View: 2077|Reply: 0
|
Issey Nakajima tonggak baru Penyu
[Copy link]
|
|
Pengendali skuad Penyu Abdul Rahman Ibrahim mengharapkan penyerang import baharu Issey Nakajima-Farran segera serasi dengan pemain lain bagi membantu Terengganu mengharungi saingan Liga Malaysia.
Nakajima Farran dianggap sebagai calon terbaik menggantikan import Lubnan, Hassan Chaito yang ditamatkan kontraknya selepas mengalami kecederaan.
"Saya harap dalam sedikit masa lagi dia dapat memberi persembahan yang baik dan juga dapat keserasian dengan pemain-pemain lain," katanya.
Pengambilan Nakajima-Farran itu bagi menggantikan pemain import dari Lubnan, Hassan Chaito yang ditamatkan kontrak kerana mengalami kecederaan.
Pemain berusia 30 tahun itu miliki pengalaman yang cukup luas kerana pernah bermain bersama beberapa kelab sebelum ini antaranya Albirex Niigata, Nordsjaelland, Toronto FC dan Montreal Impact.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|