RATU terjun, Pandelela Rinong Pamg melengkapkan pingat emas kelapan buat pasukan negara sekali gus mengulangi pencapaian menyapu bersih keseluruhan emas ditawarkan seperti di Sukan Sea Myanmar 2013.
Pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 mengumpul 353.00 mata untuk mengatasi rakan sepasukan, Loh Zhiayi (305.25).
Gangsa menjadi milik Freida Lim dari Singapura dengan 251.70 mata.
sinarharian