CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1618|Reply: 0

EMAS...EMAS...EMAS

[Copy link]
Post time 2-6-2015 11:55 AM | Show all posts |Read mode


Apabila menjelang Sukan Sea ramai tertanya tanya berapakah Pingat Emas yang di sasarkan oleh Kontinjen Malaysia. Setelah semua perbincangan di adakan termasuklah dengan Persatuan Sukan, maka jumlah Pingat akan diumumkan.

Tetapi apa yang menarik ada saja yang akan mempertikaikan jumlah yang diumumkan. Sedikit lah, tak relevan lah dan bermacam lagi. Itulah senario setiap kali bukan hanya Sukan Sea, tetapi Sukan Asia, Sukan Komenwel dan juga Olimpik.

Untuk sukan Hoki pula yang meniti di bibir semua adalah pasti emas akan dibawa pulang oleh Pasukan Lelaki Dan Wanita Negara. Ini adalah kerana Pasukan Negara adalah Kuasa Besar terutamanya Pasukan Hoki Lelaki di rantau Asia Tenggara Ini.

Jika kita melihat sejarah pasukan hoki lelaki hanya pernah tercicir Pingat Emas pada tahun 1973 di Singapura apabila tewas 0-2 dengan tuanrumah di perlawanan akhir. Pada masa itu Malaysia menurunkan Team B kerana Pasukan Utama berada di Belanda menyertai Kejohanan Hoki Piala Dunia.

Senario yang sama Sukan Sea 2015 ini dengan tahun 1973 dimana Konfederasi Hoki Malaysia telah membuat keputusan untuk menghantar bukan Team B tetapi Skuad Remaja Malaysia B20 tahun yang juga dikenali Projek 2016.

Skuad ini di bawah kendalian Jurulatih Arul Selvaraj ini sedang membuat persiapan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2016 melalui Piala Remaja Asia pada bulan November ini di Kuantan Pahang.

Pasukan Remaja Malaysia di awal bulan Mei telah mengadakan 5 perlawanan Persahabatan menentang Pasukan Sukan Sea Singapura dengan kemenangan berpihak kepada Projek 2016 dalam kelima lima perlawanan 2-1, 7-0, 5-0, 5-2 Dan 6-1. Perlawanan Perlawanan ini telah di adakan di Stadium Hoki Sengkang iaitu venue Sukan Sea Singapura 2015.

Jika di lihat dari segi persiapan yang telah di jalankan dan juga keputusan di perolehi oleh Skuad B20 tahun sememangnya Emas dapat di kekalkan oleh pasukan Remaja ini.

Tetapi terdetik juga di hati kecil ini walaupun keyakinan begitu tinggi tetapi perkataan "JIKALAU" tetap ada walaupun hanya 1% sahaja. JIKALAU ada pemain dilayangkan kad merah, JIKALAU pengadil berat sebelah, JIKALAU peluang yang ada tidak diambil, JIKALAU percubaan percubaan terkena tiang gol, JIKALAU pemain pemain OFF FORM dan sebagainya. Ini boleh berlaku kepada mana mana pasukan terbaik dunia pun.

Ini yang merisaukan pengurusan pasukan. Tetapi apa yang penting adalah untuk memastikan tidak ada perkara perkara yang terlepas pandang untuk pasukan ini melakukan perkara perkara yang membenarkan "JIKALAU" boleh berlaku. Untuk mengelakkan perkara in berlaku, harus pastikan mereka tidak memandang rendah keupayaan lawan, pastikan mereka sentiasa fokus sehingga kejohanan berakhir, pastikan mereka melakukan rutin mereka dengan betul seperti di Kejohanan Kejohanan besar, pastikan semangat Dan motivasi pemain pemain di tahap tertinggi dan akhir sekali "mind set" untuk memenangi Pingat Emas untuk Negara.

Walaupun semua yakin Pasukan Hoki 100% membawa pulang Pingat Emas tetapi harus di ingat seperti kata pepatah "Bola Itu Bulat". Apa pun saya pasti Skuad Muda Negara tidak mahu mengulangi detik Hitam tahun 1973 di bumi yang sama iaitu Singapura dan mereka akan pastikan mereka akan Lagu Negara Ku Akan berkumandang di Stadium Hoki Sengkang Singapura.

Kepada semua doakan kejayaan mereka di Singapura nanti. Ayah Malaysia Ku!



sumber: www.stadiumastro.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.040660 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list