View: 1628|Reply: 0
|
Pahang, Lions XII lengkapkan slot suku akhir
[Copy link]
|
|
Juara bertahan, Pahang, dan kelab dari Singapura, Lions XII, melengkapkan senarai lapan pasukan ke suku akhir Piala FA 2015 selepas berjaya mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan ketiga malam ini.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang menang tipis 2-1 ke atas wakil kelab Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), MISC-MIFA.
Skuad 'Tok Gajah' hanya berjaya menembusi gawang pasukan pelawat pada minit ke-48 menerusi R. Gopinathan yang memanfaatkan umpanan daripada Dickson Nwakaeme.
Selang 10 minit kemudian, Dickson menjadi watak penting untuk Pahang apabila hantarannya di dalam kotak penalti disambar oleh Mohd Fauzi Rozlan.
Namun, pasukan pelawat berjaya memperolehi gol saguhati pada masa kecederaan babak kedua menerusi rembatan kencang S. Harivarman dari dalam kotak penalti.
Kemenangan itu menyaksikan Pahang bakal berdepan Pulau Pinang pada peringkat suku akhir yang diadakan mengikut format timbal balik pada 7 dan 8 April ini.
Pulau Pinang mara ke suku akhir selepas mengejutkan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi pusingan ketiga di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 17 Mac lepas.
Dalam pada itu, Lions XII melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas kelab Liga Perdana, SPA Putrajaya FC di Stadium Jalan Besar, Singapura bagi menempah pertemuan suku akhir dengan Johor Darul Ta'zim II (JDT II).
JDT II mara selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah pada aksi pusingan ketiga, 17 Mac lepas.
Empat gol Lions XII dijaringkan oleh Madhu Mohana pada minit ke-17', Mohd Khairul Amri Mohd Kamal (27' dan 84') dan Gabriel Quak Jun Yi pada minit ke-58.
sumber:www.stadiumastro.com
Dua lagi pertemuan suku akhir membabitkan pertemuan Sime Darby dan Kelantan selain perlawanan Terengganu dan Perak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|