Isu lama, tapi aku nak tahu gak kenapa, tgh buat kajian, terutama pada penghuni forum CARI ni yg mgkn berbeza pendapat sikit dari tempat2 lain. topik ni bukan utk tunjuk sape pandai sape bodoh (sbb korang bukannye pandai mana pun HAHA!), sape yg kononnya paling polite paling ulama, tap ini sekadar soalan. faham ke ni? so anda hanya dikehendaki jawap soalan dgn sejujur mungkin.
Post time 21-3-2015 01:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebab DLM bible xde sebut Allah kn? Tp God.. So nape tetiba setelah sekian lama beratus tahun tetiba sekarang br sebok nk guna nama Allah pulak? Motip Sgt.....
saya membuat kajian peribdi yg panjang utk perkara ini....
menurut apa yg sy belajar selama ini, Allah bukanlah milik peribadi org islam....
ada dua kes/konteks bg masalah ini harap dibezakan....
konteks pertama : SEBUT.
KOnteks kedua: dakwah...
dlm islam sebut boleh kerana Allah milik semua. dlm agama ibrahim, samada yahudi, kristian atau islam, memang Tuhannya sama saja...
tp kalau mereka nak dakwah, mmg tak bolehlah dlm negara islam.
jd cuba lihat golongan kristian ni nak sebut k nak dakwah.???
kalau mereka ikhlas nak sebut, sy cabar merek sebut secara senyap2 dlm gereja...sebut sesama paderi....sebut dgn geng2 vatican city dgn POpe2 semua....
khutbah dlm gereja semua guna Allah.
adakah merek nak guna? tentu mereka tak sudi. sebab ia memebri kelebihan pd ISlam...
tp bila mereka nak guna? tak lain ialah utk berdakwah.
asalnya tiada masalah bg sebutan....tetapi kita dapat trace mereka ada "agenda "dan tak ikhlas.....
maka, sebab tu kena sekat....sebab mereka nak dakwah guna Allah tu.
bila ada agenda maksudnya utk dakwah lah....
lgipun ini antara langkah pertama utk hancurkan undang2 perlembagaan yg memberi kelebihan islam atas agama lain di negra ni...
Post time 21-3-2015 08:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
1. Sebab soalan ini pernah ditanya pada Muaz bin Jabal (tak silap sy, tp salah sahabat yg menjadi Gabenor satu wilayah masa tu). Beliau Sekiranya oleh sahabat yg lain sama ada satu masyarakat ni boleh guna kalimah Allah ke tak? Dia tanya depa ni beriman tak dgn Allah dan sahabat tu kata tak. Maka Muaz kata haram. Dgn fatwa Muaz, non Muslim x boleh guna nama Allah sbg tuhan mereka.
2. Kalau lihat konteks isi kandungan al Quran, org2 kafir yg diceritakan dlm tu menggunakan nama Allah seiringan dgn perkara kufur spt syirik dan memperlekehkan dakwah para nabi dan rasul.
wow, usopp mmg matang la.. aku pn setuju kalau nak guna nama Allah guna dalam gereja je kan.. kalau diorang xsetuju sah2 diorang mmg ade agenda sendiri.. lg pun agama kristian ni agama yg runtuh akhlak, majoriti yg masuk kristian semuanya mudah terpesong, bila skali org kristian terpesong mmg susah diorang nak kembali ke ajaran agama diorang, kalo islam lain sikit, pegangan agama diorang mmg kuat. buat jahat, last2 bila dah hujung2 tetap bertaubat gak...
