Jurulatih beregu campuran negara Tan Kim Her mahu tebus kehampaan gagal menaikkan taraf skuad beregu lelaki dengan mengembalikan gandingan campuran utama malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying sebagai antara yang terbaik di dunia.
Kim Her merupakan bekas ketua jurulatih beregu negara akan sentiasa dihantui kegagalan menyelamatkan kerjaya Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong ketika mereka bersama skuad kebangsaan.
Susulan daripada itu Kim Her ambil keputusan untuk berdiam diri sambil ditugaskan melatih skuad beregu pelapis.
Kembali dengan tanggungjawab besar kim her bersedia untuk membuktikan wibawa dia sebagai jurulatih berkualiti.
Di kemuncak prestasi Peng Soon dan Li Ying berada dalam kelompok tiga beregu campuran terbaik di dunia.
Mereka yang kini berada di kedudukan 120 berdepan misi layak ke olimpik rio di jeneiro brazil 2016, malah Liu Ying semakin selesa beraksi selepas pembedahan lututnya tahun lalu.