|
Edited by momey at 22-5-2015 04:17 PM
Assalammualaikum semua!
Momey datang dgn crita baru. Selamat membaca ya! jangan segan2 komen
mmuahhh!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Qayyum mengelap rambutnya yang basah itu sambil keluar dari bilik air. Kelihatan Lutfiya sudah pun berada di atas katil dengan memakai pakaian tidur yang cukup menghairahkan. Mereka berbalas senyuman. Mereka bermalam di rumah keluarga Lutfiyah selepas kenduri pada hari itu.
Lutfiya menepuk manja tilam empuk menandakan dia mahu suaminya itu duduk disebelahnya. Perlahan-lahan Qayyum datang lalu baring disebelah Lutfiya.
Diusapnya rambut Lutfiya yang sememangnya ikal mayang berwarna hitam itu. Diambilnya tangan Qayyum lalu dikucupnya.
“Kita dah sah jadi suami isteri. Lepas ni abang dah tak nak dengar Fiya cakap abang tak ikhlas dengan Fiya.”
“Yeee..Fiya janji!”
“Fiya kena tahu, abang sayang sangat-sangat dengan Fiya.”
Lutfiya tersenyum merasakan dirinya cukup dihargai buat masa itu. Qayyum mendekatkan bibirnya dengan bibir Lutfiyah. Dekat dan semakin dekat dan tiba-tiba handphone Qayyum berdering. Lutfiya mengetapkan bibirnya tanda protes.
“Dah tahu malam pertama kita, boleh pula tak off handphone.” Lutfiya memuncungkan mulutnya.
“Eee..geram!” Qayyum mencuit pipi Lutfiya sambil mengambil handphonenya di atas meja sebelah katil itu.
Tertera nama Ramona di skrin handphone. Qayyum terus memandang Lutfiya.
“Kak Mona la yang call tu kan?”
“Abang jawab kejap.” Baru sahaja Qayyum hendak bangun, dengan pantas Lutfiya menarik lengan suaminya itu dengan kasar sekali. Bukan lengan sahaja yang dia tarik, dengan handphone sekali dia rampas.
Terus dia off handphone Qayyum.
“Puas hati saya!” Lutfiya menjengilkan matanya lalu menyimpan handphone Qayyum di bawah bantal.
Qayyum diam. Dia tidak mahu rosak mood malam pertamanya bersama isteri keduanya itu! Ya, Lutfiya isteri kedua Qayyum.
**********
Ramona, wanita berumur seawal 40-an. Wanita bekerjaya. Menjadi isteri kepada Qayyum atas dasar cinta. Namun setelah 5 tahun berkahwin, mereka berdua masih belum dikurniakan anak.
Pada malam itu, Ramona tidak dapat melelapkan mata. Dia membuang masa di kedai mamak, makan dan terus makan. Sengaja dia menghubungi Qayyum untuk mengganggu malam pertama suaminya itu dengan madunya. Tapi semua itu tidak dapat menenangkan hatinya.
Tanpa sedar airmata mengalir membasahi pipi. Menitik jatuh ke atas nasi goreng yang hampir sejuk itu.
“Assalammualaikum.”
Ramona terkejut dengan panggilan salaman itu. Dia menoleh ke arah kanannya.
“Waalaikummussalam.”
Lelaki yang berkulit cerah itu tersenyum lalu berdiri berhadapan dengan Ramona.
“Boleh saya duduk?”
Ramona hanya mengangguk sambil tersenyum dan mengesat airmatanya. Lelaki itu menarik kerusi lalu duduk. Mereka berdua bertentangan mata.
“Kenal saya tak?”
“Ermmm..” Ramona tiada idea. Kepala nya sekarang hanya fikir akan suaminya sahaja.
“Tak apa. Saya kenalkan diri saya. Nama saya Dayyan. Dayyan Abdul Khaliq.”
“Dayyan? Dayyan kelas last sekali yang selalu datang sekolah dengan baju kotor tu kan?”
“Haaa..a’ah..”
“Yes! Saya dah ingat!”
Mereka sama-sama ketawa kecil.
“Masa tu saya dah sekolah menengah dah. Awak darjah dua kan?” sambung Ramona yang mula fokus perbualannya dengan Dayyan.
“Ya. Saya nak panggil awak kakak awak marah saya balik. Awak cakap panggilan tu nampak tua.”
