Nazirul Naim Che Hashim optimis barisan muda negara mampu menggalas cabaran dalam saingan kelayakan AFC bawah 23 tahun. Walaupun skuad kendalian Razip Ismail tidak mampu merencanakan kemenangan ketika berdepan skuad B20 tahun Myanmar minggu lalu, Nazirul beranggapan aksi tersebut memberikan pengalaman yang cukup bermakna.
Kem latihan skuad bawah 22 tahun negara menerima berita buruk menjelang aksi berdepan Vietnam pada Jumaat apabila penyerang muda Johor Darul Takzim II (JDT II) Shafiq Shaharuddin terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan lutut.
Situasi tersebut memaksa Razip untuk menurunkan S. Kumaahran selaku penyerang utama.
Namun selaku kapten, Nazirul yakin penyerang itu mampu menjadi ancaman benteng pertahanan Vietnam.
sumber:www.stadiumastro.com
|