CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1740|Reply: 0

Kepakaran Frenz United bantu kembangkan bakat bola sepak di Melaka

[Copy link]
Post time 22-4-2015 09:10 AM | Show all posts |Read mode


Kepakaran yang dimiliki kelab bola sepak Frenz United mampu membantu Melaka mengembangkan bakat muda sukan bola sepak di negeri ini seterusnya memajukan sukan itu di negeri Hang Tuah ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Justeru, Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), berkata kerjasama yang dilakar MUSA dan Perbadanan Stadium Melaka dengan Frenz United bakal menjadi titik permulaan ke arah itu.

"Rakyat Melaka amat dahagakan kejayaan pasukan bola sepak Melaka iaitu Melaka United untuk melangkah ke tahap yang lebih baik dan disegani dalam sukan bola sepak.

"Bagaimanapun perlu diingatkan usaha memartabatkan sukan ini tidak boleh melalui jalan pintas, lebih banyak kerjasama yang erat perlu dijalin bersama pakar bola sepak seperti Frenz United," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MUSA, Perbadanan Stadium Melaka dengan Frenz United di sini.

Pada majlis itu Setiausaha Agung MUSA Ahmad Rosli Hamzah, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Melaka Datuk Yusoff Mahadi dan Presiden Frenz United Datuk Noor Ihsan Abdul Hamid menandatangani MoU berkenaan.

Pasukan bola sepak Melaka United yang dibimbing jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris kini di tangga ketiga dalam Kumpulan B Liga FAM setelah mencatat tiga kemenangan daripada lima perlawanan.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama itu, Idris berkata Stadium Hang Tuah di sini akan menjadi gelanggang rasmi buat Frenz United untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa antaranya Piala Antarabangsa Frenz dan Kejuaraan Trofi Juara Asia.

"Stadium Hang Tuah akan menjadi homeground kepada semua aktiviti yang dijalankan Frenz United, kelab itu juga akan melaksanakan kerja penambahbaikan stadium dengan anggaran kos RM3 juta. Pulangan pula dianggarkan RM200,000 setahun atau RM3 juta dalam tempoh 15 tahun," katanya.

Selain itu, beliau berkata buat masa ini, Frenz United juga bersetuju untuk mengambil alih dua daripada 10 buah padang bola di kawasan Stadium Hang Jebat untuk dijadikan tempat latihan.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.568143 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list