“Hahaha..ye! Kan lebih selesa panggilan awak..saya je. Bukankah lebih mesra?”
Mereka berdua berbalas ketawa lagi. Kemudian Dayyan merenung anak mata Ramona.
“Setelah 15 Tahun, akhirnya dapat juga kita jumpa lagi kan?”
“Itu lah. Dunia ni kecil je.Apa yang buat awak kenal rupa saya lagi ni?” tanya Ramona yang wajahnya mirip artis Maria Farida.
“Masih cantik seperti dulu..”
Terdiam Ramona.
“Lepas awak keluar dari sekolah tu, terus kita dah tak jumpa.”
“Memang lah. Saya sambung study di UK.”
“Owh..” Dayyan dengan perlahan-lahan memegang tangan Ramona di atas meja itu.
Romana terkejut. Dengan cepat dia menarik tangannya.
“maafkan saya.” Dayyan serba salah.
“Err..dah makan ke? Nak saya orderkan?” Ramona ubah tajuk.
“Tak apa. Saya order sendiri. Kejap ya..” Dayyan bangun lalu ke belakang.
Ramona diam dan mengangguk.
“Tiba-tiba je nak pegang tangan aku..” bisik hati Ramona sambil mengusap tanggannya yang dipegang Dayyan tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokkan harinya..
Lutfiya dengan baju tidurnya menuruni anak tangga lalu berjalan ke dapur. Kelihatan ibunya dan orang gaji yang berkhidmat lama di situ, Mak Munah sedang memasak di dapur.
“Amboi..baru bangun ke pangantin?” tegur ibunya, Datin Zaiton.
Lutfiya mencium pipi ibunya. Kemudian dia mengambil roti bakar di tangan ibunya lalu terus gigit dan kunyah.
“Fiyaaa!!”
Lutfiya memeluk ibunya. Datin Zaiton, telah diceraikan suaminya kerana sudah tidak sefahaman lagi untuk hidup bersama. Dia membuat keputusan untuk menjaga Lutfiya sendirian. Sampai sekarang dia belum terfikir untuk mencari pengganti!
Bila dah jadi anak tunggal, automatik jadi anak manja kan? Lutfiya memang manja sangat! Sebab tu keputusan Lutfiya hendak berkahwin dengan suami orang iaitu Qayyum, Datin Zaiton terpaksa akur. Takut kehilangan anak tunggalnya itu.
“Mama siap cantik-cantik ni nak pegi mana?”
“Mama kena outstation la, sayang..”
“Hah? Mama..Fiya kan baru je kahwin. Mama tak boleh la buat macam ni.” Lutfiya merengek seperti anak kecil.
“Jangan la macam ni, sayang. Mama janji lepas habis je selesai kerja mama, kita pergi shopping sama-sama.”
“Ye?”
“Ye. Mama janji!”
“Yeayyyy!!!” Lutfiya memeluk erat ibunya itu.
Mak Munah yang sedang memasak speggethi itu sempat menoleh ke belakang melihat Lutfiya memeluk Datin Zaiton. Dia tersenyum.
Tiba-tiba Qayyum muncul di muka pintu dapur. Pelukkan Lutfiya dileraikan. Lutfiya berjalan ke arah Qayyum lalu terus memeluk suaminya.
“Nape tak kejutkan abang?”
“Saje..” Lutfiya main-main janggut sejemput Qayyum.
Datin Zaiton kurang selesa. Ya, dia memang tidak berapa suka akan Qayyum menjadi suami kepada anaknya. Betul! Kerana status Qayyum sebagai suami orang.
“Mama pergi dulu ya.”
“Cepatnya, mama..”
Lutfiya mencium tangan ibunya lalu memeluk erat ibunya itu. Qayyum menghulurkan tangan untuk mencium tangan ibu mertuanya tapi dengan segera lepas Datin Zaiton mencium dahi anaknya, terus dia beredar ke ruang tamu. Mengambil beg pakaiannya lalu terus keluar dari rumah itu.
Qayyum perasan dengan tindakan ibu mertuanya itu. Dia faham. Namun apakan daya, dia dan Lutfiya terpaksa kahwin kerana menutup aib tangkapan khalwat mereka. Terpaksa la sangat kan? Tangkapan khalwat itu pun semuanya rancangan dirinya sendiri! Semuanya sebab mahu rebut saham Pengerusi Besar Megah Holdings milik keluarga mertuanya itu.