Tp apasal sesetengah orang kate penggunaan nama Allah utk agama lain tu satu penghinaan terhadap umat islam? aku xrasa pn tu satu penghinaan... atau mgkin diorang tak tahu yg agama lain pn ada guna nama Allah jgk so sebab tu diorang fikir itu satu penghinaan? sbb ade sesetengah org melayu islam yg bersungguh2 sgt marah sana sini kata org kristian cuba menghina orang islam dgn menggunakan nama Allah, sedangkan kalo ikut logik, kalo kristian hina nama Allah, maknanya sama la jugak diorang hina Tuhan diorang sendiri kan?? so dari mana datangnya istilah 'penghinaan' ni?? yg ni apa komen kau plak? aku konfius...
tp dlm kes ni kristian pn ada hak gak utk guna nama Allah kan? sbb setahu aku agama islam gan kristian ni ada byk persamaan sebenarnya... bukannya nak menghina.. ade sorang pakcik kt tmpt aku ni dia marah gila babi kata kristian nk hina islam dgn guna nama Allah... sengaja nak naikkan kemarahan orang islam sbb nak guna nama Allah dlm bible tanpa sebab.. (dia kata)
Habis tu kalau kristian pun ada guna nama Allah, camana pulak? boleh full stop? kalau orang islam boleh 'full stop', then kristian pn boleh gak wat camtu sbb agama kristian pn ade kata Allah tu Tuha mereka gak. apasal guna nick OrangBesi? guna je la nick ni..
Aku suka guna perkataan BABI, PUKIMAK, BANGSAT, KOTE, PUKI, PEPEK, LANCAU, SIAL, BODOH dan ayat2 yg sewaktu dgnnya...
tp aku bebas nk guna semua perkataan tu tanpa mencemarkan imej mana2 agama sbb aku atheist. ko sbg org yg ada agama (bukan cam aku), sepatutnya kena lebih sopan, TUNJUKKAN sifat2 murni org islam, tarik org2 kapir utk masuk islam dgn cara menggunakan kebaikan. buat diorang sampai terharu, sampai menangis sbb org2 islam ni baik2 semua. buat mereka gembira bercampur unsur2 agama.
sedangkan melayu sbeleum jd islam dulu pun tertarik dgn sifat2 murni n budi bahasa org islam yg org2 arab tunjukkan. mmg lain dgn islam skrg. majoriti bodoh. tp bukan semua.
Post time 22-3-2015 05:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
SoalanSaya1 replied at 22-3-2015 04:10 PM
tp dlm kes ni kristian pn ada hak gak utk guna nama Allah kan? sbb setahu aku agama islam gan kr ...
1. Hak nk guna diam2 dlm rumah sendiri, bolehla, rumah sendiri nama pun. Tapi, klu dah melibatkan org lain luar rumah, rights do not become privilege seperti Malaysia. Privilege org Islam di Malaysia menjaga dan mengutamakan org Islam. Tak suka kalu .... kena la cari tempat tinggal yg x mcm ni.
2. Hak org Islam juga utk suspicious dgn non Muslim yg beria-ria nk guna kalimah Allah. The muslims have the right to feel that way because we are privileged to have the Quran yg menceritakan trick2 musuh Islam.
Post time 22-3-2015 05:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
3. Org kristian ada hak nk push agenda depa at state level. Awat depa tak suruh wakil2 rakyat depa mansuhkan undang2 dlm negeri mereka utk dapatkan hak mereka? Kelantan dan negeri2 bwh Umno payah sikit kot. Sabah & Sarawak are 2 potential states that are Christian-friendly, boleh pindah sana. Business-wise premise yg kena ambushed kt Klang tak silap, sb edar bible ada kalimah Allah dah pindah operasi ke KL, wise business move. Selangor under PKR-PAS-DAP boleh je table motion undang2 negeri. Penang pun.
ALLAH.... Sebutan ini dalam BAHASA ARAB. Dalam Bahasa Melayu, tidak diterjemahkan sebab orang Melayu (umumnya) beragama Islam yang mana sumber Agama Islam dari Al-Quran dan Sunnah JUGA dalam Bahasa Arab.
Dalam Bahasa Inggeris, 'Allah' diterjemahkan 'The God' atau sepatutnya lebih tepat 'The Only God'. Dalam Agama Samawi (Agama yang diturunkan dari Langit), penggunaan Kalimah 'Allah' sememangnya ada kesinambungan dari Agama Yahudi dan Nasrani yang terdahulu kerana ada sejarahnya...
'Eloah' dalam Hebrew, merupakan kalimah yang boleh disamakan 'Allah' dalam Bahasa Arab. Orang Yahudi juga percaya Allah itu ESA. Maka kalimah 'Eloah' atau 'Allah' itu merujuk kepada Tuhan yang ESA dari segi penggunaan bahasa Hebrew dan juga bahasa Arab.
