Kuliah Hadith: Kitab Al-Lu'lu' wa Al-Marjan (Hadith2 Muttafaqun 'Alaih)
حدثنا أبو معمر قال حدثنا عبد الوارث عن عبد العزيز قال أنس إنه ليمنعني أن أحدثكم حديثا كثيرا أن النبي صلى الله عليه وسلم قال من تعمد علي كذبا فليتبوأ مقعده من النار
Drp Anas bin Malik, dia berkata. Sesungguhnya yang mencegahku drp menceritakan hadith yang banyak kepada kamu, (ialah) kerana Rasulullah SAW telah bersabda : “Barangsiapa yang sengaja berdusta atasku (yakni atas namaku), maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka”.
Hadith sahih dikeluarkan oleh Bukhari (1/35) dan Muslim (1/7).
Kenapa ada pendakwah suka bawa cerita dongeng?
1. Tidak mampu menguasai dalil2 Al-Quran dan Hadith2 Sahih
2. Keinginan untuk menarik perhatian manusia supaya ramai orang suka mendengar ceramahnya.
3. Gila publisiti & glamour
4. Memenuhi kehendak penganjur dan kesukaan org ramai.
5. Tipuhelah iblis & syaitan