Hajat jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee untuk pasukannya diundi dalam kumpulan A acara bola sepak pada Sukan Sea 2015 di Singapura tidak kesampaian apabila mendapat undian sebaliknya, namun tampak melegakan apabila berada dalam kumpulan terbuka. Majlis undian yang berlangsung di Singapura pada Rabu menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama lima pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam, Laos, Timor Leste dan Brunei.
Dengan hanya dua pasukan terbaik akan layak ke separuh akhir, Thailand selaku juara bertahan dan Vietnam tampak menjadi pencabar terkuat buat skuad bawah 23 tahun negara.
Namun, Malaysia tidak boleh memandang mudah keupayaan Laos yang turut mampu membuat kejutan bagi edisi kali ini.
Sementara, kumpulan A tampak lebih sukar apabila tuan rumah Singapura diundi bersama naib juara edisi lalu Indonesia, Myanmar, Filipina dan Kemboja.
Hasrat tuan rumah untuk ke separuh akhir bakal dicabar hebat Indonesia, Myanmar dan Filipina yang miliki kekuatan seimbang.
Bagaimanapun, pasukan kumpulan A hanya perlu beraksi empat perlawanan dengan saingan akan bermula 1 Jun berbanding lima perlawanan dalam kumpulan B aksi pertama akan berlangsung 29 Mei ini.
Edisi ke 28 Sukan Sea hanya tinggal 51 hari lagi yang akan bermula secara rasminya pada 5 Jun nanti di singapura. Astro Arena akan membawakan liputan menyeluruh sepanjang termasya itu.
Berikut adalah senarai pasukan:-
Kumpulan A
Singapura
Indonesia
Myanmar
Kemboja
Filipina
Kumpulan B
Thailand
Malaysia
Vietnam
Laos
Brunei
Timor Leste
sumber:www.stadiumastro.com
|