ringkas ini agar pembaca boleh kongsikannya dengan ibu ayah, sahabat handai ataupun sesiapa sahaja yang menghadapi situasi keliru ini ketika bulan puasa.



Puasa yang disyariatkan di dalam Islam ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. Oleh itu, tempoh mengambil ubat semasa bulan puasa menjadi pendek iaitu di antara waktu selepas berbuka dan bersahur.






Seperti sedia maklum, ubat-ubatan yang diambil melalui mulut akan membatalkan puasa. Ubat-ubat ini biasanya perlu diambil di antara sekali hingga empat kali sehari. Adalah lebih baik sekiranya ubat-ubat yang perlu diambil empat kali sehari ditukarkan kepada ubat yang kekerapan pengambilannya adalah kurang dari itu. Perkara ini boleh dibincangkan dengan doktor yang merawat. Bagi ubat-ubat yang boleh diambil sekali , dua atau tiga kali sehari, masa pengambilannya lebih mudah disesuaikan.


Jika Arahan Mengambil Ubat…..
Anda boleh
Sekali sehari sebelum atau selepas makan
Ambil sebelum atau selepas bersahur
Kalau ingin mengambilnya semasa berbuka:
Jika arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.
Jika arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama dan ambil ubat 20 hingga 30 minit kemudian.
Amalkan masa yang sama setiap hari  semasa mengambil ubat dalam bulan Ramadhan.
Dua kali sehari selepas makan

Ambil ubat sekali  semasa  bersahur dan  sekali sehari selepas berbuka.
Dua kali sehari sebelum makan

Ambil ubat sebelum sahur dan berbuka dahulu dengan air dan buah kurma dan ambil ubat. Selepas itu, baru makan makanan utama. (Makan ubat sebelum mengambil makanan utama dalam selang masa satu- setengah jam).
Tiga kali sehari selepas makan
Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur sekitar pukul 12 tengah malam dengan minuman dan selepas bersahur.
Tiga kali sehari sebelum makan
Sama seperti di atas tetapi sebelum makan
Setiap lapan jam
Kalau tiada pilihan dan penyakit anda tenat atau tidak stabil, patuhilah arahan doktor anda


Antara kemusykilan yang sering diajukan oleh pesakit tentang batal puasa mereka sekiranya menggunakan ubat-ubat adalah seperti berikut :


Jenis Ubat
Batal/ Tidak batal puasa
Ubat titis mata
Tidak batal
Ubat titis telinga, hidung
Batal
Ubat sapu pada kulit (krim atau jel), koyok tampalan kulit
Tidak batal
Supositori dan pesari
Batal
Segala jenis suntikan (suntikan otot, sendi, kulit dan pembuluh darah)
Tidak batal
Pengambilan oksigen dan gas pelali
Tidak batal
Spray atau semburan mulut (inhaler)
Tidak batal
Kumuran
Tidak batal
Ubat yang diletakkan di bawah lidah
Batal

Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat tentang perkara ini dan tidak ada satu panduan secara rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berwajib tentang perkara ini. Pengubahsuaian waktu pengambilan ubat boleh dilakukan atas nasihat doktor atau ahli farmasi serta pandangan atau nasihat pihak berkuasa agama boleh didapatkan sekiranya terdapat kesangsian terhadap perkara ini.


Puasa pada bulan Ramadan difardukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah akil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Tetapi apabila seseorang itu tidak sihat dan berpuasa boleh memudaratkan kesihatannya, disarankan baginya untuk berbuka. Biasanya doktor akan menasihati seseorang itu bila ia tidak digalakkan berpuasa. Lazimnya, ini berlaku apabila seseorang itu menghidapi penyakit yang tidak stabil dan memerlukan rawatan rapi, intensif dan pengambilan ubat dengan lebih kerap serta kaedah rawatan yang boleh membatalkan puasa seseorang pesakit.


Contoh keadaan penyakit yang lazimnya tidak dibenarkan berpuasa adalah :

1. Pesakit lelah atau asma di mana lelahnya tidak terkawal dan memerlukan ubat sedutan (inhaler) yang kerap dan berkala.
2. Pesakit kencing manis yang kerap memerlukan suntikan insulin dan sering mengalami keadaan gula kurang dalam darah (Hipoglisemia) bila berpuasa.
3. Pesakit jantung yang perlu mengambil ubat mengikut jadual yang kerap dan tepat.
4. Pesakit ulser perut peptik (gastrik) yang teruk dan ada komplikasi.
5. Penyakit cirit-birit hingga menyebabkan berlakunya kekeringan/dehidrasi (kehilangan air) dan memerlukan rawatan.
6. Wanita mengandung yang mengalami keadaan muntah-muntah yang teruk.


Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak sedikit ilmu dan pencerahan dapat diperolehi oleh para pembaca blog Ciklaili yang dirahmati Allah s.w.t. Semoga puasa kita pada kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. InsyaAllah. Selamat berpuasa. Semoga bermanfaat.


P/S : Info di atas diperolehi ketika saya bertugas di Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
http://www.ciklaili.com/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    26-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.111646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list