“Jom makan!” ajak Lutfiya sambil memeluk erat pinggang Qayyum.
Qayyum hanya tersenyum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramona masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu dia tersandar lemah. Mesejnya masih belum dibalas Qayyum. Hatinya begitu sakit sekali! Mulut cakap dia izinkan suaminya berkahwin lagi tetapi hatinya tetap kata tidak! Alasan Qayyum kerana mahukan zuriat. Padahal dia tidak tahu bahawa suaminya itu ditangkap khalwat.
Sekali lagi airmata membasahi pipi. Dia memeluk stering lalu terus menangis teresak-esak.
“Berikanlah aku kekuatan, Ya Allah.. Aku takut aku tak mampu nak tanggung semua ini lagi..” Ramona lemah sangat pada ketika itu.
Qayyum yang dia kenal sebelum ini cukup penyayang, setia dan bertanggungjawab. Dia bagai ditatang minyak yang penuh. Namun dalam sekelip mata dapat merubah segalanya.
Tiba-tiba handphonenya berdering. Dengan cepat handphone dicapai mengharap suami yang hubunginya namun..
“Dayyan?”
Semalam Dayyan dan Ramona sempat berbalas tukar nombor telefon.
“Perlu ke aku jawab?”
Ramona tidak menjawab panggilan dari Dayyan itu. Dia menukar gear dan terus bergerak ke pejabat.
**********
Mirza Ukail mengemas semua barang-barang keperluannya untuk di bawa ke pejabat barunya. Semua fail-fail disusun di dalam kotak dengan kemas dan teliti. Risau tertinggal dan tercicir nanti susah pula. Dari Kedah nak ke Kuala Lumpur. Jauh tu!
“Encik Mirza, nah ayaq yang encik Mirza pesan saya buat tadi.” Kata Laila yang tiba-tiba masuk tanpa ketukan pintu.
“Letak aje atas meja kecil tu. Thanks, Laila..” walaupun kulit Mirza Ukail hitam manis seperti Remy Ishak, namun senyumannya tetap menawan dek kedua-dua lesung pipitnya itu.
“Nak saya tolong ka?”
“Tak pe. Dah nak selesai dah ni.”
Sekali lagi Mirza Ukail sedekah senyumannya itu.
“Kalau saya belum kahwin, dah lama saya pikat Encik Mirza.”
“Ha? Hahahaha..macam-macam la awak ni Laila.”
“Saya cakap serius ni.”
Mirza Ukail meletak fail yang dipegangnya itu di atas atas. Kemudian dia berpaling mengadap Laila. Mereka berdua bertentangan mata.
“Cinta bisa tumbuh di mana sahaja. Namun pandailah memilih mana yang harus disirami, diabaikan atau bahkan dibiarkan layu atau mati.”
“Amboi Encik Mirza..tangkap sampai ke tulang hitam aihhh”
“Hahaha” Mirza Ukail tergelak kecil lalu menyambung kembali menyusun fail di dalam kotak.
Pintu diketuk.
“Siapa pula tu?”
“Tak apa, Encik Mirza. Saya tolong bukakan pintu.”
“Thanks.”
Pintu dibuka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramona masuk ke dalam biliknya. Beberapa minit kemudian, Sakinah iaitu pembantu peribadinya mengetuk pintu lalu masuk tanpa arahan.
“Puan Ramona..”
“Ada saya suruh awak masuk?”
“Err..”
“Batalkan semua meeting saya hari ni. Segala surat masuk bagi pada Encik Khairul. Saya nak bersendirian hari ni. Now you boleh keluar sekarang.” Tegas Ramona dengan kata-katanya.
“Maaf ya, puan.” Sakinah terus keluar dari bilik itu.
Ramona termenung. Tiba-tiba dia terpandang gambar kahwinnya dengan Qayyum di atas meja. Dia mengambil frame gambar itu. Ditenungnya gambar Qayyum.
Airmata mula bertakung. Kali ini ditahan dari mengalir. Brip! Brip! Dia terus memandang handphonenya yang sengaja di’vibrate’kan itu.
“Harap bukan Dayyan. Aku tak perlukan dia saat ini..”
Dipandang skrin handphone itu.
“Adoi..ko lagi, Dayyan. Kau nak apa lagi ni?” Ramona mengabaikan panggilan dari Dayyan itu.
Kemudian mesej masuk. Ramona membuka mesej itu.