Orang Nasrani (atau Kristian), sebenarnya berasal dari sebahagian Bani Israel juga. Ingat, Nabi Isa AS berdakwah kepada bangsanya iaitu Bani Israel, dan mengikut kajian yang tidak dinafikan oleh sarjana barat, Bahasa Nabi Isa merupakan bahasa Syriac, yang hampir-hampir dengan Bahasa Arab. Tidak mustahil penggunaan 'Allah' adalah benar, oleh pengikut Nabi Isa... orang Nasrani yang asal ialah pengikut tulen Nabi Isa....
Nabi Isa AS mentauhidkan Allah. Setelah Nabi Isa diangkat ke Langit (walhal orang yang serupa wajah Nabi Isa disalib kerana dituduh mengajarkan ajaran yang menyeleweng), agama yang dibawa oleh Nabi Isa diwarisi oleh pengikut setia Nabi Isa (Hawariyyun) secara sembunyi-sembunyi, dan tidak dikembangkan secara meluas.
SEBALIKNYA....
Agama Kristian kemudiannya menjadi popular bila Raja Rom kembangkan Agama Kristan. Timbulnya Kristian Trinitarian. PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN BUKAN DARI BAHASA IBUNDA NABI ISA.
(INGAT, ada kaitan dengan BAHASA)
Merujuk kepada kalimah 'Allah', ia dari kalimah 'Al-Ilah', dari Bahasa Arab.
Yang mana ringkasnya membawa erti Tuhan yang Khusus. (Imbuhan Al- membawa makna yang KHUSUS)
Dalam Islam, Tuhan yang Khusus = Tuhan yang Esa, Tuhan yang Tunggal
Akan tetapi, ini bercanggah dengan Kristian Trinitarian, yang menyatakan Tuhan itu 3 dalam 1, ada anak tuhan, ada roh suci, dan ada tuhan bapa yang kesemuanya dikira sebagai 1 entiti tuhan.
Jika Agama Kristian benar-benar mentauhidkan Allah, seperti Ajaran Nabi Isa AS, maka tiada masalah mereka nak guna Kalimah Allah dan bercampur dalam masyarakat orang Islam. Yahudi yang mentauhidkan Allah juga tiada masalah untuk guna kalimah Allah, walaupun aqidah tak sama dengan orang Islam (berkaitan Keimanan terhadap Rasul).
Ahli agamawan Agama Kristian Trinitarian zaman sekarang di luar Malaysia dan Indonesia, tidak pernah nak guna kalimah Allah. Ini adalah FAKTA. Jika saya salah, sila nyatakan berapa banyak Gereja Trinitarian di seluruh dunia yang guna kalimah Allah (selain Malaysia dan Indonesia)?
Kristian Unitarian (Kepercayaan Satu Tuhan) di Negara Arab, mereka ada guna Kalimah Allah, tiada masalah sebab mereka percaya Tuhan yang ESA, dan mereka juga menolak Kristian Trinitarian.
Masalahnya, dalam Versi Injil di Malaysia dan Indonesia, kenapa nak guna Kalimah Allah, sedangkan versi Injil yang mereka guna merupakan versi kepercayaan TRINITARIAN?
Saya melihat Fatwa eksklusif penggunaan Kalimah Allah kepada umat Islam ada 'reasoning' dari segi untuk tidak menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat kerana amalan beragama adalah bebas di Malaysia, tetapi keharmonian beragama mungkin akan terjejas bila pihak yang ekstrim dalam agama Islam dan Kristian masing-masing nak mempertahankan guna kalimah Allah dalam dakwah/dakyah masing-masing... sebelum ini berlaku, fatwa dikeluarkan untuk membendung perkara ini.
Secara umumnya, tiada masalah kepada bukan Islam untuk guna Kalimah Allah... jika untuk berdakwah/berdakyah, maka akan ada MASALAH.... kena berbalik untuk menjelaskan persoalan kalimah 'ALLAH' itu merujuk kepada Tuhan yang Esa atau bukan?