Pemangku jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Shahrin Majid akui pertemuan menentang Sime Darby FC Sabtu ini jadi peluang terbaik buat The Gladiators memungut mata penuh sekaligus keluar daripada zon penyingkiran. Shahrin lepasi ujian sulung selepas berjaya memastikan ATM seri 1-1 menentang Sarawak di tempat lawan, Sabtu lalu.
Mengambil alih tugas B. Satianathan yang direhatkan pengurusan pasukan, Shahrin menuntut aksi lebih mantap daripada anak buahnya untuk pertemuan Sabtu ini.
Namun, Shahrin tidak mahu pemainnya bersikap terlalu yakin selepas Sime Darby dilanda kekalahan terbaru, pada Selasa kepada Kelantan dalam kempen Piala FA.
Sementara itu, Shahrin memberi jaminan tiada lagi pemain ATM yang akan meninggalkan pasukan itu selepas Norshahrul Idlan Talaha, diikuti Cristie Jayaseelan dan Fadzli Saari.
sumber:www.stadiumastro.com
|