CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 0

Rekabentuk LG G4 Bocor

[Copy link]
Post time 13-3-2015 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Pembocor maklumat peranti baru di Twitter, @OnLeaks  telah mendedahkan gambar janaan komputer bagi telefon pintar LG G4 yang memperlihatkan sebuah peranti dengan bukan hanya dengan skrin melengkung malah seluruh badannya melengkung. Ini telah disokong lagi oleh gambar yang dibocorkan laman web Perancis Nowhereelse.fr. Laman web ini terkenal dengan ketepatan maklumat yang dibocorkannya.

Rekabentuk LG G4 Bocor@OnLeaks telah membocorkan gambar janaan komputer LG G4 yang kelihatan dibuat secara professional namun menyatakan ia imej rekabentuk awal telefon pintar tersebut, jadi, produk akhir mungkin boleh berubah sedikit dari imej ini.
Namun jika rekabentuknya tidak diubah oleh LG, ia telahpun kelihatan seperti sebuah telefon pintar yang menarik. Aspek paing menarik tentang telefon pintar ini ialah ia melengkung sedikit. Ini bermakna LG telah berkemungkinan besar melangkapkannya dengan skrin yang melengkung.


Kamera pada model terbaharu ini juga kelihatan berbeza. Lensanya kelihatan lebih besar berbanding kamera 13MP yang terdapat pada LG G3 yang lepas. Ia juga kelihatan terkeluar sedikit dari permukaan bahagian belakang telefon pintar tersebut.

Namun seperti model sebelumnya, ia dilihat mempunyai butang bahagian belakang yang sama (walaupun berbeza sedikit dari segi rekabentuk), flash LED dan autofokus lazer. Bahagian casing beakang juga kelihatan mirip model sebelumnya, persoalannya adakah ia plastik dengan efek kemasan logam ataupun ia sememangnya logam?

Pembocor tersebut juga menyertakan ukurannya. LG G4 dikatakan akan berukuran 148.9 x 76.5 x 9.9mm dibandingkan dengan ukutan LG G3 yang berukuran 146.3 x 74.6 x 8.9mm. ini bermakna model baru itu dikatakan akan menjadi lebih tebal, tinggi dan lebar berbanding model sebelumnya.
Apapun segala fakta akan diketahui tidak lama lagi. Dikhabarkan telefon pintar ini akan dilancarkan pada bulan April atau Mei.

kredit:www.techkini.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047914 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list