CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3674|Reply: 5

Ikan lumba-lumba sangkut air cetek

[Copy link]
Post time 21-3-2015 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui seekor ikan lumba-lumba berukuran lebih tiga meter ditemui terperangkap di kawasan cetek di perairan Likas, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi, ikan yang dianggarkan seberat hampir 300 kilogram itu dilihat dalam keadaan lemah dan tersangkut pada batu serta pasir selepas air laut mula surut.
Pensyarah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah Dr John Madim berkata, nelayan berkenaan kemudian memaklumkan kepada pihaknya mengenai penemuan ikan lumba-lumba terbabit.
“Sebaik tiba di sana, kami dapati ikan itu masih hidup, namun dalam keadaan lemah dipercayai sakit.


“Sehubungan itu, kami bercadang untuk membawa ikan lumba-lumba berkenaan ke IPMB menggunakan kanvas yang diikat pada bot.
“Bagaimanapun, kami terpaksa meletakkan ikan itu di perairan ini di bawah jagaan lebih 30 pelajar IPMB buat sementara waktu memandangkan tidak ada tangki ikan yang besar kosong buat masa sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, mereka perlu mengapungkan ikan terbabit selepas ia hilang keseimbangan bagi memudahkan Jabatan Hidupan Liar (JHL) memberikan rawatan.
“Sejak November tahun lalu, hampir setiap bulan IPMB berjaya menemui ikan lumba-lumba terdampar di sekitar Likas dan kali terakhir pada Tahun Baru Cina lalu.
“Namun, semua ikan lumba-lumba yang ditemui sebelum ini sudah mati,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JHL negeri Dr Sen Nathan berkata, ikan berkenaan berada dalam keadaan kurus dan lemah ketika ditemui nelayan terbabit, semalam.





Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 6:09 AM

IKAN lumba-lumba yang ditemui nelayan diserahkan kepada Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38249#sthash.juQFcmEb.dpuf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2015 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaaaa...lepas jela...kesian dolphin tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgh mandi tetibe terdampar dolphin tu takut gak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo meol lari dlu tkt paus..tp kalo dolpin nak gak meol usap2...jinak kan spesis nih..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:17 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 10:45 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.092260 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list