[ Sayang, abang. Buat apa tu? Dah makan ke? Abang rindu sangat kat sayang. Sayang rindu abang tak? ]
Terus Ramona sebak membaca mesej dari Qayyum yang baru masuk itu.
“Sungguh aku rindu sangat pada lelaki bernama Qayyum ini.” Ramona meletakkan handphonenya di dada. Airmata tidak dapat ditahan lagi.
Ramona wanita yang sekali jatuh cinta, susah hendak dilupakan. Dia tidak membalas mesej suaminya itu. Ramona memandang jauh di luar jendela. Sampai bila dia harus berperasaan seperti ini?
**********
Qayyum yang masih menunggu mesej dari isteri pertamanya, Ramona itu sedang berehat di halaman rumah yang luas dengan tanaman hijau.
Qayyum terperangkap dengan perasaannya sendiri. Ramona dan Lutfiya. Kedua-duanya dia sayang. Namun disebabkan nafsu duit telah mengaburi matanya! Dan Ramona ada kekurangan yang kelebihannya ada pada Lutfiya.
Lutfiya berjalan ke arah suaminya. Terus dia memeluk Qayyum dari belakang.
“Abang buat apa sorang-sorang kat sini?”
“Ha? Eerr..”
Lutfiya nampak Qayyum menyimpan handphone di dalam poket.
“Kak Mona call abang ke?”
“Tak da lah.”
“Yelah tu. Bak handphone tu biar Fiya tengok.”
Lutfiya cuba mengambil handphone dari dalam poket Qayyum.
“Apa ni, Fiya?”
“Bagi handphone tu pada Fiya!” arah Lutfiya sambil menghulurkan tangan.
“Tolong bagi abang ruang boleh?”
“Ruang apa benda? Kan kita dah bincang dengan kak Mona yang dia tak boleh ganggu kita dalam masa seminggu mood kahwin kita ni. Dia dah lupa ke apa?”
“Boleh tak Fiya jangan cakap tengking-tengking dengan abang macam ni? Kak Mona tak pernah cakap kasar dengan abang tau.”
“Waaaaa… abang dah mula bezakan Fiya dengan Kak Mona nampakkk”
Qayyum mengeluh. Baru sahaja dia hendak berlalu pergi, Lutfiya sempat memaut lengan Qayyum.
“Fiya belum selesai lagi cakap dengan abang tau tak?”
“Fiya nak cakap apa lagi?”
“Fiya nak abang bawa Fiya pergi honeymoon.”
“Apa ni? Kata bulan depan kan?”
“No! Petang ni juga kita pergi Krabi!”
“What? Please la, Fiya. Abang tak boleh terima la apa Fiya buat ni.”
“Kenapa pula tak boleh? Fiya tak kira. Petang ni juga kita pergi sana. Dah! Fiya nak pergi book tiket dan hotel.” Degilnya Lutfiya.
Lutfiya terus berjalan laju masuk ke dalam rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko mmg cari nahas qayyum.. pompuan mcm fiya tu.. ingat lps seminggu die nk lps ko ke??? Nmpk benor queen control nye tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nnt lepas seminggu mesti dia suh cerai bini pertama..... dah nmpk nk conquer tu |
|
|
|
|
|
|
|
sakit plak hati nie..mmg susah laa nk lepas qayyum ngan bini muda..silap2 nk jumpa bini tua pun kene sorok2 |
|
|
|
|
|
|
|
tgh hadam watak..
Qayyum-Ramona-Lutfiya
Ramona-Dayyan
Mirza Ukail - ?
dah kahwin pun cara xbetul , padan muka Qayyum..tapi sian plak kat Ramona... |
|
|
|
|
|
|
|
jalan cerita menarik
aku tak suka laki macam Qayyum tu..
sambung lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
ermm...best,
Heroin umur 40an...good, lain dari yg lain...
Mirza Ukail...igtkan pompuan td...
Sambung lg TT.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah awak tue isteri ke2 over lak... |
|
|
|
|
|
|
|
sabo sabo
|
|
|
|
|
|
|
|
kan
|
|
|
|
|
|
|
|
mirza ukail dgn...jeng3
|
|
|
|
|
|
|
|
tq dear ipo
|
|
|
|
|
|
|
|
ekeke.. mirza ukail heronya! jap momey smbung lg
|
|
|
|
|
|
|
|
sian first wife kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|