|
PASUKAN hoki Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan Liga Hoki Lelaki Divisyen 1 Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2015 untuk kali kedua berturut-turut selepas membelasah Universiti Sains Malaysia (USM), 7-0, pada aksi terakhir liga, baru-baru ini.
Pertandingan diadakan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Sains Malaysia (USM), Stadium Hoki Pantai Batu Burok, Terengganu dan Stadium Hoki Kuala Lumpur antara12 Mac hingga 12 April lalu.
Pasukan UiTM menamatkan liga dengan cemerlang tanpa sebarang kekalahan dan lebih manis pemain tengahnya, Mohd Noor Faeez Ibrahim merangkul Anugerah Khas Individu Penjaring Terbanyak hasil jaringan 15 gol.
Pengurus pasukan hoki UiTM, Fairus Ahmad berkata, kejayaan itu hasil semangat juang tinggi semua pemain dan sokongan padu pihak pengurusan.
sumber:sinar harian
|
|