View: 2144|Reply: 13
|
Membawa Rang Undang-undang Persendirian
[Copy link]
|
|
Membawa Rang Undang-undang Persendirian Membuka Laluan Kepada Pelaksanaan Hudud adalah Satu Kemuliaan dan Fadhilat Yang diberikan Pahala
POSTED BY HIJAU FM ON 11:25 PM
[size=11.039999961853px]Diterbitkan:[size=11.039999961853px] [size=11.039999961853px]31 Mac 2015 [size=11.039999961853px]Ditulis oleh[size=11.039999961853px] [size=11.039999961853px]DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
[size=11.039999961853px]
1. Menegakkan Undang-undang Jenayah Islam termasuk Hudud adalah kewajipan umat Islam yang diimani oleh PAS. Membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat yang membuka jalan untuk pelaksanaan undang-undang Allah adalah satu kemuliaan dan fadhilat yang pasti diberikan pahala. Ia tidak patut diserahkan kepada orang lain kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab PAS sebagai Parti Islam.
2. Kita jangan mudah percayakan orang lain untuk membawa apa yang kita perjuangkan sekian lama. Sesiapa yang ingin membantu dipersilakan. Tidak mahu menyokong pun tidak mengapa.
3. Kepada wakil rakyat muslim di Parlimen kita menjemput mereka bersama-sama mencari pahala dan fadhilat berdasarkan konsep
"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan dan syurga yang keluasannya adalah keluasan langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa". Surah Aali Imran ayat 133
4. Jika ada yang ingin membantu dialu-alukan. Adakah bantuannya ikhlas ataupun tidak? Keikhlasan adalah sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Kita serahkan kepada Allah.
5. Jika ada yang berniat jahat dan serong kita serahkan kepada Allah sebagaimana yang diajar oleh Allah dalam al-Anfaal ayat 62;
"Dan sekiranya mereka berhasrat memperdayakan kamu maka sesungguhnya cukuplah untuk kamu Allah (menjaga kamu daripada tipudaya). Dialah yang menyokong memperkuatkan kamu dengan bantuan kemenangan-Nya dan dengan orang-orang beriman".
6. Kita sudah banyak berdailog secara ilmu dan harmoni dengan pimpinan politik kalangan bukan Islam menjelaskan tentang Undang-undang jenayah Islam lebih daripada 25 tahun sejak 1990. Malah sebelumnya lagi sejak penubuhan PAS pencerahan dan penjelasan diberikan. Ada yang berdolak-dalik enggan menerima kebenaran. Ada yang enggan menerimanya walaupun atas konsep hak demokrasi. Setelah penjelasan yang panjang kita menyerahkan kepada mereka untuk menerima atau menolak. Kita tidak memaksa mereka bersetuju. Malah kita menghormati hak mereka untuk tidak bersetuju. Namun perjuangan, penjelasan dan dakwah kita tetap diteruskan.
7. Kepada umat Islam kita sama-sama beringat dengan peringatan Allah dalam surah al-Maidah ayat 49-50.
"Dan hendaklah kamu berhukum kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka"
Allah peringatkan lagi
"Dan berwaspadalah (beringatlah) dengan mereka menggoda (memalingkan kamu meninggalkan) sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu"
8. Marilah kita mengambil pengajaran dengan ayat seterusnya
"Maka adakah hukum Jahiliyyah yang mereka cari. Dan siapakah yang terbaik berbanding Allah hukumannya bagi kaum yang yakin"
Sekian.
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus
AJK Kerja PAS Pusat
|
|
|
|
|
|
|
|
Spidey rasa artikel ini lebih sesuaisesuai diletakkan dalam bod Keagamaan (Islam). Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
betul gak... tapi ini juga isu semasa kat negara kita kan....
ikut lah pandangan masing2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak sesuai di bod semasa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab Spidey tengok artikel tersebut lebih menekankan soal Islam, tidak ada kena mengena dengan Isu Semasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok ni
tapi soal pahala tu elok letak tepi dulu kan
yg pentingnya
TEGAKKAN HUKUM ALLAH DAN RASULNYA
kalau ngaku HAMBANYA
dan UMATNYA
|
|
|
|
|
|
|
|
kena sokong
pasal AGAMA leh/kena masuk dalam semua
|
|
|
|
|
|
|
|
bro
kasilah peluang sikit
camna nak diselitkan sikit demi sikit
pasal saat demi saat - kita pun kena BALIK SANA jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi replied at 4-4-2015 04:01 PM
bro
kasilah peluang sikit
camna nak diselitkan sikit demi sikit
Sorry bro atas tindakan Spidey. Kalau bro rasa thread ini sesuai di CI, boleh tak minta Mod board ini tukarkan ke CI semula? Spidey cuma Mod di CI, jadi since thread ini dah dipindahkan ke sini, maka Spidey tak ada kuasa pindahkan semula ke CI.
Sorry again and thanks bro.
|
|
|
|
|
|
|
|
well.
In a way i puji juga sikap you yg boleh bawa perbincangan macam ni ke board agama.
tapi boleh minta tolong you untuk bawa topik topik yg berkaitan dengan Islam dan yg bagi saya sekadar komen tapi tak ada ilmu tu ke sini juga. Personally saya suka je thread thread yg sebegitu dimasukkan dalam board ini biar ilmiah discussion sikit.
- contoh isu kalimah ALLAH
- contoh yg berkenaan para nabi esp Muhammad SAW
- persoalan hukum hukum islam yg you rasa org suka isukan - mazhab, bidaah - satu accusation
|
|
|
|
|
|
|
|
BISMILLAH
manusia yg waras kalau dpt offer masuk syurga
tak putat la buat akhlak mcm dlm neraka
WALLAHU'ALAM
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih.
Spidey akan lebih teliti lakukan tugas kelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry bro atas tindakan Spidey. Kalau bro rasa thread ini sesuai di CI, boleh tak minta Mod board ini tukarkan ke CI semula? Spidey cuma Mod di CI, jadi since thread ini dah dipindahkan ke sini, maka Spidey tak ada kuasa pindahkan semula ke CI.
Sorry again and thanks bro.
ok bro, no problem
bukan masalah sesuai ataupun tak isu agama kat CI tu
tapi biar ada sikit neutralnya
dari dok sembang yg lelainnye
selitkan sikit keagamaan
mau gak kat hati ada sikitttttttt takut kat tuhan
kan kannn kannnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
ilmiah discussion sikit.
mana dia manusia yg nak dengar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lagi lari dari ilmiah discussion ni!!!!!!
bertambah sepi la forum ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|