View: 1708|Reply: 0
|
P.Pinang optimis benam Tok Gajah
[Copy link]
|
|
Pendahulu Liga Perdana, Pulau Pinang berazam mengekalkan rekod tanpa kalah apabila berdepan dengan Pahang pada saingan suku akhir Piala FA, Selasa ini.
Ketua Jurulatihnya, Jacksen F. Tiago berkata pertembungan dengan skuad Tok Gajah itu sebagai tepat pada masanya dan dianggap perancangan Tuhan untuk anak buahnya meningkat maju pada masa depan.
"Pasti Tuhan punya maksudnya kerana mempertemukan kami dengan juara bertahan Piala FA. Semoga pemain dapat meningkatkan semangat juang dan saya tidak pernah meragui kemampuan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengalahkan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1, di sini, malam tadi.
Jurulatih kelahiran Brazil itu secara peribadi menyukai pasukan Pahang dan menyifatkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu sebagai liat untuk dikalahkan namun melihatnya sebagai cabaran positif.
Ketika ditanya prestasi semasa pemain, Tiago berkata pasukannya kini lebih bermotivasi dan berupaya mempamer persembahan yang boleh membanggakan.
"Hari demi hari pemain tunjuk perkembangan baik yang perlahan-lahan boleh melahirkan DNA juara ditambah dengan dokongan kuat penyokong bola sepak negeri. Itu yang saya nampak," katanya.
Mengulas aksi perlawanan menentang JDT II itu, beliau meluahkan rasa sedih dengan sikap segelintir pemain dari pasukan lawan yang tidak mencerminkan mereka mewakili pasukan yang dianggap gah dalam arena bola sepak tanah air.
"Sangat dramatik dari awal hingga akhir ia atmosfera yang panas ada beberapa situasi yang merugikan kami tetapi saya kena akur semua yang terlibat manusia biasa," katanya.
Pulau Pinang setakat ini mengutip 14 mata dan berada kedudukan teratas Liga Perdana selepas mengharung enam perlawanan dengan rekod empat kali menang dan dua kali seri.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|